Ahlan Wasahlan Wamarhaban

Syed Abdul Kadir Aljoofre,

Kuala Lumpur - Selangor - Singapura - Madinah Al-Munawwarah - Perlis - Kedah - Tanta - Kaherah.

Banyakkanlah berselawat ke atas kekasih kita Muhammad Sallallahu 'Alaihi Waalihi Wasallam..


Sila jaga tatatertib Syariah dalam tagboard di bawah. Ulasan bagi sesuatu topik dialu-alukan dikemukakan di bahagian ulasan topik tersebut, dan bukan di bahagian tagboard. Jazakumullah
   

<< August 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05 06
07 08 09 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31

Sila klik di tarikh-tarikh di atas untuk melihat entry untuk hari tersebut.. Sila klik juga di bulan-bulan sebelum ini. Digalakkan juga mula membaca dari posting awal (1 Februari 2005) mengikut turutan. Di bawah ini pula sebahagian entry yang menjadi "hits" disusun mengikut tarikh


  • Catitan Pertama

  • Kasih Si Anak Kecil

  • Doa Akhir dan Awal Tahun - Haramkah Membacanya? (Bhgn. 1/2)

  • Meramal Hari Qiamat?

  • Tasua'

  • Cikgu Oh Cikgu!

  • Tuntutan Mencari Ilmu

  • Sabar (Bhgn. 1/2)

  • Sembelih Vs Zalim

  • Force Of Nature.. Konsert Amal

  • Kat sana, kat sini..

  • Siti Oh Siti!

  • Sambutan Maulid Nabi (Bhgn. 1/20)

  • Salam Dari Kota Singa

  • Saman Sambut Maulid

  • Qataluki Ya Iraq!

  • Maulid Melayu

  • Selawat, Bid'ah vs Pendidikan

  • Menghina Islam

  • As-Sayyid Muhammad Al-Maliki (Bhgn. 1/4)

  • Petir

  • Persoalan Membasuh atau Menyapu Kaki Ketika Wudhu' (1/2)

  • Nasihat Tak Wajib Dilaksanakan?

  • Tidak Ikhtilat Lebih Cemerlang

  • Sheikh Abdul Fattah Abu Ghuddah

  • Istiqamah

  • Korban Bom

  • Dakwah Umum Dan Khusus (Bhgn. 1/2)

  • Aminah Wadud dan Bid'ah Hasanah - Satu Manipulasi Kotor

  • Judi - Pak Lebai dan Datuk Datin

  • Astora Dan Pembaca

  • Ekstrimiskah Mereka?

  • AP Hadhari

  • Permulaan Hidayah

  • Da'ie dan Da'iah

  • Niat Menuntut Ilmu

  • Eulogy (1)

  • Eulogy (2)

  • Surat Imam Abdullah Alhaddad (1/2)

  • Nisfu Sya'ban Datang Lagi

  • Waktu-waktu Penting

  • Puasa dan Raya - Malaysia Vs Mesir

  • Maulid Condi Rice di Arab Saudi

  • Sucikah Kita?

  • Wahhabi Oh Wahhabi

  • Pengenalan Ringkas Mazhab Syafie (1/5)

  • Pening juga tak mau bermazhab ya?

  • Doa Akhir dan Awal Tahun

  • Solat Jumaat - Sedikit Koreksi

  • Cemburu

  • Tiga Golongan

  • Futur

  • Bulan Istighfar

  • Al-Habib Abdullah Assyatri

  • Pemberian Tidak Setara Antara Anak-anak


    Sesungguhnya Ulama' itu adalah waris para Nabi

    Pautan ke para da'ie dan ulamak:

  • Habib Omar Benhafidz

  • Habib Ali Aljufri

  • Dr Mohd Saied Ramadhan Albouti

  • Dr Wahbah Azzuhayli

  • As-Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah (Rahimahullah)


    Pro-Tajdid Segar


    Pengunjung Sejak 1 Februari 2005:

    Isi Buku Tamu 

     

    YM Aljoofre




    Klik di Iklan di bawah (Anda tidak dikenakan apa-apa bayaran)


