Ahlan Wasahlan Wamarhaban

Syed Abdul Kadir Aljoofre,

Kuala Lumpur - Selangor - Singapura - Madinah Al-Munawwarah - Perlis - Kedah - Tanta - Kaherah.

Banyakkanlah berselawat ke atas kekasih kita Muhammad Sallallahu 'Alaihi Waalihi Wasallam..


Sila jaga tatatertib Syariah dalam tagboard di bawah. Ulasan bagi sesuatu topik dialu-alukan dikemukakan di bahagian ulasan topik tersebut, dan bukan di bahagian tagboard. Jazakumullah
   

<< September 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30

Sila klik di tarikh-tarikh di atas untuk melihat entry untuk hari tersebut.. Sila klik juga di bulan-bulan sebelum ini. Digalakkan juga mula membaca dari posting awal (1 Februari 2005) mengikut turutan. Di bawah ini pula sebahagian entry yang menjadi "hits" disusun mengikut tarikh


  • Catitan Pertama

  • Kasih Si Anak Kecil

  • Doa Akhir dan Awal Tahun - Haramkah Membacanya? (Bhgn. 1/2)

  • Meramal Hari Qiamat?

  • Tasua'

  • Cikgu Oh Cikgu!

  • Tuntutan Mencari Ilmu

  • Sabar (Bhgn. 1/2)

  • Sembelih Vs Zalim

  • Force Of Nature.. Konsert Amal

  • Kat sana, kat sini..

  • Siti Oh Siti!

  • Sambutan Maulid Nabi (Bhgn. 1/20)

  • Salam Dari Kota Singa

  • Saman Sambut Maulid

  • Qataluki Ya Iraq!

  • Maulid Melayu

  • Selawat, Bid'ah vs Pendidikan

  • Menghina Islam

  • As-Sayyid Muhammad Al-Maliki (Bhgn. 1/4)

  • Petir

  • Persoalan Membasuh atau Menyapu Kaki Ketika Wudhu' (1/2)

  • Nasihat Tak Wajib Dilaksanakan?

  • Tidak Ikhtilat Lebih Cemerlang

  • Sheikh Abdul Fattah Abu Ghuddah

  • Istiqamah

  • Korban Bom

  • Dakwah Umum Dan Khusus (Bhgn. 1/2)

  • Aminah Wadud dan Bid'ah Hasanah - Satu Manipulasi Kotor

  • Judi - Pak Lebai dan Datuk Datin

  • Astora Dan Pembaca

  • Ekstrimiskah Mereka?

  • AP Hadhari

  • Permulaan Hidayah

  • Da'ie dan Da'iah

  • Niat Menuntut Ilmu

  • Eulogy (1)

  • Eulogy (2)

  • Surat Imam Abdullah Alhaddad (1/2)

  • Nisfu Sya'ban Datang Lagi

  • Waktu-waktu Penting

  • Puasa dan Raya - Malaysia Vs Mesir

  • Maulid Condi Rice di Arab Saudi

  • Sucikah Kita?

  • Wahhabi Oh Wahhabi

  • Pengenalan Ringkas Mazhab Syafie (1/5)

  • Pening juga tak mau bermazhab ya?

  • Doa Akhir dan Awal Tahun

  • Solat Jumaat - Sedikit Koreksi

  • Cemburu

  • Tiga Golongan

  • Futur

  • Bulan Istighfar

  • Al-Habib Abdullah Assyatri

  • Pemberian Tidak Setara Antara Anak-anak


    Sesungguhnya Ulama' itu adalah waris para Nabi

    Pautan ke para da'ie dan ulamak:

  • Habib Omar Benhafidz

  • Habib Ali Aljufri

  • Dr Mohd Saied Ramadhan Albouti

  • Dr Wahbah Azzuhayli

  • As-Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah (Rahimahullah)


    Pro-Tajdid Segar


    Pengunjung Sejak 1 Februari 2005:

    Isi Buku Tamu 

     

    YM Aljoofre




    Klik di Iklan di bawah (Anda tidak dikenakan apa-apa bayaran)


    Klik butang "Contact Me" di bawah untuk menghantar email kepada ana

  • If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed




    Friday, September 16, 2005
    Nisfu Sya'ban datang lagi..

