Ahlan Wasahlan Wamarhaban

Syed Abdul Kadir Aljoofre,

Kuala Lumpur - Selangor - Singapura - Madinah Al-Munawwarah - Perlis - Kedah - Tanta - Kaherah.

Banyakkanlah berselawat ke atas kekasih kita Muhammad Sallallahu 'Alaihi Waalihi Wasallam..


Sila jaga tatatertib Syariah dalam tagboard di bawah. Ulasan bagi sesuatu topik dialu-alukan dikemukakan di bahagian ulasan topik tersebut, dan bukan di bahagian tagboard. Jazakumullah
   

<< January 2007 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05 06
07 08 09 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31

Sila klik di tarikh-tarikh di atas untuk melihat entry untuk hari tersebut.. Sila klik juga di bulan-bulan sebelum ini. Digalakkan juga mula membaca dari posting awal (1 Februari 2005) mengikut turutan. Di bawah ini pula sebahagian entry yang menjadi "hits" disusun mengikut tarikh


  • Catitan Pertama

  • Kasih Si Anak Kecil

  • Doa Akhir dan Awal Tahun - Haramkah Membacanya? (Bhgn. 1/2)

  • Meramal Hari Qiamat?

  • Tasua'

  • Cikgu Oh Cikgu!

  • Tuntutan Mencari Ilmu

  • Sabar (Bhgn. 1/2)

  • Sembelih Vs Zalim

  • Force Of Nature.. Konsert Amal

  • Kat sana, kat sini..

  • Siti Oh Siti!

  • Sambutan Maulid Nabi (Bhgn. 1/20)

  • Salam Dari Kota Singa

  • Saman Sambut Maulid

  • Qataluki Ya Iraq!

  • Maulid Melayu

  • Selawat, Bid'ah vs Pendidikan

  • Menghina Islam

  • As-Sayyid Muhammad Al-Maliki (Bhgn. 1/4)

  • Petir

  • Persoalan Membasuh atau Menyapu Kaki Ketika Wudhu' (1/2)

  • Nasihat Tak Wajib Dilaksanakan?

  • Tidak Ikhtilat Lebih Cemerlang

  • Sheikh Abdul Fattah Abu Ghuddah

  • Istiqamah

  • Korban Bom

  • Dakwah Umum Dan Khusus (Bhgn. 1/2)

  • Aminah Wadud dan Bid'ah Hasanah - Satu Manipulasi Kotor

  • Judi - Pak Lebai dan Datuk Datin

  • Astora Dan Pembaca

  • Ekstrimiskah Mereka?

  • AP Hadhari

  • Permulaan Hidayah

  • Da'ie dan Da'iah

  • Niat Menuntut Ilmu

  • Eulogy (1)

  • Eulogy (2)

  • Surat Imam Abdullah Alhaddad (1/2)

  • Nisfu Sya'ban Datang Lagi

  • Waktu-waktu Penting

  • Puasa dan Raya - Malaysia Vs Mesir

  • Maulid Condi Rice di Arab Saudi

  • Sucikah Kita?

  • Wahhabi Oh Wahhabi

  • Pengenalan Ringkas Mazhab Syafie (1/5)

  • Pening juga tak mau bermazhab ya?

  • Doa Akhir dan Awal Tahun

  • Solat Jumaat - Sedikit Koreksi

  • Cemburu

  • Tiga Golongan

  • Futur

  • Bulan Istighfar

  • Al-Habib Abdullah Assyatri

  • Pemberian Tidak Setara Antara Anak-anak


    Sesungguhnya Ulama' itu adalah waris para Nabi

    Pautan ke para da'ie dan ulamak:

  • Habib Omar Benhafidz

  • Habib Ali Aljufri

  • Dr Mohd Saied Ramadhan Albouti

  • Dr Wahbah Azzuhayli

  • As-Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah (Rahimahullah)


    Pro-Tajdid Segar


    Pengunjung Sejak 1 Februari 2005:

    Isi Buku Tamu 

     

    YM Aljoofre




    Klik di Iklan di bawah (Anda tidak dikenakan apa-apa bayaran)


    Klik butang "Contact Me" di bawah untuk menghantar email kepada ana

  • If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed




    Wednesday, January 17, 2007
    Pening juga tak mau bermazhab ni ya!