    Klik butang "Contact Me" di bawah untuk menghantar email kepada ana

  • If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed




    Monday, August 15, 2005
    Niat Menuntut Ilmu

    Kadang kala kita tertanya-tanya diri sendiri, sejauh mana keikhlasan aku dalam segala apa yang aku lakukan seharian. Benarkah setiap gerak geri dan lintasan fikiran kita hanya untuk Allah seperti mana yang disebutkan saban waktu dalam solat? Jujurkah aku apabila mengatakan hidup matiku hanya untuk Allah Tuhan Sekalian Alam? Terasa diri ini begitu hipokrit dan tidak jujur dengan sendiri apabila mengkoreksi diri. Terasa kata-kata yang diucapkan itu hanya bermain di lidah tetapi tidak benar-benar menusuk ke hati sanubari, lantas diterjemahkan dengan perbuatan dan amalan.

    Antara amalan yang paling penting bagi seorang yang bergelar penuntut ilmu, adalah menuntut ilmu itu sendiri. Oleh itu, perkara yang paling penting untuk dititikberatkan oleh seorang penuntut adalah keikhlasannya dalam menuntut ilmu. Ikhlas satu kalimah yang mudah ditutur, tetapi kadang kala amat payah dipraktikkan. Tuntutan nafsu, penghormatan, kekuasaan, dunia dan sebagainya seringkali mengaburi dan memesongkan niat kita. Apa yang paling kita risaukan apabila keikhlasan tiada dalam menuntut ilmu adalah,  kita termasuk dalam golongan yang paling rugi, yang sesat jalannya di dunia, namun menyangka dirinya melakukan amalan yang terbaik (Al-Kahf: 103-104). Na'Udzu billAhi min zAlik.

    Hujjatul Islam, Al-Imam Al-Ghazali (rahimahullah), ada menyebutkan bahawa seorang penuntut ilmu itu dibahagikan kepada tiga golongan (dalam persoalan niat). Golongan-golongan tersebut adalah:

    1) Seseorang yang menuntut ilmu sebagai bekalannya di hari akhirat. Tiadalah tujuannya melainkan kerana Allah dan hari akhirat semata-mata. Maka dia termasuk dalam golongan yang berjaya.

    2) Seseorang yang menutut ilmu untuk membantunya dalam kehidupan dunia yang sementara. Dia mengharapkan kemuliaan, pangkat dan harta, tetapi dalam masa yang sama mengetahui dan menyedari jauh di sudut hatinya keadan dirinya yang tidak elok, dan betapa buruk niatnya. Maka dia termasuk dalam golongan yang bahaya. Jika ajalnya dicepatkan sebelum sempat dia bertaubat, dikhuatiri ke atasnya penyudahan yang buruk (sU'ul khAtimah). Tetapi jika dilambatkan ajalnya, sehingga sempat dia bertaubat, dan beramal dengan ilmunya, serta membetulkan semula semua kekurangannya yang lalu, maka dia termasuklah dalam golongan yang berjaya. Sesungguhnya yang bertaubat dari dosa, seperti seorang yang tidak berdosa (Ibn Majah:4250).

    3) Seseorang yang diperdaya oleh syaitan, maka dijadikan ilmunya sebagai jalan untuk memperbanyakkan hartanya, bermegah-megah dengan pangkat, berasa mulia dengan ramainya pengikut. Ilmunya menjadi pintu bagi menunaikan segala harapan dunianya. Dalam masa yang sama, dia rasakan jauh di pelusuk hatinya bahawa dia mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi Allah, kerana sifatnya sebagai ulamak dan sifatnya yang menyerupai mereka (ulamak) dalam berpakaian dan tutur kata, sedangkan dia dimainkan oleh dunia secara zahir dan batin. Maka dia termasuk dalam golongan yang binasa dan golongan yang bodoh yang diperdaya.

