Ahlan Wasahlan Wamarhaban

Syed Abdul Kadir Aljoofre,

Kuala Lumpur - Selangor - Singapura - Madinah Al-Munawwarah - Perlis - Kedah - Tanta - Kaherah.

Banyakkanlah berselawat ke atas kekasih kita Muhammad Sallallahu 'Alaihi Waalihi Wasallam..


Sila jaga tatatertib Syariah dalam tagboard di bawah. Ulasan bagi sesuatu topik dialu-alukan dikemukakan di bahagian ulasan topik tersebut, dan bukan di bahagian tagboard. Jazakumullah
   

<< February 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28

Sila klik di tarikh-tarikh di atas untuk melihat entry untuk hari tersebut.. Sila klik juga di bulan-bulan sebelum ini. Digalakkan juga mula membaca dari posting awal (1 Februari 2005) mengikut turutan. Di bawah ini pula sebahagian entry yang menjadi "hits" disusun mengikut tarikh


  • Catitan Pertama

  • Kasih Si Anak Kecil

  • Doa Akhir dan Awal Tahun - Haramkah Membacanya? (Bhgn. 1/2)

  • Meramal Hari Qiamat?

  • Tasua'

  • Cikgu Oh Cikgu!

  • Tuntutan Mencari Ilmu

  • Sabar (Bhgn. 1/2)

  • Sembelih Vs Zalim

  • Force Of Nature.. Konsert Amal

  • Kat sana, kat sini..

  • Siti Oh Siti!

  • Sambutan Maulid Nabi (Bhgn. 1/20)

  • Salam Dari Kota Singa

  • Saman Sambut Maulid

  • Qataluki Ya Iraq!

  • Maulid Melayu

  • Selawat, Bid'ah vs Pendidikan

  • Menghina Islam

  • As-Sayyid Muhammad Al-Maliki (Bhgn. 1/4)

  • Petir

  • Persoalan Membasuh atau Menyapu Kaki Ketika Wudhu' (1/2)

  • Nasihat Tak Wajib Dilaksanakan?

  • Tidak Ikhtilat Lebih Cemerlang

  • Sheikh Abdul Fattah Abu Ghuddah

  • Istiqamah

  • Korban Bom

  • Dakwah Umum Dan Khusus (Bhgn. 1/2)

  • Aminah Wadud dan Bid'ah Hasanah - Satu Manipulasi Kotor

  • Judi - Pak Lebai dan Datuk Datin

  • Astora Dan Pembaca

  • Ekstrimiskah Mereka?

  • AP Hadhari

  • Permulaan Hidayah

  • Da'ie dan Da'iah

  • Niat Menuntut Ilmu

  • Eulogy (1)

  • Eulogy (2)

  • Surat Imam Abdullah Alhaddad (1/2)

  • Nisfu Sya'ban Datang Lagi

  • Waktu-waktu Penting

  • Puasa dan Raya - Malaysia Vs Mesir

  • Maulid Condi Rice di Arab Saudi

  • Sucikah Kita?

  • Wahhabi Oh Wahhabi

  • Pengenalan Ringkas Mazhab Syafie (1/5)

  • Pening juga tak mau bermazhab ya?

  • Doa Akhir dan Awal Tahun

  • Solat Jumaat - Sedikit Koreksi

  • Cemburu

  • Tiga Golongan

  • Futur

  • Bulan Istighfar

  • Al-Habib Abdullah Assyatri

  • Pemberian Tidak Setara Antara Anak-anak


    Sesungguhnya Ulama' itu adalah waris para Nabi

    Pautan ke para da'ie dan ulamak:

  • Habib Omar Benhafidz

  • Habib Ali Aljufri

  • Dr Mohd Saied Ramadhan Albouti

  • Dr Wahbah Azzuhayli

  • As-Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah (Rahimahullah)


    Pro-Tajdid Segar


    Pengunjung Sejak 1 Februari 2005:

    Isi Buku Tamu 

     

    YM Aljoofre




    Klik di Iklan di bawah (Anda tidak dikenakan apa-apa bayaran)


    Klik butang "Contact Me" di bawah untuk menghantar email kepada ana

  • If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed




    Tuesday, February 15, 2005
    Meramal Kedatangan Hari Kiamat..