    Semalam, ana bersolat Isyak di sebuah Masjid di Kuala Lumpur. Ketika ana memasuki ruang solat, para jemaah sedang bersolat sunnah Qabliah Isya'. Ketika itu jua ana terlihat satu jemaah anak muda sedang menunaikan solat, diimamkan oleh seorang anak muda juga, yang sekalis pandangan sudah ku ketahui kewahabiannya. Dengan bertudung merah ala Saudi, berjanggut panjang tapi berwajah Melayu Nusantara.

    Para jemaah sudah bersiap untuk bersolat Isyak, mereka sekumpulan masih dalam solat. Jemaah mula saling pandang memandang. Ana terdengar bisikan beberapa pakcik, "eh dorang ni ikut ajaran mana plak ni ya?". Terdengar pula satu ustaz berbisik, "ish mazhab mana pula yg dorang pakai ni." Bisik hatiku, "inilah akibatnya tak mahu pakai mazhab."

    Husnudzdzon ku kepada mereka mengatakan di dalam hati, mereka bukan bersolat Isyak, tetapi bersolat Maghrib dijamak takhirkan kepada Isyak. Kilasanku ketika bangun ketika iqamah dikumandangkan, kepada si imam yg memusing-musingkan jari telunjuk ketika duduk tasyahud menguatkan pendirianku bahawa mereka bermazhab caca merba, dan bukan suudzon ku semata-mata.

    Selesai solat ku lihat anak muda tadi, alhamdulillah berjemaah bersama kami. Ana rasa tepat sangkaan baik bahawa mereka bersolat jamak tadinya. Seperti dijangka juga, dia lantas bangun seusai solat tanpa perlu berdoa kepada Allah.

    Ana hanya merasakan lucu apabila melihatkan gelagat mereka. Betapa kucar-kacirnya kefahaman mereka kepada agama, tetapi cuba berlagak pandai bukan sahaja kepada kita masyarakat awam, tetapi lebih pandai pula dari para Fuqaha' terdahulu.

    Mereka merasakan merekalah yang membawa pembaharuan yang sangat perlu dalam "mensucikan" Feqh (najiskah Feqh yg dibawa oleh ulamak kita?). Dalam masa yang sama, bila kita perhatikan, seorang pakcik yg mungkin hanya berkelulusan menengah, lebih mengerti akan tuntutan agama daripada mereka. Tidakkah lucu gelagat mereka ini?

    p/s: Apa yg perlu mereka lakukan dalam situasi di atas di dalam Masjid yang akan didirikan jemaah pada bila-bila masa, adalah meraikan jemaah masjid tersebut, bersolat Isya' terlebih dahulu dan melaksanakan Solat Maghrib mereka selepas itu. Lagi pun, sesiapa yang belajar bermazhab akan mengetahui, afdhalnya melaksanakan solat bagi waktu yang kita berada padanya (dalam situasi di atas, Isya') dahulu kemudian diikuti solat yg dijamakkan padanya. Bila taknak bermazhab, maka jadilah ijtihad mereka ini ditertawakan sahaja oleh para jemaah.