    Nisfu Sya'ban hampir menjelang. Suara-suara yang tidak enak didengar pun mula berkumandang lagi. Seperti mana Awal tahun, maulid nabi dan lain-lain sambutan hari-hari kebesaran Islam, suara-suara ini juga akan muncul seolah-olah siaran ulangan yang tetap waktunya. Musim menghina para ulamak terdahulu pun muncul lagi. Inilah masanya kononnya mengembalikan ummah ke jalan yang betul dan fikrah yang soheh. Suci dari kekotoran yang dilakukan oleh ulamak nusantara kita. Bersih dari penyelewangan yang diajarkan oleh tok-tok guru dan habaib yg mengajar kita. Na'udzubillah.

    Alangkah murninya niat mereka ya! Alangkah indah seruan kembali kepada Al-Quran dan Sunnah yang soheh. Alangkah moleknya fikrah yang dibawa mereka. Biarlah orang hendak kata apa pun kepada mereka. Yang penting bagi mereka, aku membawa kefahaman Islam yang sebenar. Lebih benar dari kalian semua. Justeru, panggillah aku apa nama sekalipun, aku akan tetap fanatik kepada fahaman ini. Fahaman yang berpegang teguh dengan Al-Quran dan As-Sunnah yang soheh. TETAPI, alangkah indahnya jika benar-benar begitu!!!

    Hakikat tidak sama dengan apa yang diwar-warkan. Kebenaran tidak sama dengan apa yang dipertuturkan. Perbuatan tidak sama dengan niat yang disuarakan. Fikrah Islam sebenar tidak selari dengan apa yang diyakini. Malah teknik dan pendekatan juga terlalu jauh dari keindahan Islam yang cantik lagi sempurna.

    Kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah bukanlah dengan menolak kalam ulamak terdahulu dari kita (tak kira dari zaman mana dan di mana pun beliau, tak kira ulamak nusantara mahupun ulamak tanah Arab). Kembalilah kita kepada dua rujukan utama ini berpaksikan fahaman dan ajaran yang telah diterangkan oleh jutaan ulamak terdahulu. Tidak kan lari kita dari paksi kebenaran selagi mana kita berpegang kuat dengan tali-tali ini. Tali yang menghubungkan kita dengan kebenaran Islam yang takkan putus. Tali-tali yang menjadi waris para Nabi dalam membimbing ummah ke arah kebenaran.

    Jika kita tidak mengerti atau memahami apa yang dilakukan oleh tali-tali ini, dan melihat seolah-olah ia bersalahan dengan kebenaran yang diajar oleh sesetengah pihak, tak semestinya tali-tali ini yang sebenarnya salah. Tetapi letakkan kebarangkalian kesalahan tali-tali ini dengan kebarangkalian kesalahan pada kita sendiri yang lemah dan tidak mengerti. Tentu sekali kebarangkalian kita salah jauh lebih banyak dari mereka. Maka belajarlah sifat tawadhu' dan rendah diri dalam mencari ilmu. Amalkan sifat menghormati para ulamak terdahulu. InsyaAllah Allah Ta'ala akan membukakan pintu hati kita kepada kebenaran.

    Amalan pada malam Nisfu Sya'ban antara perkara yang sering kali dihebohkan bahawa ia merupakan amalan yang tertolak. Ini kerana suatu perkara baru dalam agama ini yang tidak diajarkan oleh Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam maka ia tertolak. Maka terzahirlah kelantangan pihak-pihak tertentu mengharamkan segala ibadah yang dilakukan khusus pada malam tersebut.

