Ahlan Wasahlan Wamarhaban

Syed Abdul Kadir Aljoofre,

Kuala Lumpur - Selangor - Singapura - Madinah Al-Munawwarah - Perlis - Kedah - Tanta - Kaherah.

Banyakkanlah berselawat ke atas kekasih kita Muhammad Sallallahu 'Alaihi Waalihi Wasallam..


Sila jaga tatatertib Syariah dalam tagboard di bawah. Ulasan bagi sesuatu topik dialu-alukan dikemukakan di bahagian ulasan topik tersebut, dan bukan di bahagian tagboard. Jazakumullah
   

<< November 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30

Sila klik di tarikh-tarikh di atas untuk melihat entry untuk hari tersebut.. Sila klik juga di bulan-bulan sebelum ini. Digalakkan juga mula membaca dari posting awal (1 Februari 2005) mengikut turutan. Di bawah ini pula sebahagian entry yang menjadi "hits" disusun mengikut tarikh


  • Catitan Pertama

  • Kasih Si Anak Kecil

  • Doa Akhir dan Awal Tahun - Haramkah Membacanya? (Bhgn. 1/2)

  • Meramal Hari Qiamat?

  • Tasua'

  • Cikgu Oh Cikgu!

  • Tuntutan Mencari Ilmu

  • Sabar (Bhgn. 1/2)

  • Sembelih Vs Zalim

  • Force Of Nature.. Konsert Amal

  • Kat sana, kat sini..

  • Siti Oh Siti!

  • Sambutan Maulid Nabi (Bhgn. 1/20)

  • Salam Dari Kota Singa

  • Saman Sambut Maulid

  • Qataluki Ya Iraq!

  • Maulid Melayu

  • Selawat, Bid'ah vs Pendidikan

  • Menghina Islam

  • As-Sayyid Muhammad Al-Maliki (Bhgn. 1/4)

  • Petir

  • Persoalan Membasuh atau Menyapu Kaki Ketika Wudhu' (1/2)

  • Nasihat Tak Wajib Dilaksanakan?

  • Tidak Ikhtilat Lebih Cemerlang

  • Sheikh Abdul Fattah Abu Ghuddah

  • Istiqamah

  • Korban Bom

  • Dakwah Umum Dan Khusus (Bhgn. 1/2)

  • Aminah Wadud dan Bid'ah Hasanah - Satu Manipulasi Kotor

  • Judi - Pak Lebai dan Datuk Datin

  • Astora Dan Pembaca

  • Ekstrimiskah Mereka?

  • AP Hadhari

  • Permulaan Hidayah

  • Da'ie dan Da'iah

  • Niat Menuntut Ilmu

  • Eulogy (1)

  • Eulogy (2)

  • Surat Imam Abdullah Alhaddad (1/2)

  • Nisfu Sya'ban Datang Lagi

  • Waktu-waktu Penting

  • Puasa dan Raya - Malaysia Vs Mesir

  • Maulid Condi Rice di Arab Saudi

  • Sucikah Kita?

  • Wahhabi Oh Wahhabi

  • Pengenalan Ringkas Mazhab Syafie (1/5)

  • Pening juga tak mau bermazhab ya?

  • Doa Akhir dan Awal Tahun

  • Solat Jumaat - Sedikit Koreksi

  • Cemburu

  • Tiga Golongan

  • Futur

  • Bulan Istighfar

  • Al-Habib Abdullah Assyatri

  • Pemberian Tidak Setara Antara Anak-anak


    Sesungguhnya Ulama' itu adalah waris para Nabi

    Pautan ke para da'ie dan ulamak:

  • Habib Omar Benhafidz

  • Habib Ali Aljufri

  • Dr Mohd Saied Ramadhan Albouti

  • Dr Wahbah Azzuhayli

  • As-Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah (Rahimahullah)


    Pro-Tajdid Segar


    Pengunjung Sejak 1 Februari 2005:

    Isi Buku Tamu 

     

    YM Aljoofre




    Klik di Iklan di bawah (Anda tidak dikenakan apa-apa bayaran)


    Klik butang "Contact Me" di bawah untuk menghantar email kepada ana

  • If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed




    Tuesday, November 29, 2005
    Wahabi oh Wahabi!