    Ini kerana harapan untuknya bertaubat adalah terputus, memandangkan sangkaan dirinya bahawa dia termasuk dalam golongan yang berbuat kebaikan sedangkan dia terlalai dari firman Allah Ta'ala: YA ayyuhallazina AmanU lima taqUlUna mA lA taf'alUn (Assof:2) (Wahai orang yang beriman, mengapa engkau katakan apa yang engkau tidak lakukan). Dia juga termasuk dalam golongan yang disebutkan oleh Rasulullah SallallAhu 'alaihi wasallam yang bermaksud: Selain dari dajjal ada satu golongan yang lebih aku takuti ke atas kamu semua dari dajjal sendiri. Maka ditanya: Siapa dia ya Rasulallah? Maka baginda bersabda: Ulamak yang jahat (su') (atau dalam satu riwayat: para imam yang menyesatkan) (Riwayat Ahmad).

    Walaupun golongan ini dengan kata-katanya seolah-olah menyeru manusia supaya meninggalkan tipu daya dunia, namun dia sebenarnya menyeru mereka ke arahnya dengan perbuatan dan hal keadaannya sendiri. Tentu sekali lisAnul hAl afsah min lisAnil maqAl (gerak perbuatan lebih difahami dan diikuti dari tutur bicara). Malangnya golongan ini menyangka mereka lebih baik dari ramai manusia lain.

    Seterusnya Al-Imam Al-Ghazali menyeru kita supaya termasuk dalam golongan yang pertama, dan tidak termasuk dalam golongan yang kedua. Ini kerana golongan kedua mempunyai sifat yang suka bertangguh, sedangkan berapa ramai kita lihat, mereka yang suka bertangguh dicepatkan ajalnya seelum sempat bertaubat, maka merugilah dia. Dan tentu sekali diulang-ulang supaya jangan sekali-kali termasuk dalam golongan yang ketiga, kerana kita akan binasa. Kebinasaan yang tiada harapan untuk beroleh kejayaan dan tiada peluang untuk kebaikan.

    Semoga kita yang bergelar penuntut ilmu ini dapat benar-benar mempraktikkan nasihat-nasihat berharga serta mutiara-mutiara bernilai dari Al-Imam Al-Ghazali lantas mengkoreksi semula niat kita dalam menuntut ilmu. Semoga Allah memberi kita anugerah-Nya untuk termasuk dalam kategori yang pertama. Amiin.

    P/S: Sedar tak sedar, ini merupakan entry ana yang keseratus dalam blog ini. Semoga Allah menjadikan semua tulisan ini ikhlas hanya mengharapkan keredahaan-Nya. Amiin. Terima kasih buat semua pembaca yang banyak membantu. Semoga Allah membalas jasa semua dengan sebaik-baik balasan.

    Hampir seminggu ana tidak sempat update memandangkan urusan lain yang perlu diselesaikan segera selain kesihatan yang tidak menentu. Ana juga berulang kali menaip semula untuk entry keseratus. Akhirnya membuat keputusan mengharap barakah Imam Ghazali dengan kata-kata dan mutiaranya. Doakan agar mudah ana istiqamah ya!

    Posted at 07:33 am by aljoofre

    nailofar
    August 15, 2005   12:46 PM PDT
     
    amin ya Allah..
    itulah harapan setiap kita..
    askapa
    August 29, 2009   05:27 PM PDT
     
    betapa pentingnya niat yang ikhlas dalam menuntut ilmu...betapa rasa tidak selamatnya diri ini apabila membaca entry ustaz kali ini..syukron
    penuntut ilmi
    October 3, 2009   12:13 AM PDT
     
    Ya Allah..kdg2 hati ini terleka...moga2 kita mendapat rahmat dariNya..amiin
     

    Leave a Comment:

    Name


    Homepage (optional)


    Comments




    Previous Entry Home Next Entry

    Google
     
    Web Aljoofre Meredah Usia

    Aljoofre Meredah Usia..

    Tiada hak cipta terpelihara. Sebarang unsur peniruan, pengedaran dan penerbitan dari web ini adalah dibenarkan untuk mengembangkan dakwah Islamiah. Allah s.w.t. sahajalah yang akan memberi ganjaran dan melindunginya.