    Kita katakan bahawa terdapat malam-malam tertentu yang dimuliakan oleh Allah lebih dari malam-malam yang lain sepanjang tahun. Antara malam tersebut adalah malam Nisfu Sya'ban. Perkara ini disepakati oleh kesemua ulamak terdahulu (sejauh pengetahuan ana yang faqir). Ini kerana terdapat hadis sohih mengkhabarkan pengampunan diberikan oleh Allah kepada semua manusia kecuali yang kafir dan yang ada sifat dengki. Maka ini bukanlah mahallul khilaf (titik perselisihan). Kemuliaan malam ini tidak boleh diingkari oleh sesiapa jua.

    Adapun amalan-amalan tertentu pada malam tersebut (solat sunnah, bacaan Quran serta zikir) mempunyai sandaran-sandaran tertentu yang diperselisihkan. Secara ringkasnya, para ulamak yang menganjurkannya bersandarkan kepada banyak hadis yang menceritakan amalan-amalan oleh Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam sendiri pada malam tersebut. Walaupun ada di kalangan hadis-hadis ini yang lemah, tetapi menurut mereka hadis-hadis yang sekian banyak ini menguatkan satu sama lain, selain dikuatkan pula oleh hadis kemuliaan Nisfu Sya'ban yang soheh.

    Selain itu para ulamak juga berpegang kepada dalil bahawa malam yang dimuliakan oleh Allah mempunyai kelebihan sendiri. Maka itu perlulah kita membuat seberapa banyak amalan yang termampu dalam mengharap keredhaan dan maghfirah Allah Ta'ala. Oleh yang demikian, perlulah kita sedaya mampu melebihkan malam Nisfu Sya'ban dari malam-malam lain dalam menggarap kemuliannya ini.

    Walaupun ada di kalangan ulamak yang membantah amalan-amalan ini sekarang, namun bantahan tersebut adalah bantahan yang lemah. Ini kerana mereka hanya mengatakan hadis-hadis tersebut lemah dan tidak boleh dijadikan hujjah. Lantas amalan tersebut tertolak. Kita katakan amalan soleh dengan fadhailul a'mal dibolehkan (selain hadis-hadis tersebut sebenarnya sudah dikuatkan). Amalan yang dilakukan oleh generasi-generasi dari zaman salaf sehingga sekarang membuktikan kebenaran perkara ini. Lagipun ini merupakan teknik yang pelbagai dalam menyampaikan dakwah oleh para ulamak silam yang amat pakar dalam menyampaikan dakwah mereka ke seluruh pelusuk dunia.

    Adapun teknik-teknik amalan yang dilakukan oleh sesetengah pihak bergantung kepada para ulamak yang mengajarkan dan kepada siapa diajarkan. Semuanya adalah dibenarkan selagi mana tidak melanggar syara'. Samaada hendak solat sunnah, berzikir atau membaca Al-Quran bergantung kepada kemampuan individu. Perkara-perkara ini tidak patut sama sekali diperselisihkan atau ditentang. Biarlah manusia lain ingin beramal sedanyanya tanpa kita sibuk menutup jalan-jalan kebajikan ini.

    Apapun perkara ini adalah dalam batasan perselisihan yang dibenarkan oleh syara'. Berlapang dadalah jika pihak lain tidak bersetuju dengan kita, selagi mana menjaga akhlak Islam. Malang sekali jika perkara-perkara besar dalam masyarakat tidak dihiraukan, tetapi kita lebih suka membicarakan adakah boleh melakukan amalan pada malam nisfu Sya'ban atau tidak. Tetapi, kita lebih risau jika digolongkan di kalangan mereka yang menentang apabila perbuatan makruf dilakukan, manakala apabila perbuatan mungkar dilakukan, duduk diam sahaja tidak endah. Na'udzubillah min zalik. Inilah akibatnya jika tidak mempunyai kefahaman jitu dalam iktilaf serta ujub dengan diri sendiri dalam ilmu yang dimiliki.

    Semoga kita sama-sama dapat menggarap kemuliaan malam Nisfu Sya'ban yang menjelang. Semoga Allah menggolongkan kita di kalangan mereka yang mendapat pengampunan dan rahmat-Nya pada malam tersebut. Amiin.

