Ahlan Wasahlan Wamarhaban

Syed Abdul Kadir Aljoofre,

Kuala Lumpur - Selangor - Singapura - Madinah Al-Munawwarah - Perlis - Kedah - Tanta - Kaherah.

Banyakkanlah berselawat ke atas kekasih kita Muhammad Sallallahu 'Alaihi Waalihi Wasallam..


Sila jaga tatatertib Syariah dalam tagboard di bawah. Ulasan bagi sesuatu topik dialu-alukan dikemukakan di bahagian ulasan topik tersebut, dan bukan di bahagian tagboard. Jazakumullah
   

<< November 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30

Sila klik di tarikh-tarikh di atas untuk melihat entry untuk hari tersebut.. Sila klik juga di bulan-bulan sebelum ini. Digalakkan juga mula membaca dari posting awal (1 Februari 2005) mengikut turutan. Di bawah ini pula sebahagian entry yang menjadi "hits" disusun mengikut tarikh


  • Catitan Pertama

  • Kasih Si Anak Kecil

  • Doa Akhir dan Awal Tahun - Haramkah Membacanya? (Bhgn. 1/2)

  • Meramal Hari Qiamat?

  • Tasua'

  • Cikgu Oh Cikgu!

  • Tuntutan Mencari Ilmu

  • Sabar (Bhgn. 1/2)

  • Sembelih Vs Zalim

  • Force Of Nature.. Konsert Amal

  • Kat sana, kat sini..

  • Siti Oh Siti!

  • Sambutan Maulid Nabi (Bhgn. 1/20)

  • Salam Dari Kota Singa

  • Saman Sambut Maulid

  • Qataluki Ya Iraq!

  • Maulid Melayu

  • Selawat, Bid'ah vs Pendidikan

  • Menghina Islam

  • As-Sayyid Muhammad Al-Maliki (Bhgn. 1/4)

  • Petir

  • Persoalan Membasuh atau Menyapu Kaki Ketika Wudhu' (1/2)

  • Nasihat Tak Wajib Dilaksanakan?

  • Tidak Ikhtilat Lebih Cemerlang

  • Sheikh Abdul Fattah Abu Ghuddah

  • Istiqamah

  • Korban Bom

  • Dakwah Umum Dan Khusus (Bhgn. 1/2)

  • Aminah Wadud dan Bid'ah Hasanah - Satu Manipulasi Kotor

  • Judi - Pak Lebai dan Datuk Datin

  • Astora Dan Pembaca

  • Ekstrimiskah Mereka?

  • AP Hadhari

  • Permulaan Hidayah

  • Da'ie dan Da'iah

  • Niat Menuntut Ilmu

  • Eulogy (1)

  • Eulogy (2)

  • Surat Imam Abdullah Alhaddad (1/2)

  • Nisfu Sya'ban Datang Lagi

  • Waktu-waktu Penting

  • Puasa dan Raya - Malaysia Vs Mesir

  • Maulid Condi Rice di Arab Saudi

  • Sucikah Kita?

  • Wahhabi Oh Wahhabi

  • Pengenalan Ringkas Mazhab Syafie (1/5)

  • Pening juga tak mau bermazhab ya?

  • Doa Akhir dan Awal Tahun

  • Solat Jumaat - Sedikit Koreksi

  • Cemburu

  • Tiga Golongan

  • Futur

  • Bulan Istighfar

  • Al-Habib Abdullah Assyatri

  • Pemberian Tidak Setara Antara Anak-anak


    Sesungguhnya Ulama' itu adalah waris para Nabi

    Pautan ke para da'ie dan ulamak:

  • Habib Omar Benhafidz

  • Habib Ali Aljufri

  • Dr Mohd Saied Ramadhan Albouti

  • Dr Wahbah Azzuhayli

  • As-Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah (Rahimahullah)


    Pro-Tajdid Segar


    Pengunjung Sejak 1 Februari 2005:

    Isi Buku Tamu 

     

    YM Aljoofre




    Klik di Iklan di bawah (Anda tidak dikenakan apa-apa bayaran)


    Klik butang "Contact Me" di bawah untuk menghantar email kepada ana

  • If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed




    Tuesday, November 15, 2005
    Puasa dan Raya Di Mesir vs Malaysia

    1. Shahrul Quran

    Pada bulan Ramadhan diturunkan Al-Quran. Apa jua amalan akan digandakan pada bulan tersebut. Rakyat Mesir tak kira tua muda, apa jua pangkat dan pekerjaan, tak kira di mana jua, akan kelihatan membaca Al-Quran sepanjang bulan Ramadhan. Pemandangan seorang pemuda berseluar jean dan berkemeja 't' yang tertulis pelbagai tulisan barat, membaca Al-Quran di dalam bas dan pengangkutan awam lain, bukanlah satu keadaan yang pelik.

