Ahlan Wasahlan Wamarhaban

Syed Abdul Kadir Aljoofre,

Kuala Lumpur - Selangor - Singapura - Madinah Al-Munawwarah - Perlis - Kedah - Tanta - Kaherah.

Banyakkanlah berselawat ke atas kekasih kita Muhammad Sallallahu 'Alaihi Waalihi Wasallam..

Sila jaga tatatertib Syariah dalam tagboard di bawah. Ulasan bagi sesuatu topik dialu-alukan dikemukakan di bahagian ulasan topik tersebut, dan bukan di bahagian tagboard. Jazakumullah
   
<< September 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30

Sila klik di tarikh-tarikh di atas untuk melihat entry untuk hari tersebut.. Sila klik juga di bulan-bulan sebelum ini. Digalakkan juga mula membaca dari posting awal (1 Februari 2005) mengikut turutan. Di bawah ini pula sebahagian entry yang menjadi "hits" disusun mengikut tarikh

  • Catitan Pertama

  • Kasih Si Anak Kecil

  • Doa Akhir dan Awal Tahun - Haramkah Membacanya? (Bhgn. 1/2)

  • Meramal Hari Qiamat?

  • Tasua'

  • Cikgu Oh Cikgu!

  • Tuntutan Mencari Ilmu

  • Sabar (Bhgn. 1/2)

  • Sembelih Vs Zalim

  • Force Of Nature.. Konsert Amal

  • Kat sana, kat sini..

  • Siti Oh Siti!

  • Sambutan Maulid Nabi (Bhgn. 1/20)

  • Salam Dari Kota Singa

  • Saman Sambut Maulid

  • Qataluki Ya Iraq!

  • Maulid Melayu

  • Selawat, Bid'ah vs Pendidikan

  • Menghina Islam

  • As-Sayyid Muhammad Al-Maliki (Bhgn. 1/4)

  • Petir

  • Persoalan Membasuh atau Menyapu Kaki Ketika Wudhu' (1/2)

  • Nasihat Tak Wajib Dilaksanakan?

  • Tidak Ikhtilat Lebih Cemerlang

  • Sheikh Abdul Fattah Abu Ghuddah

  • Istiqamah

  • Korban Bom

  • Dakwah Umum Dan Khusus (Bhgn. 1/2)

  • Aminah Wadud dan Bid'ah Hasanah - Satu Manipulasi Kotor

  • Judi - Pak Lebai dan Datuk Datin

  • Astora Dan Pembaca

  • Ekstrimiskah Mereka?

  • AP Hadhari

  • Permulaan Hidayah

  • Da'ie dan Da'iah

  • Niat Menuntut Ilmu

  • Eulogy (1)

  • Eulogy (2)

  • Surat Imam Abdullah Alhaddad (1/2)

  • Nisfu Sya'ban Datang Lagi

  • Waktu-waktu Penting

  • Puasa dan Raya - Malaysia Vs Mesir

  • Maulid Condi Rice di Arab Saudi

  • Sucikah Kita?

  • Wahhabi Oh Wahhabi

  • Pengenalan Ringkas Mazhab Syafie (1/5)

  • Pening juga tak mau bermazhab ya?

  • Doa Akhir dan Awal Tahun

  • Solat Jumaat - Sedikit Koreksi

  • Cemburu

  • Tiga Golongan

  • Futur

  • Bulan Istighfar

  • Al-Habib Abdullah Assyatri

  • Pemberian Tidak Setara Antara Anak-anak

    Sesungguhnya Ulama' itu adalah waris para Nabi

    Pautan ke para da'ie dan ulamak:

  • Habib Omar Benhafidz

  • Habib Ali Aljufri

  • Dr Mohd Saied Ramadhan Albouti

  • Dr Wahbah Azzuhayli

  • As-Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah (Rahimahullah)

    Pro-Tajdid Segar

    Pengunjung Sejak 1 Februari 2005:

    Isi Buku Tamu 

    YM Aljoofre

    Klik di Iklan di bawah (Anda tidak dikenakan apa-apa bayaran)

    Klik butang "Contact Me" di bawah untuk menghantar email kepada ana

  • If you want to be updated on this weblog Enter your email here:

    rss feed

    Friday, September 23, 2005
    Waktu-waktu Penting

    Entah mengapa, sejak kebelakangan ini kekuatan untuk menulis di blog ini agak pudar. Kesibukan dengan perkara lain tidak sama sekali boleh dijadikan alasan untuk menghalang istiqamah. Namun setiap kali ingin menulis, entah mengapa hati tidak begitu sedap untuk meneruskan tulisan, lalu dibatalkan sahaja. Mungkin hati ini belum benar-benar bersih. Ya Allah, kurniakan kami semua hati yang bersih, kerana ia merupakan wadah kepada hidayah-Mu!