    Posted at 07:06 pm by aljoofre

    Name: luky
    September 17, 2005   03:55 AM PDT
     
    Assalamualaykum...
    Memang kurang ada adabnya orang skrng, mereka nga mau ittiba kepada ulama-ulama terdahulu.mereka pakai pola pikir mereka sendiri seakan-akan mereka lebih paham tentang ilmu agamanya. Allahuaklam...wallahulmustaan..
    informasi hari ini banyak orang jakarta dan sekitarnya berangkat ke pekalongan untuk Ziarah ke Habib Ahmad bin Abdullah Alatas(pekalongan-jawa tengah)skalian nisfu syaban disana.wasalamualaykum
    Pa' Sys
    September 17, 2005   05:09 AM PDT
     
    Tentang sembahyang Nisfu Sya'ban, Imam al-Ghazali ada membincangkannya dalam kitabnya Ihya' Ulumiddin, juzuk 1. Katanya:

    "Dan adapun sembahyang Sya'ban, maka pada malam ke-15 daripadanya. Bersembahyang ia seratus rakaat. Tiap-tiap dua rakaat dengan satu salam. Membaca ia dalam tiap rakaatnya sesudah al-Fatahihah, Qu Huwallahu Ahad sebelas kali. Dan jika dikehendakinya, boleh bersembahyang sepuluh rakaat. Membaca ia pada tiap rakaat sesudah al-Fathihah, Qul Huwallahu Ahad seratus kali. Mala ini pula ada diriwayatkan dalam jumlahnya sembahyang-sembahyang yang adalah para Ulama' Salaf ada melakukan sembahyang ini, dan mereka menamakannya Solatul Khair, sembahyang kebajikan, dan mereka berkumpul kerana sembahyang ini dan kadang-kadang mereka lakukan sembahyang itu dengan berjama'ah. Diriwayatkan dari al-Hasan bahawasanya berkata ia: Telah diceritakan kepadaku oleh tiga puluh orang dari para sahabat Nabi s.a.w bahawa barangsiapa yang melakukan sembahyang ini di malam ini, nescaya Allah memandang kepadanya 70 pandangan rahmat.an Allah tunaikan baginya dengan tiap-tiap pandangan itu, 70 hajat. Sekurang-kurangnya adalah ampunan."

    putronogo
    August 27, 2007   06:07 PM PDT
     
    Malam Nisfu Sya'ban

    Dalil Tentang Keutamaan Bulan Sya'ban dan Khususnya Nisfu Sya'ban

    Dalil-dalil itu antara lain adalah hadits-hadits berikut ini:

    "&#1573;&#1606; &#1575;&#1604;&#1604;&#1607; &#1593;&#1586; &#1608;&#1580;&#1604; &#1610;&#1606;&#1586;&#1604; &#1573;&#1604;&#1609; &#1575;&#1604;&#1587;&#1605;&#1575;&#1569; &#1575;&#1604;&#1583;&#1606;&#1610;&#1575; &#1604;&#1610;&#1604;&#1577; &#1575;&#1604;&#1606;&#1589;&#1601; &#1605;&#1606; &#1588;&#1593;&#1576;&#1575;&#1606; &#1601;&#1610;&#1594;&#1601;&#1585; &#1604;&#1571;&#1603;&#1579;&#1585; &#1605;&#1606; &#1588;&#1614;&#1593;&#1618;&#1585;&#1616; &#1594;&#1614;&#1606;&#1614;&#1605;&#1616; &#1576;&#1606;&#1610; &#1603;&#1604;&#1576;&#1548; &#1608;&#1607;&#1610; &#1602;&#1576;&#1610;&#1604;&#1577; &#1601;&#1610;&#1607;&#1575; &#1594;&#1606;&#1605; &#1603;&#1579;&#1610;&#1585;"&#1585;&#1608;&#1575;&#1607; &#1571;&#1581;&#1605;&#1583; &#1608;&#1575;&#1604;&#1591;&#1576;&#1585;&#1575;&#1606;&#1610;.&#1608;&#1602;&#1575;&#1604; &#1575;&#1604;&#1578;&#1585;&#1605;&#1584;&#1610;: &#1573;&#1606; &#1575;&#1604;&#1576;&#1582;&#1575;&#1585;&#1610; &#1590;&#1593;&#1601;&#1607;