    Satu perbualan antara ana dengan seorang kenalan internet (setelah diubahsuai mana yang patut):

    Kenalan (K): berhati2 sbb dah 1400thn kewafatan Nabi SAW.. ".
    K : kaji la, dlm al quran ada cite sesuatu akan berlaku 26dis 2005 kalo ana tak salah

    Ana (A) : emmm....siap ada tarikh sekali ker..
    K : ana pon tak sabar nak tgk filem terbaru 'constantie', sbb nak tau ape mesej org yahudi kali ni 
    A : wallahu a'lam.., ana bukanlah hafiz alquran..tapi da tak terkira berapa kali mengkhatamkannya.. dan ana tak pernah jumpa satu tarikh pun dalam alquran..
    K : ooh..
    Ana: hmmh..banyak spekulasi timbul pasal benda ni.. tapi memang ana xjumpa langsung hujjah yg konkrit
    K : al quran taklah keluarkan terus tarikh tu.. cuma mgkn dari kajian ...dr alquran akan sesatu akan berlaku nanti
    A : ok.. gini..bagaimana ulamak mengkaji Al-Quran? adakah dengan akal fikiran dan firasat?
    K : mana laa ana tau..
    A : atau dengan hadis nabi dan segala sumber konkrit yang ada..
    A : kita bukan boleh menafsir quran mengikut fikiran kita.. sesat jadinya nanti..
    K : setuju..
    A : seperkara lagi..
    A : hanya mufassir sahaja yang layak mentafsir al-Quran.. ana walaupun menguasai bahasa Arab pun tak layak mentafsir Alquran sendiri..
    K : mufassir??
    A : mufassir = ahli tafsir
    K : ic..
    A :  kembali pada perbahasan tadi..
    A : berita tentang future.. ada dalam quran..
    A : contohnya, berita kekalahan tentera Rom kepada kerajaan Parsi.. sedangkan ketika itu tentera Rom yang amat kuat
    A: berita begini satu perkara yang menjadi tanda tanya.. sehinggalah terjadinya peristiwa tersebut,
    yang membuktikan mukjizat al-quran
    A : tetapi.. secara kebiasaannya... Al-Quran tidak akan menceritakan sesuatu peristiwa yang akan berlaku secara detail.. baik dari segi zahirnya, mahupun dari segi takwilannya
    A : jadi tiada satu peristiwa besar yang berlaku selepas itu diterangkan dalam alquran
    A : peristiwa hari qiamat
    A : yg ni pun tak disebutkan "bila" dalam alquran
    A : bukankah orang 2 kafir selalu bertanya bilakan hari qiamat ni
    A : dalam surah yasin pun ada, dalam surah sajadah pun ada..
    A : kedua-duanya tidak ada jawapnnya, kecuali diserahkan kepada Allah..
    K : Setuju..
    A : hanya Allah yang mengetahui bilakah hari qiamat akan berlaku,
    A : sedangkan Rasulullah sendiri mengikut kebanyakan ulamak tidak mengetahuinya.. bagaimana mungkin kita lebih hebat kan?
    K : :-)
    A : seterusnya
    A : kalau dikatakan 1400 tahun selepas kewafatan Nabi tu..
    A : cuba kira balik..
    A : Nabi wafat tahun ke 11 hijrah kan..
    A : jadi 1400 tahun selepas tu bila?
    K : 1411..
    A : ni nak masuk tahun berapa?
    K : 1426..
    A : camne dorang bleh tambah lagi 15 tahun tu..
    A : semata-mata pasal gempa bumi yang berlaku berturut2pada 26 disember tu
    A : kalaupun ada huraian ulamak adalah berdasarkan hadis2..
    A : yg ni ana kurang arif sebenarnya..
    A : hanya yang ana pasti sangat2 dalam aqidah kita, tiada siapa boleh meramalkan hari qiamat..
    A : tapi tanda2nya memang banyak sangat yg da terjadi, antaranya gempa2 bumi nilah..
    A : ada sebut dalam hadis2 kan.. referla kat situ..
    K : jadi apa peranan kita?
    A : peranan kita bukan menyebarkan spekulasi berkaitan satu2 tarikh, tapi sebarkanlah maklumat tentang ancaman hari qiamat yang semakin hampit
    A : sebarkanlah maklumat yang berguna yang boleh membawa kesedaran kepada umum
    A : sebarkanlah pengajaran yang berguna pada semua
    A : serulah semua agar kembali pada ajaran Islam..
    A : dan yang paling penting sekali, serulah diri kita sendiri dan keluarga kita kepada ajaran Islam
    A : wallahu A'lam
    K : Syukran..
    A : Afuan..

    Lagi komen menyusul selepas ini insyaAllah..

