Ahlan Wasahlan Wamarhaban

Syed Abdul Kadir Aljoofre,

Kuala Lumpur - Selangor - Singapura - Madinah Al-Munawwarah - Perlis - Kedah - Tanta - Kaherah.

Banyakkanlah berselawat ke atas kekasih kita Muhammad Sallallahu 'Alaihi Waalihi Wasallam..


Sila jaga tatatertib Syariah dalam tagboard di bawah. Ulasan bagi sesuatu topik dialu-alukan dikemukakan di bahagian ulasan topik tersebut, dan bukan di bahagian tagboard. Jazakumullah
   

<< November 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30

Sila klik di tarikh-tarikh di atas untuk melihat entry untuk hari tersebut.. Sila klik juga di bulan-bulan sebelum ini. Digalakkan juga mula membaca dari posting awal (1 Februari 2005) mengikut turutan. Di bawah ini pula sebahagian entry yang menjadi "hits" disusun mengikut tarikh


  • Catitan Pertama

  • Kasih Si Anak Kecil

  • Doa Akhir dan Awal Tahun - Haramkah Membacanya? (Bhgn. 1/2)

  • Meramal Hari Qiamat?

  • Tasua'

  • Cikgu Oh Cikgu!

  • Tuntutan Mencari Ilmu

  • Sabar (Bhgn. 1/2)

  • Sembelih Vs Zalim

  • Force Of Nature.. Konsert Amal

  • Kat sana, kat sini..

  • Siti Oh Siti!

  • Sambutan Maulid Nabi (Bhgn. 1/20)

  • Salam Dari Kota Singa

  • Saman Sambut Maulid

  • Qataluki Ya Iraq!

  • Maulid Melayu

  • Selawat, Bid'ah vs Pendidikan

  • Menghina Islam

  • As-Sayyid Muhammad Al-Maliki (Bhgn. 1/4)

  • Petir

  • Persoalan Membasuh atau Menyapu Kaki Ketika Wudhu' (1/2)

  • Nasihat Tak Wajib Dilaksanakan?

  • Tidak Ikhtilat Lebih Cemerlang

  • Sheikh Abdul Fattah Abu Ghuddah

  • Istiqamah

  • Korban Bom

  • Dakwah Umum Dan Khusus (Bhgn. 1/2)

  • Aminah Wadud dan Bid'ah Hasanah - Satu Manipulasi Kotor

  • Judi - Pak Lebai dan Datuk Datin

  • Astora Dan Pembaca

  • Ekstrimiskah Mereka?

  • AP Hadhari

  • Permulaan Hidayah

  • Da'ie dan Da'iah

  • Niat Menuntut Ilmu

  • Eulogy (1)

  • Eulogy (2)

  • Surat Imam Abdullah Alhaddad (1/2)

  • Nisfu Sya'ban Datang Lagi

  • Waktu-waktu Penting

  • Puasa dan Raya - Malaysia Vs Mesir

  • Maulid Condi Rice di Arab Saudi

  • Sucikah Kita?

  • Wahhabi Oh Wahhabi

  • Pengenalan Ringkas Mazhab Syafie (1/5)

  • Pening juga tak mau bermazhab ya?

  • Doa Akhir dan Awal Tahun

  • Solat Jumaat - Sedikit Koreksi

  • Cemburu

  • Tiga Golongan

  • Futur

  • Bulan Istighfar

  • Al-Habib Abdullah Assyatri

  • Pemberian Tidak Setara Antara Anak-anak


    Sesungguhnya Ulama' itu adalah waris para Nabi

    Pautan ke para da'ie dan ulamak:

  • Habib Omar Benhafidz

  • Habib Ali Aljufri

  • Dr Mohd Saied Ramadhan Albouti

  • Dr Wahbah Azzuhayli

  • As-Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah (Rahimahullah)


    Pro-Tajdid Segar


    Pengunjung Sejak 1 Februari 2005:

    Isi Buku Tamu 

     

    YM Aljoofre




    Klik di Iklan di bawah (Anda tidak dikenakan apa-apa bayaran)


    Klik butang "Contact Me" di bawah untuk menghantar email kepada ana

  • If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed




    Wednesday, November 23, 2005
    Sucikah kita?