    Di Malaysia, kadang kala ada pertandingan Tilawah Al-Quran pada bulan Ramadhan. Ada disiarkan secara langsung di TV. Tadarrus juga diadakan di kebanyakan masjid dan surau. Ada juga disiarkan di TV di akhir malam, ketika kebanyakan kita telah masuk tidur. Siaran tertunda dari Masjidil Haram juga disiarkan, walaupun tertunda diadakan pada pukul 2 pagi. Kalau kita membaca Al-Quran di dalam bas atau di tempat-tempat awam, pasti timbul persoalan di benak pemikiran masyarakat, kalau pun tidak bersangka buruk.

    2. Ihya' Layalir Ramadhan

    Masyarakat Mesir akan berpusu-pusu ke Masjid "sepanjang" bulan Ramadhan untuk mengerjakan tarawih. Biasanya jemaah yang bersolat akan melimpah ke tepi jalan luar masjid. Keadaan kesesakan lalu lintas ketika hampir dengan Masjid setiap malam Ramadhan adalah pandangan biasa. Tazkirah antara tarawih oleh mereka yang ahli, diberikan begitu bersemangat dan ilmiah, menerangkan kelebihan dan kemuliaan Ramadhan. Kebanyakan masjid juga akan menkhatamkan Al-Quran dalam Tarawih. Tahajjud dan Iktikaf amat subur sepanjang Ramadhan di masjid-masjid, terutamanya di malam-malam akhirnya.

    Muslimin di Malaysia memenuhi masjid untuk bersolat Tarawih. Kebanyakan masjid juga penuh. tapi sayangnya hanya di hari-hari awal Ramadhan. Bertambahnya hari puasa, makin berkuranglah bilangan saf di masjid. Ada juga masjid-masjid yang mengkhatamkan Al-Quran. Ada juga yang cuba membuat tazkirah, namun kebanyakannya terhalang oleh pihak tertentu. Tahajjud dan Iktikaf hanya dilakukan oleh beberapa masjid sahaja. Maklumlah akhir Ramadhan tentu sibuk dengan pesiapan hari raya bukan?

    3. Sumbangan dan Infaq

    Masyarakat Mesir cukup terkenal dengan sifat pemurahnya di bulan Ramadhan. Majlis berbuka puasa untuk umum diadakan di mana-mana, hatta di taman bunga. Pendek kata, sepanjang bulan Ramadhan jika anda tidak mahu memasak untuk berbuka puasa tiada masalahnya. Selain itu, jika anda di dalam perjalanan ketika azan maghrib berkumandang, usah risau. Pastinya di tepi-tepi jalan kelihatan mereka yang akan membahagi-bahagikan kurma dan minuman untuk berbuka. Sumbangan untuk para penuntut ilmu juga bertambah-tambah di bulan Ramadhan. Biasanya dalam bentuk barangan dapur, seperti minyak masak, gula, beras dan lain-lain. Para fakir dan miskin juga akan menerima habuan masing-masing di bulan Ramadhan. Pendek kata, Ramadhan dipenuhi disambut dengan begitu meriah bagi mereka.

    Di Malaysia, kadang-kala ada juga diadakan majlis berbuka puasa untuk mereka yang tertentu. Tetapi kebanyakan fakir miskin masih terpinggir. Sesetengah masjid ada juga mengadakan majlis berbuka puasa untuk umum. Namun begitu bilangannya masih sedikit. Jika anda ingin membahagi-bahagikan kurma dan minuman di tepi-tepi jalan ketika waktu berbuka, anda mungkin dianggap tidak siuman, atau paling tidakpun, tiada yang sudi menerimanya. Bawalah bekalan sendiri jika merasa perlu berbuka dalam perjalanan. Masing-masing fikirkan diri sendiri.