    Posted at 03:50 pm by aljoofre

    kittun
    April 30, 2006   02:41 PM PDT
     
    no komen
    ana_ukhtika
    June 26, 2006   08:23 PM PDT
     
    betul!!!ana setuju petikan dari saudara"peranan kita bukan menyebarkan spekulasi berkaitan satu2 tarikh, tapi sebarkanlah maklumat tentang ancaman hari qiamat yang semakin hampit"..semasa di kelantan..ana ade tny soalan ttg betul ke ramalan tarikh2 itu kerana isu itu "hangat" dikatakan di sekolah ana dan artikel itu "laris" diedarkan..jwpn dr ustaz (salah seorg ana Tok Guru)kite perlu mengingatkan kpd ummat supaya ade "persediaan" kita ke sana..waallahua'lam
    Mohd Syan bin Rasalah
    November 1, 2008   06:17 AM PDT
     
    Assalamualaikum,

    Perkara ghaib itu hanya Allah sahaja yang tahu, apatah lagi tarikhnya.
    Hujah yang mengatakan peristiwa tsunami berlaku ada dalam al-quran tidak sahih. Sedangkan tarikh tersebut adalah adalah daripada kalendar gregori. Tentunya pernyataan ini hanya akan mengakibatkan lebih ramai musuh islam menghina al-quran.

    Sila tuan layari www.imranhossein.org untuk mengetahui lebih lanjut dan terperinci mengenai kronologi hari kiamat berasaskan al-quran dan sunnah/Hadith (SAHAJA).

    Satu contoh nyata sahaja. Kalau benar ianya berlaku kenapa Rasulullah tidak pernah mewar-warkan akan hal itu. Namun, pada hakikatnya memang ada... cuma bukan secara langsung. Pernakah anda terbaca hadith mengenai sekumpulan sahabat nabi yang berbincang tentang tanda-tanda hari kiamat lalu Rasulullah mengulas bahawa terdapat sepuluh tanda besar?

    Tanda besar ini bukan mengikut kronologi masa:
    1. Muncul Al-Masihu-Dajjal (sudah lama memulakan misinya)
    2. Turunnya Isa Al-Masih
    3. Muncul Yakjuj Makjuj (sudah lama berlaku)
    4. Matahari terbit dari barat(sedang berlaku)
    5. Api keluar dari Yaman.
    6. Dabbatul Ard
    7,8 dan 9 adalah tiga pergerakan bumi yang menelan apa yang ditelannya; GEMPA BUMI BESAR
    10. Muncul Imamul-Mahdi

    Tanda 7-9 telahpun berlaku (atau sekurang0kurangnya diyakini berlaku bila tsunami besar melanda hampir ke seluruh benua asia dan mengorbankan lebih daripada 300,000 orang). Tsunami itu sendiri adalah hasil daripada gerakan tektonik bumi, plat-plat benua yang bergeser antara satu sama lain dan ia adalah sinonim dengan gempa bumi. Bayangkan kekuatan gempa bumi yang menghasilkan tsunami besar di Acheh itu adalah sekitar 12 skala Reitch. Angka yang sangat-sangat menggerunkan.

    Pergilah ke www.imranhosein.org
    atau cari penceramah bernama Imam Nazar Hosein di www.ceramahislam.com untuk mengetahui secara lebih tepat dan terperinci mengenai 10 tanda tersebut.

    Antara tanda yang penting juga telah pun berlaku dan ada yang sudah lama berlaku:

    1. Runtuhnya sistem khilafah terakhir di Turki; antara yang menyumbang kepada runtuhnya sistem ini adalah sokongan orang kafir untuk membolehkan israel kembali semula ke tanah suci palestin, gerakan wahabi, perang dunia kedua dan ketentuan Allah.

    2. Riba telah menguasai seluruh umat manusia, walaupun bank tersebut bank islam namun sistem mata wang merupakan riba paling besar dalam sejarah umat; hasil usaha daripada sistem kapitalis yang didalangi yahudi. Mcm mana nak panggil itu bank islam? Tidak sedarkah kamu, dari tahun ke tahun, adakah duit Rm1 yang 5 tahun dahulu sama nilainya dengan RM1 sekarang. Dulu RM1 boleh beli banya gula 5 sen satu biji, sekarang ?? Wahai saudara ku, kita sudah tidak dapat mengelak dari apa yang telah disedia maklumkan oleh Rasulullah bahawa di akhir zaman nanti riba akan menjadi sangkar bagi kita, sehinggakan kita tidak nampak yang wang kertas itu adalah riba paling nyata. Tiada sudah jalan lain melainkan kita makan riba tersebut. Memang itulah apa yang diramalkan oleh Rasulullah, tetapi ia juga berpunca daripada kerapuhan muslim untuk tidak menegakkan semula sistem khilafa kita.