    Sesungguhnya Allah 'Azza Wajalla turun ke langit dunia pada malam nisfu sya'ban dan mengampuni lebih banyak dari jumlah bulu pada kambing Bani Kalb (salah satu kabilah yang punya banyak kambing). (HR At-Tabarani dan Ahmad)

    Namun Al-Imam At-Tirmizy menyatakan bahwa riwayat ini didhaifkan oleh Al-Bukhari.

    Selain hadits di atas, juga ada hadits lainnya yang diterima oleh para ulama.

    &#1593;&#1575;&#1574;&#1588;&#1577; &#1600; &#1585;&#1590;&#1610; &#1575;&#1604;&#1604;&#1607; &#1593;&#1606;&#1607;&#1575; &#1600; &#1602;&#1575;&#1605; &#1585;&#1587;&#1608;&#1604; &#1575;&#1604;&#1604;&#1607; &#1600; &#1589;&#1604;&#1609; &#1575;&#1604;&#1604;&#1607; &#1593;&#1604;&#1610;&#1607; &#1608;&#1587;&#1604;&#1605; &#1600; &#1605;&#1606; &#1575;&#1604;&#1604;&#1610;&#1604; &#1601;&#1589;&#1604;&#1609; &#1601;&#1571;&#1591;&#1575;&#1604; &#1575;&#1604;&#1587;&#1580;&#1608;&#1583; &#1581;&#1578;&#1609; &#1592;&#1606;&#1606;&#1578; &#1571;&#1606;&#1607; &#1602;&#1583; &#1602;&#1615;&#1576;&#1616;&#1590;&#1614;&#1548; &#1601;&#1614;&#1604;&#1614;&#1605;&#1617;&#1614;&#1575; &#1585;&#1601;&#1593; &#1585;&#1571;&#1587;&#1607; &#1605;&#1606; &#1575;&#1604;&#1587;&#1580;&#1608;&#1583; &#1608;&#1601;&#1585;&#1594; &#1605;&#1606; &#1589;&#1604;&#1575;&#1578;&#1607; &#1602;&#1575;&#1604;, "&#1610;&#1575; &#1593;&#1575;&#1574;&#1588;&#1577; &#1600; &#1571;&#1608; &#1610;&#1575; &#1581;&#1615;&#1605;&#1610;&#1585;&#1575;&#1569; &#1600; &#1592;&#1606;&#1606;&#1578; &#1571;&#1606; &#1575;&#1604;&#1606;&#1576;&#1610; &#1600; &#1589;&#1604;&#1609; &#1575;&#1604;&#1604;&#1607; &#1593;&#1604;&#1610;&#1607; &#1608;&#1587;&#1604;&#1605; &#1600; &#1602;&#1583; &#1582;&#1614;&#1575;&#1587;&#1614; &#1576;&#1603;"&#1567; &#1571;&#1610; &#1604;&#1605; &#1610;&#1593;&#1591;&#1603; &#1581;&#1602;&#1603;.
    &#1602;&#1604;&#1578;: &#1604;&#1575; &#1608;&#1575;&#1604;&#1604;&#1607; &#1610;&#1575; &#1585;&#1587;&#1608;&#1604; &#1575;&#1604;&#1604;&#1607; &#1608;&#1604;&#1603;&#1606; &#1592;&#1606;&#1606;&#1578; &#1571;&#1606;&#1603; &#1602;&#1583; &#1602;&#1576;&#1590;&#1578;&#1614; &#1604;&#1591;&#1608;&#1604; &#1587;&#1580;&#1608;&#1583;&#1603;&#1548; &#1601;&#1602;&#1575;&#1604;, "&#1571;&#1614;&#1578;&#1614;&#1583;&#1618;&#1585;&#1616;&#1610;&#1606;&#1614; &#1571;&#1614;&#1610;&#1617;&#1615; &#1604;&#1610;&#1604;&#1577; &#1607;&#1584;&#1607;"&#1567; &#1602;&#1604;&#1578;: &#1575;&#1604;&#1604;&#1607; &#1608;&#1585;&#1587;&#1608;&#1604;&#1607; &#1571;&#1593;&#1604;&#1605;&#1548; &#1602;&#1575;&#1604; "&#1607;&#1584;&#1607; &#1604;&#1610;&#1604;&#1577; &#1575;&#1604;&#1606;&#1589;&#1601; &#1605;&#1606; &#1588;&#1593;&#1576;&#1575;&#1606;&#1548; &#1573;&#1606; &#1575;&#1604;&#1604;&#1607; &#1593;&#1586; &#1608;&#1580;&#1604; &#1610;&#1591;&#1604;&#1593; &#1593;&#1604;&#1609; &#1593;&#1576;&#1575;&#1583;&#1607; &#1604;&#1610;&#1604;&#1577; &#1575;&#1604;&#1606;&#1589;&#1601; &#1605;&#1606; &#1588;&#1593;&#1576;&#1575;&#1606;&#1548; &#1601;&#1610;&#1594;&#1601;&#1585; &#1604;&#1604;&#1605;&#1587;&#1578;&#1594;&#1601;&#1585;&#1610;&#1606; &#1548; &#1608;&#1610;&#1585;&#1581;&#1605; &#1575;&#1604;&#1605;&#1587;&#1578;&#1585;&#1581;&#1616;&#1605;&#1616;&#1610;&#1606;&#1614;&#1548; &#1608;&#1610;&#1615;&#1572;&#1582;&#1585; &#1571;&#1607;&#1604; &#1575;&#1604;&#1581;&#1602;&#1583; &#1603;&#1605;&#1575; &#1607;&#1605;" &#1585;&#1608;&#1575;&#1607; &#1575;&#1604;&#1576;&#1610;&#1607;&#1602;&#1610;