    Semalam ketika memasuki Bab Toharah, dalam kitab Nailurraja' Syarh Safinatinnajah, yang merupakan kitab asas dan permulaan bagi pelajar-pelajar dalam Mazhab Syafie, ana menyebutkan kepada adik-adik yang datang ke rumah, bahawa Toharah atau penyucian ini bukanlah seperti yang kita lihat secara zahirnya sahaja.

    Hujjatul Islam Al-Imam Al-Ghazali di dalam kitab agungnya, Ihya' Ulumiddin telah membahagikan Toharah kepada empat peringkat. Peringkat-peringkat tersebut ialah:

    1) Suci secara zahir dari hadas dan kotoran.
    2) Suci anggota dari dosa-dosa
    3) Suci hati dari akhlak-akhlak buruk dan sifat terkeji
    4) Suci rahsia dari selain Allah.

    Tidak akan sampai seorang hamba itu kepada peringkat yang tinggi melainkan setelah mendapatkan peringkat yang sebelumnya. Maka tidak akan sampai seseorang itu kepada sucinya segala rahsianya dari siat yang terkeji, selagi mana dia tidak menyucikan hatinya dari akhlak yang buruk serta menyuburkannya dengan akhlak yang baik. Martabat itu pula tidak akan sampai melainkan kita telah sucikan anggota kita dari segala larangan Allah, dan menyuburkannya dengan ketaatan kepada-Nya.

    Seseorang yang buta hatinya tidak akan memahami Toharah itu melainkan membersihkan apa yang terzahir sahaja, maka dihabiskan waktunya hanya pada membicarakan bab istinja', mencuci pakaian, membersihkan badan dan tempatnya. Dia tidak mengetahui atau tidak melihat sirah pada salaf yang menggunakan masa, pada mementingkan dan memikirkan toharah hati yang merupakan tempat letaknya pandangan Allah Ta'ala.

    Tujuan syara' dalam pensyariatan toharah secara zahir, bukanlah semata-mata kebersihan badan dan pakaian, sedangkan batinnya penuh dengan kotoran takabbur, 'ujub, kejahilan, riya' dan niaq. Ya Allah sucikan hati-hati kami dari kotoran, limpahkan kami dengan cahaya-Mu, selamatkan zahir kami dari kesalahan, supaya kami dimasukkan dalam golongan salaf yang akhyar.

    Betapa teliti dan indahnya kalam Imam Al-Ghazali. Mutiara-mutiaranya masih bercucuran kepada kita hari ini. Kalamnya amat menusuk ke jiwa kita setiap kali kita membaca. Merugilah kita jika tiada terkesan langsung.

    Tamat pengajian, ketika menjamu minuman, seorang adik menyebut pula, seorang Doktor (B.A. dalam Bahasa Arab kemudian terjun ke bidang hadis, dan berlagak seorang faqih pelbagai mazhab lagi mujtahid), menyebutkan kalam Imam Azzahabi bahawa Imam Al-Ghazali sebagai seorang manusia juga ada melakukan kesilapan. Astaghfirullahal 'Azim. Kita katakan tentu sekali semua manusia melakukan kesilapan. Takkan kita angkat martabat seseorang itu melebihi Nabi dan para sahabatnya. Tetapi sedangkan Imam Al-Ghazali yang merupakan Hujjatul Islam melakukan kesilapan, bagaimana pula kebarangkalian kita yang hina ini melakukan kesilapan?