    4. Suasana

    Sejak zaman berzaman, menjelang Ramadhan, rumah-rumah dan jalan-jalan akan diterangi oleh sejenis lampu yang dipanggil Fannusah. Ia merupakan sebuah kotak plastik berwarna-warni dan diletakkan lampu di dalamnya. Banyak rumah dan kedai meletakkannya. Selain itu, rakyat Mesir yang gemar bertengkar dan bergaduh juga akan reda amarahnya dalam bulan Ramadhan. Ketika baru ingin memulakan pertengkaran, jika diingatkan akan Ramadhan, maka berdamailah mereka. Kita juga akan saling mengucapkan tahniah dan doa sesama kita setiap kali bertemu.

    Masyarakat Malaysia juga akan menerangkan rumah mereka dengan lampu kelip atau pelita, bukan untuk Ramadhan, tetapi kerana tidak sabar untuk berhari raya. Dari sebelum Ramadhan, jualan-jualan murah untuk hari raya kelihatan di sini sana. Iklan-iklan dan lagu-lagu di TV serta radio semuanya bertemakan hari raya. Seolah-olah terlupa "Puasa dulu, baru raya!"

    5. Hari raya

    Hari raya disambut sederhana di Mesir. Ada juga pakaian baru, hadiah raya (tak semestinya berbentuk duit) untuk kanak-kanak (dan dewasa juga dalam sesetengah keadaan), dan siaran khas di TV. Mereka akan mengucapkan tahniah kepada sesama mereka dengan datangnya hari raya. Solat sunnah Hari Raya biasanya diadakan di tempat-tempat lapang seperti di stadium dan dataran. Begitu ramai sekali jemaah yang hadir. Sebelum solat disunnatkan bersarapan dahulu (untuk aidil fitri), maka ada yang membahagi-bahagikan kurma sambil kita bertakbir. Takbir dibacakan dengan semangat dan beramai-ramai.

    Hari raya disambut dengan begitu meriah di Malaysia. Tua, muda, miskin dan kaya semuanya menyambutnya dengan gembira, walau Ramadhan belum tentu terisi dengan baik. Kanak-kanak paling gembira kerana tidak dianggap peminta sedekah jika datang dari rumah ke rumah walau jauh dan tak dikenali untuk mengutip duit raya. Tak cukup rasanya ruang untuk menceritakan sambutan hari raya di Malaysia. Masing-masing dari kita memahaminya.

    Persamaan: Persamaan yang ketara adalah apabila habisnya Ramadhan di Mesir dan Malaysia maka semuanya berjalan kembali seperti biasa. Amalan akan berkurangan secara drastik sekali.


    Secara keseluruhannya masih banyak lagi ruang yang boleh diperbaiki di tempat kita. Bersama-samalah kita mencantikkan lagi suasana Ramadhan dan Eidul Fitri masyarakat kita. Dari kita bercakaran bilangan rakaat Tarawih, selawat antara solat, dan pelbagai perkara kecil dan khilafiah lain, lebih utama kita menyebarluaskan kefahaman yang betul dalam menghadapi Ramadhan dan hari raya. Mulakanlah dari sekarang bagi Ramadhan yang akan datang.

    P/S:
    1) Ana hanya menyebutkan gambaran-gambaran di atas hanya secara umum dan bukan di tempat-tempat tertentu yang mungkin ada pengecualian.

    2) Terlupa nak disebutkan di sini. Dua minggu lepas Alhamdulillah, Munirah selamat melahirkan anak ketiganya. Barakallahu lahuma waja'alaha bintan solihah waqurrata 'ainin.


    Zainab bte Abdullah Alhaddad


    Posted at 10:24 am by aljoofre

    Saeful Bahri Aljawi
    May 12, 2007   02:33 PM PDT
     
    Ana sangat senang dengan adanya ulasan dari ustadz, semoga ustadz senantiasa diberkahi hidupnya.
     

    Leave a Comment:

    Name


    Homepage (optional)


    Comments




    Previous Entry Home Next Entry

    Google
     
    Web Aljoofre Meredah Usia

    Aljoofre Meredah Usia..

    Tiada hak cipta terpelihara. Sebarang unsur peniruan, pengedaran dan penerbitan dari web ini adalah dibenarkan untuk mengembangkan dakwah Islamiah. Allah s.w.t. sahajalah yang akan memberi ganjaran dan melindunginya.