    Apa yang boleh kita sementara menunggu kedatangan Imam Mahdi dan Nabi Isa adalah berpaling kepada Al-Quran dan Sunnah Nabi serta berpesan pesan sesama kita, kerana saat itu tidak lama lagi, kita diambang kemuncak pergolakan umat mutakhir. Semoga kita mepunyai semangat yang setegar besi untuk mengharungi waktu itu.

    Tengoklah dunia kita sekarang. Hampir setiap hari ada sahaja gempa bumi, ada jak yang mati dalam perang, ianya tiada penghujung. sehingga kesemua 10 tanda itu telahpun terlaksana dengan izin Allah.
    Mohammad Syan bin Rasalah
    January 4, 2009   04:11 PM PST
     
    Assalamualaikum,

    saudara dony, ada bukti konkrit dan autentif yang menyatakan umur umat islam berakhir pada tarikh tersebut?? Setakat pemahaman yang saya dalami tidak ada satu angka pun berkenaan tarikh 'berakhirnya' umat islam. sungguh tidak masuk akal... sekiranya ada pun, ia adalah hadith daif/lemah/palsu

    Sila berikan sumber rujukan saudara dony untuk dikongsikan bersama

    Berkenaan sabda Rasulullah menyatakan "hamba sahaya melahirkan tuannya" terdapat dua pendapat.. sila rujuk sekali lagi di www.imranhosein.org kerana huraiannya yang panjang dan sangat autentif ( dari Al-Quran dan Hadith SAHAJA)

    Lagi satu, tanda kiamat yang paling jelas bukan yang saudara maksudkan tetapi kedatangan Al-Masih, tanda yang ditunggu tunggu oleh ketiga tiga agama iaitu Yahudi, Kristian dan Islam.

    Berkenaan Obama; ia merupakan titik permulaan kejatuhan Amerika sebelum Israel menjadi superpower yang baru yakni menggantikan Amerika.

    Wallahualam
    darulhurairah
    January 23, 2009   05:16 PM PST
     
    salam,saya suka www.imranhossein.org kerana sumber bersandaran pada quran dan hadis sahaja.tapi sejak baca emel tu ,saya bersungguh sungguh jaga anak,kerana tarikh dan jangkamasa tu walaupun kita tak boleh ramal/tahu dengan tepat,tapi ramalan nya membuatkan saya cuba jadi wanita solehah dengan baki usia saya,insya Allah.saya dan kawan2 gunakan jangkamasa tersebut sebagai time frame untuk menakutkan diri sendiri.yang malas ibadah jadi rajin sebab takut Allah dedahkan dosa....tentulah tak boleh ramal ramal macam tu walau jelas umur umat muhammad dikira dari masa kenabian RASUL SAW hingga kiamat.umur umat nabi musa dikira dari kenabian baginda hingga nabi isa,umur umat nabi isa dikira dari kerasulan baginda hingga kerasulan nabi muhammad.

    kiraan tu nampak logik tapi ikutlah syariat ahlusunnah.
    sekadar ambil iktibar nak motivasi diri...tak pe...

    tapi dalam satu buku ni,aturan kiamat tak dapat tidak mesti bertitik tolak dari UMUR UMAT MUHAMMAD.itu yang nangis takut mati tak sedar matahari terbit dari barat....
    Shari
    July 18, 2009   09:07 AM PDT
     
    Tak lama lagi tu kiamat...cepat2lah kita bertaubat..
    normala
    November 26, 2009   10:22 AM PST
     
    saya mimpi tahun lepas nabi Isa akan muncul hujung tahun atau awal tahun depan. saya tunggu tapi tak muncul.ketepatan masa disisi Allah jua.tahun ini saya tunggu lagi.saya yakin kehadiran Nabi Isa da sangat dekat kerana saya juga mimpi kiamat dalam proses jangan tinggal solat dan jangan timbun harta kerana kita akan pergi ketempat kekal
    Hamba Allah
    January 20, 2010   05:00 PM PST
     
    Masya! Allah!
    starzz
    April 17, 2010   03:29 AM PDT
     
    assalamualaikum...amat menarik sekali p0sting disini, berdasarkan firman ALLAH s.w.t dlm surah An-Naziyat ayat 42-46:

    42]
    Mereka (yang ingkar) selalu bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: "Bilakah masa datangnya?"

    [43]
    Apa hubungannya tugasmu dengan (soal) menerangkan masa kedatangan hari kiamat itu?

    [44]
    Kepada Tuhanmu lah terserah kesudahan ilmu mengenainya.