    Dari Aisyah radhiyallahu anha berkata bahwa Rasulullah SAW bangun pada malam dan melakukan shalat serta memperlama sujud, sehingga aku menyangka beliau telah diambil. Ketika beliau mengangkat kepalanya dari sujud dan selesai dari shalatnya, beliau berkata, "Wahai Asiyah, (atau Wahai Humaira'), apakah kamu menyangka bahwa Rasulullah tidak memberikan hakmu kepadamu?" Aku menjawab, "Tidak ya Rasulallah, namun Aku menyangka bahwa Anda telah dipanggil Allah karena sujud Anda lama sekali." Rasulullah SAW bersabda, "Tahukah kamu malam apa ini?" Aku menjawab, "Allah dan rasul-Nya lebih mengetahui." Beliau bersabda, "Ini adalah malam nisfu sya'ban (pertengahan bulan sya'ban). Dan Allah muncul kepada hamba-hamba-Nya di malam nisfu sya'ban dan mengampuni orang yang minta ampun, mengasihi orang yang minta dikasihi, namun menunda orang yang hasud sebagaimana perilaku mereka." (HR Al-Baihaqi)

    Ditambah lagi dengan satu hadits yang menyebutkan bahwa pada bulan Sya'ban amal-amal manusia dilaporkan ke langit. Namun hadits ini tidak secara spesifik menyebutkan bahwa hal itu terjadi pada malam nisfu sya'ban.