    Posted at 07:08 am by aljoofre

    muslim
    March 1, 2007   12:55 PM PST
     
    Assalamualaikum warahmatullah, ana begitu sedih melihat bagaimana kita sesama umat islam mentertawakan antara satu sama lain, ana rasa tak perlulah sebagai seorang manusia yg beriman untuk mengata orang kerana ini termasuk gheebah dan nameemah yg dilarang agama.
    Adakah anda suka memakan bangkai?
    Aljoofre
    March 4, 2007   04:22 PM PST
     
    Akhi.. terima kasih atas peringatan sesama kita tu. Tapi ana musykil ni, saper yg mengetawakan orang ni? Kalaulah teguran berbentuk umum begitu tanpa menyebut nama sesiapa pun sudah dikira ghibah dan namimah, dengan membawa ayat alquran pula, maka makin pudarlah cahaya amar makruf nahi mungkar di kalangan kita. Apapun akhi, cuba rujuk tafsir ayat tu, dan cuba carik kat mana mengata orang lain ni dibolehkan ;-)
    Tawel
    April 1, 2007   11:07 PM PDT
     
    Ini bukan ghibah. Tak ada nama sesiapa yang disebut. Dan ada masanya yang ghibah tu diharuskan.

    Apapun, Salam Maulidur Rasul ya AlJoofree :)
    arrembawi
    April 12, 2007   01:09 AM PDT
     
    Assalamualaikum..
    tu lah masalahnya akh..kalau ilmu kita tak padan macam ilmu ulama mutaqaddimun jangalah sesuka hati nak menggunakan hujjah dengan menggunakan ayat al-quran..setiap ulama mazhab mempunyai hujjah masing-masing kenapa xnak pakai mazhab?itupun di bid'ah kan...
    danialle
    May 6, 2007   02:03 PM PDT
     
    salam..

    saya tak rasa salah utk satu org berpegang kpd mana2 hujah yg dia rasa yakin. wlaupun bercanggahan dgn pendapat mazhab. kalau hujah imam mazhab itu tdk meyakinkannya atau hujah tdk sampai atau tdk difahaminya, tetapi hujah ulama lain pula (wahabi ke, wateva la) yg difahami dan diyakini. maka tak salah dia ikut pandangan yg menyalahi org ramai. at least dia ada hujah di depan Tuhan nanti. saudara menulis seolah2 semua org tahu satu persatu tentang inti ajaran mazhab.

    setiap org yg nakkan agama sudah tentu akan beramal dgn hujah yg paling kuat menurut pemahamannya. jadi jgn lah mentertawakan mereka. mereka solat maghrib dulu itu adakah kerana mereka sengaja nak berbeza dgn org ramai? atau mereka ada hujah berbuat begitu? atau mereka tak tahu ttg afdalnya solat isyak dulu?

    sy amat mghormati saudara. curahan ilmu saudara dlm blog ni mmg sy kagumi (wlaupun sy org baru kat cni). tapi sy pelik dan penin la dlm masalah ni. terutamanya mengenai mazhab caca merba.

    sbg cthnya, sy bermazhab syafie. tetapi sy tak tahu apa ajaran imam syafie mengenai solat. sy cuma belajar ttg solat dari parent dan ustaz sy shj. sejak kecil sy hanya ikut apa yg mereka kata, wlaupun xtau dalil. sy hanya ikut sebab mereka lagi tua dari sy. bila dh besar, sy jumpa mcm2 perbincangan ulama ttg hal2 dlm solat. cthnya letak tgn kat dada time qiam (dulu belajar letak atas pusat). sy confuse nk ikut yg mana ni? maka sy ikut yg sy rasa ada hujah yg lbh kuat.

    mcm juga pasal sentuh perempuan batal wuduk. itu yg sy belajar turun temurun. tp bila sy jumpa ada hujah mazhab lain yg kata xbatal wuduk, dan sy rasa hujah mereka kuat. maka sy pilih yg lbh kuat. adakah itu bermakna sy bermazhab caca merba. mungkin imam syafie ada hujah yg lbh baik, tapi hujahnya tak sampai kpd sy. sy memilih hujah yg berlainan drp org ramai, adakah bermaksud sy sengaja nk menyanggahi org ramai? atau sengaja nk tunjuk lbh terror drp imam syafie? atau sengaja taknak ikut sunnah?