    [45]
    Tugasmu hanyalah memberi amaran kepada orang yang takut akan huru-hara hari kiamat itu.

    [46]
    (Sangatlah dahsyatnya huru-hara hari itu, sehingga orang-orang yang bersalah merasa) pada masa melihatnya: seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu petang atau paginya sahaja.

    kesimpulannya, kita ni siapa nak tau kunci rahsia ALLAH s.w.t, tugas kita sebagai umat Islam hanyalah menyebarkan tentang bagaimana huru haranya kiamat, bukan mengkaji bila ia akan akan berlaku.. :)
    hambaALLAHygHINA
    February 28, 2011   07:00 AM PST
     
    starzz...nice feedback..
    mkne yg ckup mndalam bg mreka2 yg sbuk tntang kuasa ALLAH..
    spe mkn cili,die la trase pdasnye..
    harimau mengaum xsmstinye die yg plg kuat,gajah yg bsr xbrerti die la yg plg ggah..tikus yg snyap tue adlah yg kuat krn mmpu utk mmbnuh hrimau n mmpu mmberi virus yg kuat kpd gajah..krn kecil jgn dsngka lmah,snyap bkn bmkne mnrut prntah..
    kamarzaman
    December 1, 2011   05:30 AM PST
     
    Kita jangan baca bab hari kiamat. Tanyalah diri kita di Mahsyar nanti Muhammad mana yang kita nak cari. Adakah Nabi Muhammad s.a w? Apa hubungan kita dengan Baginda yang sudah wafat 1440? Adakah baginda akan bertanggungjawab di atas aqidah kita yang hidup 1440 sesudah kewafatan baginda? Kalau kiamat nak berlaku ianya tetap akan berlaku tapi apahal kita di Mahsyar nanti. Dunia bekalan akhirat. Adakah kita sudah berjumpa dengan Muhammad yang kita akan bergantung di Mahsyar nanti. Muhammad yang mempunyai nasab sampai ke Nabi Muhammad s.a.w. Apakah kita sudah mempunyai pertalian dengan warisatulanbiya ini atau aqidah kita sebagaimana wahabi (menyembah tuhan dengan bersandarkan terus kepada Nabi Muhammad s.a.w). Muhasabahlah.

    Mahdi dan Isa (Ruhullah) sudah pun turun melalui Buhul Tali Allah (Guru yang bertaraf Muhammad) dan membakar salib, memadam api majusi dan membunuh babi yang ada di dalam diri pengikutnya. Kalau Isa diturunkaan untuk membunuh binatang babi, apakah dosa babi?

    Kenapa dikatakan dajjal bermata satu? Kerana mata hanya melihat keduniaan. Orang yang mencintai keduniaan adallah pengikut dajjal. Mahdi (Muhammad) sendiri tidak mampu membunuh dajjal hanya setelah Mahdi menjadi Isa Ruhullah barulah dajjal dapat di bunuh. Dajjal yang ada di dalam diri pengikutnya.

    Guru ma''riifah inilah yang akan memperbaiki tembok yang telah didirikan oleh Iskandar Zulkarnain. tembok ini adalah tembok keyakinan(iman) yang cuba dipecahkan oleh yakjuj dan maakjuj (keduniaan). Cinta dunia (nafsu) ini akan sentiasa cuba memecahkan tembok ini. Inilah Mahdi/Isa Ruhulllah yang akan memimpin pengikutnya sehingga kemenangan berada di piihak mereka.

    Semenjak dari zaman Rasulallaah lagi dan di setiap zaman akan ada Mahdi / Isa yang akan turun membakar salib, memadam api majusi dan membunuh babi dan dajjal yang ada di dalam diri pengikut mereka.

    Persoalannya, adakah kita mempunyai pertalian dengan mereka? Kalaupun tidak dengan mereka sekurang-kurangnya nasab guru kita sampai ke mereka. Jika tidak putuslah kita ditengah jalan dengan Rasulallah s.a.w. Carilah mereka walaupun sampai kenegeri China. Inilah pengorbanan dan hijrah kita.
     

    Leave a Comment:

    Name


    Homepage (optional)


    Comments




    Previous Entry Home Next Entry

    Google
     
    Web Aljoofre Meredah Usia

    Aljoofre Meredah Usia..

    Tiada hak cipta terpelihara. Sebarang unsur peniruan, pengedaran dan penerbitan dari web ini adalah dibenarkan untuk mengembangkan dakwah Islamiah. Allah s.w.t. sahajalah yang akan memberi ganjaran dan melindunginya.