Ahlan Wasahlan Wamarhaban

Syed Abdul Kadir Aljoofre,

Kuala Lumpur - Selangor - Singapura - Madinah Al-Munawwarah - Perlis - Kedah - Tanta - Kaherah.

Banyakkanlah berselawat ke atas kekasih kita Muhammad Sallallahu 'Alaihi Waalihi Wasallam..


Sila jaga tatatertib Syariah dalam tagboard di bawah. Ulasan bagi sesuatu topik dialu-alukan dikemukakan di bahagian ulasan topik tersebut, dan bukan di bahagian tagboard. Jazakumullah
   

<< September 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30

Sila klik di tarikh-tarikh di atas untuk melihat entry untuk hari tersebut.. Sila klik juga di bulan-bulan sebelum ini. Digalakkan juga mula membaca dari posting awal (1 Februari 2005) mengikut turutan. Di bawah ini pula sebahagian entry yang menjadi "hits" disusun mengikut tarikh


  • Catitan Pertama

  • Kasih Si Anak Kecil

  • Doa Akhir dan Awal Tahun - Haramkah Membacanya? (Bhgn. 1/2)

  • Meramal Hari Qiamat?

  • Tasua'

  • Cikgu Oh Cikgu!

  • Tuntutan Mencari Ilmu

  • Sabar (Bhgn. 1/2)

  • Sembelih Vs Zalim

  • Force Of Nature.. Konsert Amal

  • Kat sana, kat sini..

  • Siti Oh Siti!

  • Sambutan Maulid Nabi (Bhgn. 1/20)

  • Salam Dari Kota Singa

  • Saman Sambut Maulid

  • Qataluki Ya Iraq!

  • Maulid Melayu

  • Selawat, Bid'ah vs Pendidikan

  • Menghina Islam

  • As-Sayyid Muhammad Al-Maliki (Bhgn. 1/4)

  • Petir

  • Persoalan Membasuh atau Menyapu Kaki Ketika Wudhu' (1/2)

  • Nasihat Tak Wajib Dilaksanakan?

  • Tidak Ikhtilat Lebih Cemerlang

  • Sheikh Abdul Fattah Abu Ghuddah

  • Istiqamah

  • Korban Bom

  • Dakwah Umum Dan Khusus (Bhgn. 1/2)

  • Aminah Wadud dan Bid'ah Hasanah - Satu Manipulasi Kotor

  • Judi - Pak Lebai dan Datuk Datin

  • Astora Dan Pembaca

  • Ekstrimiskah Mereka?

  • AP Hadhari

  • Permulaan Hidayah

  • Da'ie dan Da'iah

  • Niat Menuntut Ilmu

  • Eulogy (1)

  • Eulogy (2)

  • Surat Imam Abdullah Alhaddad (1/2)

  • Nisfu Sya'ban Datang Lagi

  • Waktu-waktu Penting

  • Puasa dan Raya - Malaysia Vs Mesir

  • Maulid Condi Rice di Arab Saudi

  • Sucikah Kita?

  • Wahhabi Oh Wahhabi

  • Pengenalan Ringkas Mazhab Syafie (1/5)

  • Pening juga tak mau bermazhab ya?

  • Doa Akhir dan Awal Tahun

  • Solat Jumaat - Sedikit Koreksi

  • Cemburu

  • Tiga Golongan

  • Futur

  • Bulan Istighfar

  • Al-Habib Abdullah Assyatri

  • Pemberian Tidak Setara Antara Anak-anak


    Sesungguhnya Ulama' itu adalah waris para Nabi

    Pautan ke para da'ie dan ulamak:

  • Habib Omar Benhafidz

  • Habib Ali Aljufri

  • Dr Mohd Saied Ramadhan Albouti

  • Dr Wahbah Azzuhayli

  • As-Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah (Rahimahullah)


    Pro-Tajdid Segar


    Pengunjung Sejak 1 Februari 2005:

    Isi Buku Tamu 

     

    YM Aljoofre




    Klik di Iklan di bawah (Anda tidak dikenakan apa-apa bayaran)


    Klik butang "Contact Me" di bawah untuk menghantar email kepada ana

  • If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed




    Tuesday, September 06, 2005
    Surat Imam Abdullah Alhaddad (Bhgn. 1)

    Pada tahun 1072 H, ketika Imam Abdullah bin Alawi Alhaddad berumur 28 tahun, bapa beliau As-Sayyid Alawi telah meninggal dunia. Kemudian ibunya pula meninggal dunia. Selepas itu salah seorang gurunya yang paling mulia iaitu As-Sayyid Umar bin Abdul Rahman Al-Attas.

    Imam pun telah mengirim sepucuk surat kepada saudaranya As-Sayyid Al-Hamid yang ketika itu berada di India untuk memberitahunya perkara ini, dan mengucapkan takziah dan menyabarkannya. Sesungguhnya ucapan beliau di dalam surat ini merupakan suatu contoh yang amat hebat, yang perlu dicontohi oleh seorang mukmin yang sempurna imannya bagi kukuh berdiri dan menyerahkan urusan kepada Allah s.w.t. Oleh itu, suka kami membawakan sebahagian besar dari kandungan surat tersebut.