    Pagi ini, membaca kitab Bidayatul Hidayah Al-Imam Al-Ghazali pada bahagian amalan waktu subuh sehingga naiknya matahari. Betapa Imam Al-Ghazali menitikberatkan solat jemaah, hingga dikatakan jika seorang pelajar agama tidak solat berjemaah ketika subuhnya, maka apalah gunanya segala apa yang dipelajari, kerana buah bagi ilmu itu adalah amalnya.

    Seterusnya Imam Al-Ghazali mengajarkan beberapa zikir dan doa yang boleh dan harus dilakukan oleh seorang mukmin. Imam Al-Ghazali menerangkan pembahagian yang sepatutnya diamalkan antara waktu setelah solat subuh sehingga naiknya matahari. Beliau menyatakan kita perlu membahagikan waktu ini kepada 4 urusan:

    1) Urusan doa
    2) Urusan pada zikir-zikir, serta tasbih diulang-ulang dengan menggunakan bantuan biji tasbih.
    3) Urusan membaca Al-Quran
    4) Urusan bertafakur.

    Apa yang perlu ditafakurkan? Imam Al-Ghazali mengingatkan kita suapaya mengingati segala dosa yang telah kita lakukan, kekurangan kita pada amalan kepada Allah, serta betapa kita mendedahkan diri kepada balasan-Nya yang pedih serta kemurkaan-Nya. Selain itu perlulah kita ingati betapa hampirnya kita dengan ajal yang memutuskan segala harapan, ikhtiar serta menyebabkan kekesalan jika kita diperdaya berpanjangan.

    Betapa molek saranan Imam Al-Ghazali ini, kerana jarang sekali manusia memikirkan akan mati pada memulakan harinya. Apa yang selalu kita fikirkan adalah, apa yang akan aku kerjakan hari ini, apa perancangan aku hari ini dan hari-hari seterusnya, lalu kita terleka dan terlalai dari mengingati kematian yang pada bila-bila masa boleh datang.

    Imam Al-Ghazali juga menerangkan bahawa ganjaran yang amat besar akan diberikan bagi mereka yang tidak berkata-kata (dengan orang lain) atau bergerak dari tempat solatnya dari waktu subuh hinggalah terbitnya matahari. Pengalaman ana bersama ramai para solihin dan habaib sedari kecil memang jelas menampakkan betapa mereka mementingkan waktu ini. Tidak ada seorang soleh yang ana jumpa melainkan mereka begitu menitikberatkan waktu antara subuh dan terbit matahari. Sehingga kita akan dimarahi jika cuba menyibukkan mereka dengan perkara lain pada waktu tersebut. Semoga Allah mengurniakan kita kekuatan untuk mencontohi mereka. Amiin

    Seterusnya ana teringat pula kata-kata Syeikh Umar di sini. Beliau mengingatkan empat waktu penting yang perlu diambil berat oleh kita terutama yang bergelar penuntut ilmu. Empat waktu tersebut adalah;

    1) Sebelum Subuh walau sekadar 15 minit.
    2) Dari Subuh hingga terbit matahari.
    3) Sebelum Maghrib walau sekadar 15 minit.
    4) Antara Maghrib dan Isya' (Ma Baina 'Isya'ain).

    Waktu-waktu ini perlulah kita gunakan sebaik mungkin untuk mengerjakan amalan soleh, zikir, membaca Al-Quran dan perkara-perkara yang bermanfaat. Semoga Allah memberi petunjuk dan kemudahan kepada kita dalam memanfaatkan waktu-waktu ini sebaik mungkin dalam menggapai redha-Nya. Amiin...

    Posted at 09:05 pm by aljoofre

    Alqodahi
    September 27, 2005   04:01 AM PDT
     
    Assalamualaikum.