    satu lg, psal berdoa lpas solat. mmg itu la yg slalu sy buat. tp bila jumpa ada ulama kata nabi tdk berdoa slps solat secara beramai2, tetapi nabi berdoa dlm tasyahud sblm salam. maka sy pun ikut berdoa dlm tasyahud dan juga ketika sujud. sebab apa sy buat begitu? sebab sy nk ikut sama spt yg nabi buat. mungkin ada hujah yg lbh kuat kata nabi berdoa beramai2 slps solat. tapi hujah tu tak sampai kpd saya. maka sy buat menurut keyakinan sy. sy pun xtau mana satu yg mazhab syafie ajar.

    kalau sy tahu keseluruhan inti ajaran mazhab syafie, mgkin senang utk sy stick dgn satu mazhab shj. tapi kenapa ada org yg kononnya bermazhab caca merba? sebab mereka beramal dgn kadar ilmu mereka. jgn pula kita mentertawakan mereka. sy rasa tdk ada org yg jumpa ayat quran dan hadis, kemudian terus amalkannya. sudah tentu mereka beramal dgn dalil2 itu slps diyakinkan dgn syarah ulama2 tertentu.

    maaf kalau tulisan sy ni agak tdk tersusun. sebab sy menulis dlm keadaan pening.
    Aljoofre
    May 7, 2007   03:28 PM PDT
     
    Ahlan Akhi Danialle, terima kasih atas komen saudara yang merupakan kome yg ana jangkakan dan nantikan.

    Ana tak sempat nak menjawab panjang, dan ana rasakan ada lagi pengunjung lain yang akan menjawabnya.

    Cumanya ana katakan, perkara yg disebutkan oleh saudara yg menyebabkan sesetngah pihak bermazhab caca merba itulah sebenarnya sebab yg kuat mengapa anda perlu berpegang kepada satu mazhab terlebih dahulu sebelum berasa mampu menilai hujah atau beramal dgn hujah tertentu.

    Ulamak telah sepakat bahawa seorang yang belum mencapai tahap mujtahid harus bertaqlid kepada mana2 ulamak yang diyakininya, tanpa perlu menilai atau mengetahui hujah kepada amalan tersebut (walaupun mengetahuinya lebih baik).

    Jadi jika saudara asalnya bermazhab Syafie apa yg lebih baik adalah saudara mempelajari apakah dalil kepada apa yg telah saudara amalkan sebelum ini sebelum berpegang kepada mazhab lain yang kononnya ada dalil yg lebih kuat dan memuaskan hati.

    Dalil samaada kuat atau tidak hingga boleh merubah satu hukum, samaada wajib, sunnah, harus, makruh mahupun haram, bukanlah level kita untuk mengkaji dan menelitinya. Kajian atau pendengaran kita kepada mana2 ustaz zaman kini yg kononnya membawakan 1001 dalil, tidak semestinya tepat dan betul, malah lebih cenderung kepada salah.

    Maka itu adalah lebih selamat dunia dan akhirat saudara dan kita semua berpegang dan mempelajari dahulu mazhab kita, sebelum berasa mampu memilih-milih pendapat lain yg disangkakan lebih hampir kepada sunnah dan kebenaran.

    Maaf jika penerangan ana kurang lengkap, dalam keadaan tergesa-gesa. Boleh rujuk kepada laman hembusan.blogspot.com berkenaan taqlid dan dalil ini.