    Mengapa khianat ilmiah apabila dinaqalkan kalam Imam Azzahabi pada bahagian tersebut sahaja? Bukankah Imam Azzahabi sendiri menyebutkan dalam puluhan mukasurat dan gelaran sebagai pujian kepada Imam Al-Ghazali? Adakah puluhan mukasurat dan gelaran pujian ini dibuat tiada bersebab dan tiada asas? Adakah murah nilainya, hanya kerana disebutkan Imam Al-Ghazali juga ada melakukan kesilapan? La haula wala quwwata illa billah.

    Mungkin hati kita belum benar-benar bersih. Lantaran itu ulamak agung begitu kita remehkan sahaja. Walau bagaimana kita tidak bersetuju dengan sesuatu pendapat itu, hindarkanlah sejauh mungkin sifat menghina para ulamak tersebut. Ulamak yang telah diiktiraf secara sepakat oleh ummah ini akan kehebatan mereka, hormatilah mereka. Bersihkanlah hati kita dari sifat-sifat buruk seperti 'ujub dengan diri sendiri. Semoga Allah kurniakan kita hati yang bersih. Amiin!!

    Posted at 10:14 am by aljoofre

    nai
    February 26, 2006   10:10 AM PST
     

    ya Allah bersihkanlah hati kami..

    setuju dgn ust
    Mohd Nasir Al Madani Ash Syafi
    October 5, 2006   02:22 AM PDT
     
    Assalaamu`alaikum warahmatullah.Saya tertarik dengan komen anta tetapi jangan lah anta terlalu taasub kepada Al Imam Al Ghazali Rahimahullah. Saya juga kagum dengan kupasan nya tentang penyakit2 hati dan lain-lain bab dalam Ihya` tetapi kita mesti akui hadith2 yang telah di takhrijkan oleh Al `Iraqi didalam Ihya`. Imam Ghazali pun manusia biasa. Kalau kita nak mengajar kitab Ihya` kita mesti ulas hadith yang di muatkan oleh Al Imam Ghazali sebagaimana yang di takhrijkan oleh Al `Iraqi. Barulah ada amanah `ilmiah. Wallaahu `aa`lam
    Aljoofre
    October 9, 2006   07:08 AM PDT
     
    Akhi.. Kalaupun ana taksub, ana taksub pada seorang ulamak yg sangat hebat dan diakui kehebatannya keseluruhan ulamak Islam. Itupun ana bilang "kalau" ya!

    Apapun cuba baca tulisan ana kembali, kan ana da sebutkan pun tiada yg maksum selain Rasulullah.

    Adapun berkenaan takhrij kitab ihya', terima kasih atas saranan akhi, dan ana telah lakukan pun lama dulu.

    Namun ana nak sarankan pula kepada akhi, jangan baca takhrij Imam Zahabi sahaja, tetapi bacalah juga takhrij2 lain seperti Imam Zubaidi dan sebagainya. Kadangkala ada hadis yg dikatakan tiada asalnya oleh Imam Zahabi ditemui asalnya oleh Imam Zubaidi. Barulah adil, dan barulah amanah ilmiah namanya. ;-)
    wafak
    December 9, 2011   10:50 AM PST
     
    salaam saudara pemilik blog.. Boleh x buatkn blog ni agar artikel2 dlm ni boleh di share dlm facebook... Alhamdulillah, sy dpt input atas kemurahan Allah jua... kalau boleh sy nk kongsikn dgn teman2 sy yg lain yg lebih aktif mnggunakan facebook brbanding mncari dlm bolg. Syukran kathiran..
    AsiahYusra
    May 19, 2012   09:26 PM PDT
     
    ustaz..boleh tak ceritakan sedikit ttg meraikan pendapat?
     

    Leave a Comment:

    Name


    Homepage (optional)


    Comments




    Previous Entry Home Next Entry

    Google
     
    Web Aljoofre Meredah Usia

    Aljoofre Meredah Usia..

    Tiada hak cipta terpelihara. Sebarang unsur peniruan, pengedaran dan penerbitan dari web ini adalah dibenarkan untuk mengembangkan dakwah Islamiah. Allah s.w.t. sahajalah yang akan memberi ganjaran dan melindunginya.