    Hati ini gembira sekali kerana masih ada lagi ustaz2 muda macam tuan masih berminat utk mengkaji dan mengajar kitab2 muktabar sebegini. Kuatkan semangat, Syekhul Islam Perak, Syeikh Salleh zaman dulu naik kereta api dari Ipoh mengajar disekitar Kuala Lumpur dan Selangor, setiap minggu. Tuan Hamid Kajang mengajar di sebuah daerah di Selangor naik bas 2 kali ganti baru sampai tempat mengajar (thn 40an).Org2 pertengahan umur macam saya dan tidak begitu memahami bahasa Arab tetapi juga tidak ketinggalan mempelajari kitab ini dahulu melalui kitab jawi lama Hidayatul As-Salikin (terjemahan Bidayatul Hidayah). Syukur, Alhamdulillah. Tabarakallah. Mudah2an ustaz balik nanti akan dapat menyebarkan illmu yg bermanafaat bagi umat sebagaimana yg dilakukan oleh para habaib kita zaman dahulu. Amin Ya Rabbal 'Alamin.

    Namun hati ini masih kecewa dgn kaedah para2 daei muda hari ini yg terus-menerus membidaahkan hal-hal khilafiyah. Contohnya didalam utusan malaysia semalam. Mereka mengatakan bahawa kesilapan-kesilapan didalam sembahyang yg dilakukan org skrg ini spt memakai pakaian sembahyang yg tidak menutup kedua-dua bahu, sembahyang tanpa mengambil sutrah, melafaz secara jahr akan niat sembahyang, membaca surah Al-Ikhlas atas An-Nas sebelum mengerjakan sembahyang. Terfikir juga kenapa perkara sebegini dibangkitkan. Mengapa tidak difikirkan bagaimana utk menambah minat dan keinginan umat untuk beribadat.
    Jadi sebagai org awam macam saya ni (muqallid) ni tentulah berhajat kepada keterangan lebih mendalam akan perkara diatas kerana tidak mampu utk menelaah kitab yg besar2 utk mencari dalil sebenarnya akan amalan itu. Yg pasti golongan macam saya ni dah tahqiq akan amalan sebegitu kerana ianya dari didapati dari guru2 yg berwibawa.
    Mudah2an dgn pertologan ustaz dari menghuraikan serba sikit permasalan ini jika berkesempatan. (saya tak pasti apakah ruangan ini ruangan yg betul utk bersoal-jawab.Sekiranya salah, harap maaf)

    Terima kasih banyak2.

    September 28, 2005   03:36 AM PDT
     
    Mohon maaf sedikit kesilapan fakta..bukan Tuan Hamid tetapi Tuan Guru Hj Mat Zain..juga bukan tahun 40an (hanya riwayat dari org tua2, bukan catitan). Sekali lagi mohon maaf..
    Hassani
    April 7, 2006   06:19 AM PDT
     
    Perkara dari Subuh hingga terbit matahari agak sukar untuk ana ikuti. Pagi-pagi lagi dah nak kena keluar pergi kerja....Hujung minggu sahajalah mudah-mudahan.

    Bagaimanapun terima kasih tuan kerana berkongsi ilmu tuan dengan kami
    Firdaus
    December 9, 2007   09:01 AM PST
     
    saya senang sekali dengan uraian anda, sangat jarang sekali di zaman ini orang seperti anda. Mudah-mudahan Allah menguatkan keimanan kita semua, amin. Di Indonesia kini anak-anak muda cenderung menjauhi dan enggan mempelajari kitab-kitab lama yang bermutu, kini di negeri kami (indonesia) pun mungkin tak jauh berbeda dengan malaysia, berkembangnya faham-faham yang baru, yang sering membidahkan saudaranya,seperti: menzaharkan niat, qunut, dan amalan lain, yang dianggap mereka sebagai amalan yang sia-sia. semoga Allah memberikan rahmat pd kita semua. Hanya orang yang berimanlah yang difahamkan kepada Ajaran Agama.
     
    Leave a Comment:

    Name

    Homepage (optional)

    Comments

    Previous Entry Home Next Entry

    Google
     
    Web Aljoofre Meredah Usia

    Aljoofre Meredah Usia..

    Tiada hak cipta terpelihara. Sebarang unsur peniruan, pengedaran dan penerbitan dari web ini adalah dibenarkan untuk mengembangkan dakwah Islamiah. Allah s.w.t. sahajalah yang akan memberi ganjaran dan melindunginya.