Ahlan Wasahlan Wamarhaban

Syed Abdul Kadir Aljoofre,

Kuala Lumpur - Selangor - Singapura - Madinah Al-Munawwarah - Perlis - Kedah - Tanta - Kaherah.

Banyakkanlah berselawat ke atas kekasih kita Muhammad Sallallahu 'Alaihi Waalihi Wasallam..


Sila jaga tatatertib Syariah dalam tagboard di bawah. Ulasan bagi sesuatu topik dialu-alukan dikemukakan di bahagian ulasan topik tersebut, dan bukan di bahagian tagboard. Jazakumullah
   

<< January 2007 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05 06
07 08 09 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31

Sila klik di tarikh-tarikh di atas untuk melihat entry untuk hari tersebut.. Sila klik juga di bulan-bulan sebelum ini. Digalakkan juga mula membaca dari posting awal (1 Februari 2005) mengikut turutan. Di bawah ini pula sebahagian entry yang menjadi "hits" disusun mengikut tarikh


  • Catitan Pertama

  • Kasih Si Anak Kecil

  • Doa Akhir dan Awal Tahun - Haramkah Membacanya? (Bhgn. 1/2)

  • Meramal Hari Qiamat?

  • Tasua'

  • Cikgu Oh Cikgu!

  • Tuntutan Mencari Ilmu

  • Sabar (Bhgn. 1/2)

  • Sembelih Vs Zalim

  • Force Of Nature.. Konsert Amal

  • Kat sana, kat sini..

  • Siti Oh Siti!

  • Sambutan Maulid Nabi (Bhgn. 1/20)

  • Salam Dari Kota Singa

  • Saman Sambut Maulid

  • Qataluki Ya Iraq!

  • Maulid Melayu

  • Selawat, Bid'ah vs Pendidikan

  • Menghina Islam

  • As-Sayyid Muhammad Al-Maliki (Bhgn. 1/4)

  • Petir

  • Persoalan Membasuh atau Menyapu Kaki Ketika Wudhu' (1/2)

  • Nasihat Tak Wajib Dilaksanakan?

  • Tidak Ikhtilat Lebih Cemerlang

  • Sheikh Abdul Fattah Abu Ghuddah

  • Istiqamah

  • Korban Bom

  • Dakwah Umum Dan Khusus (Bhgn. 1/2)

  • Aminah Wadud dan Bid'ah Hasanah - Satu Manipulasi Kotor

  • Judi - Pak Lebai dan Datuk Datin

  • Astora Dan Pembaca

  • Ekstrimiskah Mereka?

  • AP Hadhari

  • Permulaan Hidayah

  • Da'ie dan Da'iah

  • Niat Menuntut Ilmu

  • Eulogy (1)

  • Eulogy (2)

  • Surat Imam Abdullah Alhaddad (1/2)

  • Nisfu Sya'ban Datang Lagi

  • Waktu-waktu Penting

  • Puasa dan Raya - Malaysia Vs Mesir

  • Maulid Condi Rice di Arab Saudi

  • Sucikah Kita?

  • Wahhabi Oh Wahhabi

  • Pengenalan Ringkas Mazhab Syafie (1/5)

  • Pening juga tak mau bermazhab ya?

  • Doa Akhir dan Awal Tahun

  • Solat Jumaat - Sedikit Koreksi

  • Cemburu

  • Tiga Golongan

  • Futur

  • Bulan Istighfar

  • Al-Habib Abdullah Assyatri

  • Pemberian Tidak Setara Antara Anak-anak


    Sesungguhnya Ulama' itu adalah waris para Nabi

    Pautan ke para da'ie dan ulamak:

  • Habib Omar Benhafidz

  • Habib Ali Aljufri

  • Dr Mohd Saied Ramadhan Albouti

  • Dr Wahbah Azzuhayli

  • As-Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah (Rahimahullah)


    Pro-Tajdid Segar


    Pengunjung Sejak 1 Februari 2005:

    Isi Buku Tamu 

     

    YM Aljoofre




    Klik di Iklan di bawah (Anda tidak dikenakan apa-apa bayaran)


    Klik butang "Contact Me" di bawah untuk menghantar email kepada ana

  • If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed




    Tuesday, January 23, 2007
    Solat Jumaat - Sedikit Koreksi Sesama Kita

    Hari raya mingguan. Penghulu segala hari. Hari teragung dalam seminggu. Hari yang antara keduanya menjadi penghapus dosa. Hari padanya ada detik mustajab doa. Hari yang mengandungi pelbagai keistimewaan.

    Solat yang diwajibkan bersama-sama solat lain di malam Isra' dan Mikraj namun dikerjakan oleh para sahabat di Madinah terlebih dahulu dari Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam yang masih berada di Makkah. Himpunan mingguan buat mengecas semula bateri keimanan kita. Penyatuan fizikal juga rohani Muslimin.

    Tengahari Jumaat kita dapat menyaksikan masjid dipenuhi manusia. Yang tidak bersembahyang tetap di hari lain juga pergi menunaikan solat. Samaada miskin kaya, pemerintah mahupun rakyat, alim mahupun jahil semuanya memenuhi masjid. Hatta kadang kala ada non-Muslim yang menyangka solat kita hanya sekali seminggu (seperti mereka).

    Maka lumrahnya tentu sekali pelbagai kesilapan yang kita dapat saksikan pada hari tersebut. Sebagai Muslim, kita perlu senantiasa cuba mempertingkatkan kualiti ibadah kita dengan belajar dan memperbetulkan kesilapan kita, bukan hanya "copy and paste" sahaja daripada perbuatan orang lain. Jom kita sama-sama ingat memperingati di sini apa yang kita boleh lakukan untuk mempertingkatkan kualiti solat Jumaat masyarakat kita.