    Wallahu A'lam
    arjuna sakti
    May 8, 2007   12:45 PM PDT
     
    ana pun dah mula pening sama la. adess
    danialle
    May 10, 2007   08:23 AM PDT
     
    Kalau sesetengah org tu nk amalkan berdoa dan berzikir beramai2 lpas solat, dan sesetengah yg lain pula tak nak buat mcm tu dan lbh gemar utk berzikir sendiri atau terus bangkit solat sunat... whats up with that?? do they commit something wrong?

    kalau satu org sentiasa mggerak-gerakkan jari telunjuk semasa dlm tasyahud, apa masalahnya dengan anda yg tdk setuju dengan cara sebegitu sampai perlu menulis artikel sebegini mentertawakan mereka? sudah tdk adakah sikap berlapang dada? seolah2 malaysia ini hanya valid utk pengikut mazhab syafie shj.
    aljoofre
    May 14, 2007   03:25 PM PDT
     
    Akh Arjuna, senang je tkyah nak pening. just stick pada apa yg dipelajari, insyaAllah selamat dunia dan akhirat.

    Akh Danialle, nampak ada nada nak berdebat ni? ;-) ana ulang sekali lagi di sini bukan tempat untuk berdebat ya.

    Ana sebutkan perkara di atas sebagai contoh kekeliruan bila kita tak suka berpegang kepada satu mazhab sahaja dan kononnya mahir untuk memilih mazhab mana yg lebih dekat dgn sunnah.

    Sama sekali ana tak mempersoalkan amalan orang lain yg berlainan mazhab dgn ana. Ana hidup di luar negeri sudah lama, dan cukup berlapang dada dengan perbezaan pendapat. Usah dimainkan isu kononnya ana menyempitkan khilaf feqhi.

    Cuba fahami apa yg ana sampaikan pada posting ana dahulu sebelum membuat komen sedemikian ya.
    metyan
    December 2, 2009   07:52 AM PST
     
    diaorang dah tahap mujtahid dah tu.... kita ni tak sampai lagi...
    Fuza
    September 19, 2010   10:43 AM PDT
     
    Salam semua saudara. Saya seorang umat Muhammad yg bermadzhab syafie. Tidaklah salah bagi seseorang itu utk beramal dgn apa yg dipelajarinya. Tetapu Hal tentang kekeliruan masalah fiqh yg mana lebih hampir kepada nabi saw, atau yg sesuai dgn keadaan tertentu telah lama dibahaskan oleh ulama2 terdahulu.

    Sekiranya seseorang itu hanya membaca dan mengikut hati utk mengamalkan dalil2 yg dirasakannya lebih hampir kpd nabi, dikhuatiri perkara itu menjadikan kamu sentiasa berbolak balik. Maka mengikut ijmak ulama,perlulah kita mendalami dan mahir dlm salah satu mazhab barulah kita boleh mempelajari mazhab2 yg lain.

    Untuk masalah solah shj terdapat berbagai2 perbezaan pendapat antara ulama2 dan imam2 4 yg besar. Dan perkara ini telah pun dihujah sekian lama.

    Sekiranya 4 mazhab ini tidak ada, maka setiap org akan mencari dalil2 mengikut hati mereka merasakan perkara itu betul, maka umat akan menjadi kucar kacir. Sang doktor meninggalkan kedoktoran mendalami hujah, sang petani meninggalkan pertanian, dll. Walhal agama itu menyeluruh.

    Ulama telah lama perbahaskan masaalah2 agama ini. Ikutlah salah satu dari yg empat. Maka kamu tidak akan sesat kerana mereka mengikut salafussoleh dan nabi saw dengan hujah nas dri alquran dan hadis. Apabila kamu mahir dlm sesuatu mazhab, maka tidaklah salah utk mempelajari mazhab yg lain.
    wak segan
    October 4, 2010   05:39 PM PDT
     
    danielle tu dia bengong sikit... tak yah layan lah... buat gatal hidung je.. pandai tkleh diikut.. bongok tak leh nak ajor..nama dia pun susah nak sebut... silap sebut jadi bongolll
    asiatenggara7
    July 4, 2011   09:17 AM PDT
     
    Salam..