    &#1585;&#1608;&#1609; &#1575;&#1604;&#1606;&#1587;&#1575;&#1574;&#1610; &#1593;&#1606; &#1571;&#1587;&#1575;&#1605;&#1577; &#1576;&#1606; &#1586;&#1610;&#1583; &#1600; &#1585;&#1590;&#1610; &#1575;&#1604;&#1604;&#1607; &#1593;&#1606;&#1607;&#1605;&#1575; &#1600; &#1571;&#1606;&#1607; &#1587;&#1571;&#1604; &#1575;&#1604;&#1606;&#1576;&#1610; &#1600; &#1589;&#1604;&#1609; &#1575;&#1604;&#1604;&#1607; &#1593;&#1604;&#1610;&#1607; &#1608;&#1587;&#1604;&#1605; &#1600; &#1576;&#1602;&#1608;&#1604;&#1607;: &#1604;&#1605; &#1571;&#1614;&#1585;&#1614;&#1603;&#1614; &#1578;&#1589;&#1608;&#1605; &#1605;&#1606; &#1588;&#1607;&#1585; &#1605;&#1606; &#1575;&#1604;&#1588;&#1607;&#1608;&#1585;&#1548; &#1605;&#1575; &#1578;&#1589;&#1608;&#1605; &#1605;&#1606; &#1588;&#1593;&#1576;&#1575;&#1606; &#1602;&#1575;&#1604; "&#1584;&#1575;&#1603; &#1588;&#1607;&#1585; &#1610;&#1594;&#1601;&#1604; &#1575;&#1604;&#1606;&#1575;&#1587; &#1593;&#1606;&#1607; &#1576;&#1610;&#1606; &#1585;&#1580;&#1576; &#1608;&#1585;&#1605;&#1590;&#1575;&#1606;&#1548; &#1608;&#1607;&#1608; &#1588;&#1607;&#1585; &#1578;&#1615;&#1585;&#1601;&#1593; &#1601;&#1610;&#1607; &#1575;&#1604;&#1571;&#1593;&#1605;&#1575;&#1604; &#1573;&#1604;&#1609; &#1585;&#1576; &#1575;&#1604;&#1593;&#1575;&#1604;&#1605;&#1610;&#1606;&#1548; &#1608;&#1571;&#1581;&#1576; &#1571;&#1606; &#1610;&#1615;&#1585;&#1601;&#1593; &#1593;&#1604;&#1605;&#1610; &#1608;&#1571;&#1606;&#1575; &#1589;&#1575;&#1574;&#1605;

    Dari Usamah bin Zaid ra bahwa beliau bertanya kepada nabi SAW, "Saya tidak melihat Anda berpuasa (sunnah) lebih banyak dari bulan Sya'ban." Beliau menjawab, "Bulan sya'ban adalah bulan yang sering dilupakan orang dan terdapat di antara bulan Rajab dan Ramadhan. Bulan itu adalah bulan diangkatnya amal-amal kepada rabbul-alamin. Aku senang bila amalku diangkat sedangkan aku dalam keadaan berpuasa." (HR An-Nasai)

    Dari tiga hadits di atas, kita bisa menerima sebuah gambaran para para ahli hadits pendapat menerima riwayat riwayat hadits khususnya untuk masalah fadhailul a'mal, bukan masalah aqidah asasiyah dan hukum halam dan haram.

    Bagi yang menerima hadits-hadits di atas, maka kita akan mendapati bahwa memang ada kekhususan di bulan sya'ban khususnya malam nisfu sya'ban. Di antaranya adalah Allah SWT mengampuni dosa-dosa yang minta ampun. Dan bahwa Rasulullah SAW melakukan shalat di malam itu dan memperlama salat dan sujud dalam shalatnya. Dimana bulan Sya'ban adalah bulan diangkatnya amal-amal pernuatan manusia.