    Dua hari berturut-turut akhbar Utusan (Meloya?) Malaysia memainkan isu Wahabi di muka hadapan. Terkejut ana membacanya. Walaupun garis senyum di bibir tak dapat disembunyi, namun jauh di hati memikirkan apakah muslihat sebenar di sebalik "pendedahan" ini. Manakan tidak, amat jarang isu agama diletakkan di muka hadapan akhbar arus perdana . Jika benar kerana kebenaran, maka segala puji bagi Allah yang membukakan pintu hati pihak terbabit agar menghantar satu signal amaran kepada semua rakyat akan bahaya gerakan ini. Jika ada muslihat di sebaliknya, kepada Allah jualah kita memohon pertolongan.

    Seperti yang kita jangka pelbagai reaksi dapat dilihat di mana-mana. Ada yang tersenyum, ada yang gusar, tak kurang juga yang melatah. Mereka yang selalu menjerit mengatakan "kami bukan wahabi, tetapi pembantu sunnah" kelihatan membela sehabisnya gerakan ini, lantas menghentam secukupnya seluruh tokoh agama yang disebutkan dalam akhbar-akhbar tersebut, seolah-olah akhirnya membuka tembelang bahawa sesungguhnya merekalah yang digelar wahabi.

    Ana tidaklah mengatakan seratus peratus kandungan berita yang dimuatkan adalah benar belaka, namun apa yang kita amat pasti intipati yang cuba disampaikan adalah tepat. Syabas buat tokoh-tokoh terbabit yang ke hadapan untuk menyebarkan dakwah yang amat berguna ini dengan medium yang dibaca oleh semua lapisan masyarakat. Mereka pasti dicemuh oleh golongan wahabi/neo-salafi/muhammadi/kaum muda dan yang sewaktu dengan golongan tersebut. Dicemuhlah kerana kononnya tokoh-tokoh agama tersebut takut akan kebenaran, maka dibuat "fitnah" kepada wahabi. Sebenarnya siapa yang takutkan kebenaran dan taksub belaka ni?

    Maka keluarlah juga hadis tentang golongan yang berpegang teguh kepada agama akan merasa terasing dan mendapat kepayahan di akhir zaman. Maka mereka pun menisbahkan diri mereka kepada golongan ini. Kononnya jika mereka dipenjara dengan ISA, maka samalah seperti Imam Ahmad dan Ibn Taymiyyah yang juga dipenjarakan dalam usaha dakwah mereka. Soalnya atas kebenarankah mereka, jika para ulamak sendiri yang melabelkan bahayanya mereka?

    Para ulamak hari ini yang menerima pelbagai tekanan dan ancaman dalam menyampaikan dakwah mereka, serta mereka yang mengikuti jalan para ulamak inilah, yang kita boleh dikatakan golongan yang disebutkan dalam hadis-hadis tadi. Adapun mereka yang bukan sahaja menentang malah mencaci dan memfitnah para ulamak ini amat jauh dari kemuliaan hadis tersebut. Bertaqwalah kepada Allah dan jauhkanlah tafsiran hadis mengikut hawa nafsu agar bersesuaian dengan pegangan kita yang taksub, lalu menjatuhkan kemuliaan hadis tersebut.

    Apa yang kita bimbangkan hadis-hadis digunakan sebagai alasan kepada mereka untuk menegakkan pendapat mereka lalu memecahbelahkan masyarakat. Cerdik pandai yang kurang memahami agama secara asas mudah terpengaruh dengan nas-nas yang dibawa. Mana tidaknya nas sahih dibawa, maka dipercayailah, namun tidak disedari terkeliru dengan pemahaman yang dibawa bagi nas-nas tersebut sendiri.

    Dari segi tauhid sendiri banyak dari mereka yang mengaku mengikuti manhaj salaf, namun tidak menyedari mereka telah tergelincir dari aqidah Ahli Sunnah Waljamaah, salaf mahupun khalaf. Ilmu tauhid bukan ilmu sebarangan yang boleh dipelajari dan difahami sendiri. Akibatnya hari ini kita lihat ramai yang memperbahaskan ilmu ini di mana-mana tapi telah tersasar jauh dari kebenaran.

    Amalan-amalan seperti talqin, tahlil, kenduri arwah, doa qunut subuh, doa secara berjemaah, lafat niat, dan pelbagai lagi amalan lain yang mereka tentang adalah amalan-amalan yang telah disebutkan oleh para ulamak terdahulu yang amat memahami syariah islam. Bukan sekadar rekaan dengan hawa nafsu mereka belaka. Hati mereka ini jauh lebih suci dan terang dari kita. Jika kita tidak memahaminya dan tidak ingin mengikutinya jangan sekali dicela. Semakin gelaplah hati kita dari hari ke hari, na'udzubillah min zalik.