    saya baca keseluruhan artikel dan saya baca juga komen2.. persoalan2 yg ditimbulkan oleh saudara danielle tu sangat saya kagumi tetapi sedikit tersentap juga pada komennya yang kedua.. mungkin pada waktu itu emosinya yang mengawal diri.. wallahua'lam..

    baik, seperti saya juga, bermazhab syafi'i dgn alasan sebab saya mengikuti pegangan yang disepakati oleh pihak kerajaan malaysia selagi mana tidak menyalahi daripada landasan agama yang dibawa oleh Rasulullah..

    walaupun begitu, pendirian saya dalam mengamalkan segala ibadah dan mengetahui pendapat2 tentang suatu permasalahan itu bukanlah hanya berTAQLID iaitu bergantung pada satu mazhab sahaja walaupun di malaysia pegangannya hanyalah mazhab syafi'i..
    tegas Imam Syafi'i, "setiap apa yang aku katakan, sedangkan dari Nabi s.a.w terdapat hadith sahih yang bertentangan dengan perkataanku, maka hadith Nabi lebih utama. Oleh kerana itu, janganlah kamu mengikutiku (dalam hal itu)."

    Bukan niat saya berkata Imam Syafi'i tak betul dalam bab solat seperti mana yang dilakukan oleh anak2 muda itu, tetapi saya berhusnuzzhon, mereka mengetepikan uruf di malaysia dan mungkin mereka lebih faham tentang cara Rasulullah solat berbanding jemaah2 lain yang hanya bertaqlid pada mazhab syafi'i..

    adapun, ini bukanlah memberi peluang yang luas utk masyarakat berTALFIQ dengan mencampuradukkan segala mazhab dan mengambil hanya hukum2 atau ibadah2 wajib paling ringan yang mereka boleh lakukan..
    sungguhpun kita bukan bermazhab hanafi, tapi tegas beliau, "TIDAK diHALALkan bagi seseorang itu utk berpegang pada pendapat kami, selagi ia tidak mengetahui dari mana kami mengambilnya."

    bukanlah saya berpendapat sebegitu dengan menolak 100% taqlid dan talfiq, terkadang dalam beberapa urusan pun saya terpaksa lakukan sebegitu dan yang paling utama, sebab kita pun sebenarnya ada kemampuan, nak atau tak nak je utk berITTIBA': menerima pandangan orang lain dengan mengetahui sumber dan hujjahnya.. sebab para mujtahid yang 4 juga mengeluarkan fatwa berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah yang mana salurannya terus disandarkan pada Allah dan RasulNya..
    sebagaimana amaran Imam Ahmad bin Hanbal, "Janganlah engkau mengikuti aku dan jangan pula engkau mengikuti Malik, Syafi'i, AuzaI dan Tsauri, tapi ambillah dari mana mereka mengambil."

    Pengasas kepada mazhab maliki juga mengiktiraf akan kelemahan dirinya sendiri sebagai seorang insan yang terkadang ada salah dan silap yg tersendiri, dan bukanlah maksum yang mana hanya panduan daripada Rasulullah yang dicontohi secara total, manakala pendapat imam2 muktabar ini juga harus diketengahkan mengikut peredaran zaman.. Kata beliau, "Sesungguhnya aku ini hanyalah seorang manusia yang salah dan benar. Maka perlihatkanlah pendapatku. Setiap pendapat yang sesuai dgn Kitab dan Sunnah, ambillah dan setiap yang tidak sesuai dgn Al-Kitab dan Sunnah, tinggalkanlah."
     

    Leave a Comment:

    Name


    Homepage (optional)


    Comments




    Previous Entry Home Next Entry

    Google
     
    Web Aljoofre Meredah Usia

    Aljoofre Meredah Usia..

    Tiada hak cipta terpelihara. Sebarang unsur peniruan, pengedaran dan penerbitan dari web ini adalah dibenarkan untuk mengembangkan dakwah Islamiah. Allah s.w.t. sahajalah yang akan memberi ganjaran dan melindunginya.