    Anjuran untuk berkumpul di malam nisfu sya'ban memang ada, diantaranya hadits berikut ini:

    &#1593;&#1606; &#1593;&#1604;&#1610; &#1600; &#1585;&#1590;&#1610; &#1575;&#1604;&#1604;&#1607; &#1593;&#1606;&#1607; &#1600; &#1605;&#1585;&#1601;&#1608;&#1593;&#1611;&#1575; &#1600; &#1571;&#1610; &#1573;&#1604;&#1609; &#1575;&#1604;&#1606;&#1576;&#1610; &#1600; &#1589;&#1604;&#1609; &#1575;&#1604;&#1604;&#1607; &#1593;&#1604;&#1610;&#1607; &#1608;&#1587;&#1604;&#1605; &#1600; "&#1573;&#1584;&#1575; &#1603;&#1575;&#1606;&#1578; &#1604;&#1610;&#1604;&#1577; &#1575;&#1604;&#1606;&#1589;&#1601; &#1605;&#1606; &#1588;&#1593;&#1576;&#1575;&#1606; &#1601;&#1602;&#1608;&#1605;&#1608;&#1575; &#1604;&#1614;&#1610;&#1618;&#1604;&#1614;&#1607;&#1614;&#1575; &#1608;&#1589;&#1615;&#1608;&#1605;&#1608;&#1575; &#1606;&#1607;&#1575;&#1585;&#1607;&#1575;&#1548; &#1601;&#1573;&#1606; &#1575;&#1604;&#1604;&#1607; &#1578;&#1593;&#1575;&#1604;&#1609; &#1610;&#1606;&#1586;&#1604; &#1601;&#1610;&#1607;&#1575; &#1604;&#1594;&#1585;&#1608;&#1576; &#1575;&#1604;&#1588;&#1605;&#1587; &#1573;&#1604;&#1609; &#1575;&#1604;&#1587;&#1605;&#1575;&#1569; &#1575;&#1604;&#1583;&#1606;&#1610;&#1575; &#1601;&#1610;&#1602;&#1608;&#1604;: &#1571;&#1604;&#1575; &#1605;&#1587;&#1578;&#1594;&#1601;&#1585; &#1601;&#1571;&#1594;&#1601;&#1585; &#1604;&#1607;&#1548;&#1571;&#1604;&#1575; &#1605;&#1587;&#1578;&#1585;&#1586;&#1602; &#1601;&#1571;&#1585;&#1586;&#1602;&#1607;&#1548; &#1571;&#1604;&#1575; &#1605;&#1615;&#1576;&#1618;&#1604;&#1611;&#1609; &#1601;&#1571;&#1593;&#1575;&#1601;&#1610;&#1607;&#1548; &#1571;&#1604;&#1575; &#1603;&#1584;&#1575; &#1571;&#1604;&#1575; &#1603;&#1584;&#1575; &#1581;&#1578;&#1609; &#1610;&#1591;&#1604;&#1593; &#1575;&#1604;&#1601;&#1580;&#1585;."&#1575;&#1576;&#1606; &#1605;&#1575;&#1580;&#1577; &#1601;&#1610; &#1587;&#1606;&#1606;&#1607; &#1576;&#1573;&#1587;&#1606;&#1575;&#1583; &#1590;&#1593;&#1610;&#1601;

    Dari Ali bin Abi Thalib secara marfu' bahwa Rasululah SAW bersabda, "Bila datang malam nisfu sya'ban, maka bangunlah pada malamnya dan berpuasa lah siangnya. Sesungguhnya Allah SWT turunpada malam itu sejak terbenamnya matahari kelangit dunia dan berkata, "Adakah orang yang minta ampun, Aku akan mengampuninya. Adakah yang minta rizki, Aku akan memberinya riki.Adakah orang sakit, maka Aku akan menyembuhkannya, hingga terbit fajar. (HR Ibnu Majah)
    Name
    March 30, 2009   05:12 AM PDT
     
    wahai para ulama' karena engkaulah kami menjadi tahu kebesaran Allah SWT dan keindahan akhlak Rasullullah SAW.
     

    Leave a Comment:

    Name


    Homepage (optional)


    Comments




    Previous Entry Home Next Entry

    Google
     
    Web Aljoofre Meredah Usia

    Aljoofre Meredah Usia..

    Tiada hak cipta terpelihara. Sebarang unsur peniruan, pengedaran dan penerbitan dari web ini adalah dibenarkan untuk mengembangkan dakwah Islamiah. Allah s.w.t. sahajalah yang akan memberi ganjaran dan melindunginya.