    Apapun isunya, kita harap kerajaan dapat menangani isu wahabi ini dengan berhikmah. Risalah-risalah bagi memberi kefahaman yang benar lagi jelas patut disebarkan kepada seluruh masyarakat. Ancaman wahabi juga dapat diatasi jika masyarakat dapat dididik dengan pelajaran agama dengan mantap dari asasnya. Para penceramah dan penulis yang membawa virus ini perlu sentiasa dibawa ke jabatan agama untuk diberi nasihat dan dipantau dari semasa ke semasa. Semoga ia dapat diselesaikan tanpa memecahbelahkan lagi masyarakat, ibarat, menarik rambut di tepung, rambut tak putus, tepung tak berserakan.

    Posted at 09:23 pm by aljoofre

    doa
    May 22, 2007   11:13 PM PDT
     
    kaum muda ?? siapa kaum muda adakah kaum muda sama dgn wahabi???mintak penjelasan... setahu saye wahabi dan kaum muda tidak sama..
    doa
    May 23, 2007   02:03 AM PDT
     
    wahabi pada zaman sekarang sudah tidak ada dan tidak relevan lagi itu dinisbahkan kepada muhammad bin abdul wahab..maka kita tak elok guna nama dia utk nisbah pada kumpulan yang memahami hadis secara silap..lebih sesuai pada zaman sekarrang mereka ini kita gelarkan GERAKAN ZOHIRIYYAH JUDUD..kesiankanlah kepada ibn wahab..die telah meninggal...
    Aljoofre
    June 2, 2007   09:59 AM PDT
     
    doa, kaum muda atau kaum mudah ni, satu golongan yg besar. wahabi juga begitu. istilahnya amat luas. ada macam2 kelompok plak. walhasil kita tak mementingkan sama cara dinamakan, apa yg kita bangkang adalah apa yg mereka perjuang dan pertikaikan.

    Benar mereka adalah zohiriyyah judud, dan kalau diistilahkan kepada wahabi pun tidak mengapa, yg penting seperti mana ana sebutkan, kita tidak membantah labelnya tetapi apa yg diperjuangkan mereka. Dan mengapa perlu kita katakan wahhabi tidak ada, sedangkan uruf sudah mengetahui bahawa wahhabi itu wujud, dalam pelbagai bentuk dan aliran.
    acheh
    July 14, 2007   08:14 AM PDT
     
    lama ye jumpa....bla blk msia sheikh
    Name
    October 18, 2007   11:08 AM PDT
     
    sekadar ingin bkongsi pengalaman,. memang banyak fahaman wahabi sekarang..terutama di pulau pinang, kawan2 kat tmpt keja sekali pun ikut fikrah wahabi.. setiap pkara yg ana buat semuanya mintak dalil..yg ana pelik..org yg ada latar belakang agama yg kuat pun tpengaruh dgn fahaman nii... dan pd pandangan masyarakat mereka adalah org yg hebat dan memegang jawatan yg tinggi..
    ibnuumar
    February 19, 2009   04:16 PM PST
     
    Salamu'alaikum ana sedang mencari sejarah tentang Jaafar Al Barzanji jika ada yang tahu harap dapat kongsi bersama jazakumullahu khairan.
    TARMEZDI
    August 10, 2009   04:49 AM PDT
     
    ana berpndpt kita berlapang dada..masalah rmai kita ini agak kerdil dan terasing ttng soal yg mana elok dan kurang elok..justeru berkasih sayang tentang segala usaha dan bertukar pendapat..taksub dan gemar jadi pengikut sering buat sesuatu pendirian terbabas..wahabiyah skdr ideologi bkan mazhab..keras,lembut dan pelbagai..kita semua muslim yg ingin berkhidmat kepada Allah,maka jagalah adab kepada-Nya..jgn berlebihan langsung sederhana dan bertolak ansur..tipudaya iblis dan terkaman askar syaitan yang bertopeng manusia kekal bertambah ganas pada akir zaman..
     

    Leave a Comment:

    Name


    Homepage (optional)


    Comments




    Previous Entry Home Next Entry

    Google
     
    Web Aljoofre Meredah Usia

    Aljoofre Meredah Usia..

    Tiada hak cipta terpelihara. Sebarang unsur peniruan, pengedaran dan penerbitan dari web ini adalah dibenarkan untuk mengembangkan dakwah Islamiah. Allah s.w.t. sahajalah yang akan memberi ganjaran dan melindunginya.