     

    Bismillahirrahmanirrahim..

    Bagi Allah segala apa yang ada di langit dan di bumi, dan kepada-Nyalah segala perkara kembali.

    Segala puji bagi Allah, pujian dari yang berasa cukup dgn ilmu-Nya, dan menerima hukum-Nya, redha atas ketentuan-Nya, bersyukur atas nikmat-Nya, dan bersabar ketika tibanya bala-Nya.

    Kesabaran dan ketabahan merupakan identiti seorang lelaki yang memiliki kesempurnaan, manakala hati yang remuk redam dan sempit dengan keadaan yang menimpa merupakan sifat wanita dan kanak-kanak.

    Allah s.w.t. telah mengkhususkan mereka yang bersabar dengan keberadaan bersama-Nya, dan mendapat berita gembira. Allah juga memuliakan mereka dengan sifat imamah (kepimpinan) dan khilafah, dan mencucuri mereka dengan selawat dan rahmat dan hidayah, dan mengecualikan pahala mereka daripada mempunyai had atau tempoh tertentu. Allah s.w.t. telah berfirman, dan Dia merupakan sebenar-benar yang berkata-kata:

    (Wahai orang yang beriman, mohonlah pertolongan dengan kesabaran dan solat, sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar).

    Dan Allah Ta'ala berfirman lagi: (Sesungguhnya Kami akan menguji kamu dengan ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan tanaman, maka berilah khabar gembira buat mereka yang sabar. Mereka yang ketika ditimpa musibah mereka berkata, sesungguhnya kita datang dari Allah dan kepada-Nya kita kembali. Mereka itu dicucuri selawat dari Tuhan mereka dan jua rahmat, dan mereka itulah orang yang mendapat hidayah).

    Firman-Nya lagi: (Dan telah sempurnalah kalimah Tuhanmu yang indah ke atas Bani Israil atas apa yang mereka telah bersabar).

    Firman-Nya lagi: (Dan kami jadikan di antara mereka para pemimpin yang mempimpin dengan urusan kami ketika mana mereka bersabar)

    Firman-Nya lagi: (Sesungguhnya diberikan kepada orang yang sabar ganjaran tanpa perhitungan).

    Firman-Nya lagi: (Dan bersabarlah atas apa yang menimpamu, sesungguhnya yang demikian itu dari perkara yang besar ).


    Maka apabila orang yang berakal mengetahui bahawa bersabar itu merupakan antara fadhilat yang paling besar dan wasilah yang paling mulia, dia akan berpegang dan bersifat dengannya ketika berlakunya apa jua perkara dan terjadinya apa jua peristiwa. Dan berpaling dari bersikap tidak sabar dan tidak berpuas hati, kerana dia mengetahui bahawa ia hanya akan memenatkan dirinya, dan dalam masa yang sama menghapuskan pahala dan menempah kemurkaan dan balasan buruk, maka hilanglah sifat putus asanya dengan redha pada Tuhannya, dan kemuliaan pahala serta balasan dari-Nya, dan mengingati-Nya serta memuji-Nya, tanpa mengulangi kepada apa yang dia datang darinya dan tidak kembali kepada apa yang dijauhinya.

    Dan jikalah musibah dan bala' itu bukan untuk mengetahui sifat dunia yang hina, dan menyeru kepada zuhud padanya, dan melebihkan akhirat darinya, nescaya seorang yang berakal itu patut mengiranya sebagai nikmat yang besar.

    Mengapa tidak sedangkan ia –maksudku musibah- menjadi pahala yang besar dan ganjaran yang mulia di sisi Allah yang Maha Baik dan Penyayang?! Allah Ta'ala telah berfirman: (Dan ia tidak akan menimpa melainkan ke atas orang yang sabar dan ia tidak akan menimpa melainkan ke atas yang mendapat keuntungan yang agung).

    Ya Allah cucurkanlah selawat ke atas penghulu dan pemimpin kami Muhmmad, nabi yang suci, rasul yang terpilih, kekasih yang disucikan, dan kekasih agung yang diredhai, serta kepada keluarga dan sahabat baginda, yang memiliki kelembutan, kebenaran dan ketabahan.

    Bersambung, insyaAllah... Sila klik "Next Entry" di bawah untuk ke bahagian seterusnya.


    Posted at 11:54 am by aljoofre

    budi
    October 5, 2006   08:06 AM PDT
     
    bisakah u/ mengirimkan nasehat selengkapnya ke email budi_snssmd@yahoo.co.id
    Name
    January 25, 2008   06:07 AM PST
     
    ana mau kasih tahu bahwa sekarang sudah ada Imam Mursid Thoriqhoh 'Alawiyah di Yogyakarta
     

    Leave a Comment:

    Name


    Homepage (optional)


    Comments




    Previous Entry Home Next Entry

    Google
     
    Web Aljoofre Meredah Usia

    Aljoofre Meredah Usia..

    Tiada hak cipta terpelihara. Sebarang unsur peniruan, pengedaran dan penerbitan dari web ini adalah dibenarkan untuk mengembangkan dakwah Islamiah. Allah s.w.t. sahajalah yang akan memberi ganjaran dan melindunginya.