    1) Bersegera ke Masjid. Ramai di kalangan kita yang sengaja berlengah dan ada yang menunggu sehingga Imam hampir turun dari mimbar baru bersegera ke masjid. Tidakkah kita tahu malaikat yang mencatit amalan akan berhenti mencatit apabila imam telah naik ke Mimbar?

    2) Memperbanyak selawat dan doa dan memanjangkan iktikaf, bukan memperbanyakkan makan pisang. Ramai yang apabila tiba awal di masjid bukan bersegera masuk ke masjid untuk beriktikaf, tetapi berhenti di bangsal untuk menikmati pisang dan jamuan terlebih dahulu.

    3) Menyambut "amin" kepada doa Imam ketika menyebut di akhir khutbah pertama "barakallahu li walakum bil quranil azim, wanafa'ani waiiyakum bima fihi...."

    4) Selawat (di sesetengah masjid) di antara dua khutbah baik digantikan dengan setiap jemaah berdoa secara sendirian. Mungkin terkena saat mustajab di waktu tersebut.

    5) Berselawat selepas imam mebaca ayat "Innallaha wamalaikatahu yusolluna 'alannabi..." serta setiap kali imam menyebut nama nabi di kedua-dua khutbah. Lebih baik diangkat sedikit suara ketika berselawat untuk mengingatkan rakan bersebelahan kita agar berselawat sama.

    6) Solat sunnah ba'diah (selepas Jumaat) lebih dituntut dilakukan daripada solat sunnah sebelumnya. Usah terus angkat punggung balik ke pejabat atau rumah. Luangkan sedikit masa untuk berzikir selepas solat dan bersolat dua rakaat terlebih dahulu. Ataupun jikapun ingin pulang ke rumah, laksanakan solat sunnah tersebut di rumah (lebih afdhal solat sunnah dikerjakan di rumah daripada masjid).

    Sama-sama kita mempertingkatkan kualiti ibadah kita. Sila berikan pendapat dan input kalian di ruang ulasan di bawah ya.  Semoga Allah menunjukkan dan mempermudahkan kita melalui jalan yang diredhai-Nya. Amiin


    Posted at 01:07 pm by aljoofre

    Anonymous
    January 25, 2007   06:24 AM PST
     
    terima kasih bebanyak atas peringatan ust.

    nak tambah. saya tengok ramai yang tido time solat jumaat, ada ke patut seminggu sekali pun susah sangat nak dengar tazkirah.hihi
    Zain
    January 26, 2007   07:58 PM PST
     
    Itulah masalahnya -

    Zaman Nabi khutbah pendek, sembahyang panjang & dalam khutbah bercerita pasal akhirat. Cukuplah dunia satu minggu.

    Kita bercerita pasal politik & cara khatib baca macam tazkirah.. Khutbah mesti bersemangat jadi orang tak tidur..
    Aljoofre
    January 27, 2007   04:33 AM PST
     
    Zaman Nabi dan sahabat khutbah pendek dan solat panjang tapi dgn "real" khutbah, bukan dgn "bacaan" khutbah sekarang.

    Sunnah Solat Zohor selepas Solat Jumaat diajar dalam Mazhab Syafie bagi satu tempat yang mempunyai lebih dari satu Solat Jumaat, dan tidak diketahui mana yang terlebih dahulu, sebagai langkah berjaga-jaga. Ini kerana menurut pensyariatan asalnya, hanya satu solat Jumaat sahaja dilaksanakan di dalam satu tempat.

    Posting perihal solat Jumaat secara detail agak panjang juga, nanti ana cuba usahakan ya. Jazakumullahu khairal jaza'
    Azma
    January 29, 2007   08:18 AM PST
     
    Assalamu'alaikum

    Ustaz, minta penjelasan sentence ni:
    "Selawat (di sesetengah masjid) di antara dua khutbah baik digantikan dengan setiap jemaah berdoa secara sendirian. Mungkin terkena saat mustajab di waktu tersebut."

    Mungkin saya tak berapa jelas maksudnya, sebab saya baru beberapa kali saja pergi solat jumaat.

    Terima kasih
    Aljoofre
    February 4, 2007   09:21 AM PST
     
    Ada sesetengah masjid, tok bilal akan membaca selawat ketika imam duduk antara dua khutbah. Lebih molek kalau tok bilal tu berdiam diri, dan membiarkan kesemua jemaah berdoa dgn doa masing2. Atau kalau pun tidak, berdoalah dan biar jemaah mengaminkan.

    Wallahu A'lam
    amin
    November 4, 2010   07:09 PM PDT
     
    ustaz... bole saya tahu... bilakah pensyariatan solat jumaat,,dalam sejarah islam....
    zalina
    May 30, 2011   05:44 AM PDT
     
    assalamualaikum..
    saya nak tanya bagaimanakah solat jumaat sebelum ayat 9-11 surah al-jumuah diturunkan.....
    zaied
    March 17, 2013   11:39 AM PDT
     
    ustz bleh x bagi tarikh pensyariatan solat jumaat....
    zaied
    March 17, 2013   11:42 AM PDT
     
    maksud saya sejarah tarikh pensyariatan solat jumaat....asal usulnya...latarbelakang nye.....@ sebagai nya......
     

    Leave a Comment:

    Name


    Homepage (optional)


    Comments




    Previous Entry Home Next Entry

    Google
     
    Web Aljoofre Meredah Usia

    Aljoofre Meredah Usia..

    Tiada hak cipta terpelihara. Sebarang unsur peniruan, pengedaran dan penerbitan dari web ini adalah dibenarkan untuk mengembangkan dakwah Islamiah. Allah s.w.t. sahajalah yang akan memberi ganjaran dan melindunginya.