Macam mana nak eja hari
tasu'a' ni ya.. Kalau ejaan macam ana eja tu camne sidang pembaca baca agaknya ya? Adakah
tasu-a? Atau
tasuk-ak? Macam-macam bacaannya. Dalam bahasa Arab ia diakhiri dengan huruf
'ain, alif dan
hamzah..
Sebenarnya transliterasi (
Transliteration)
1 takkan berupaya untuk menerangkan cara bacaan di dalam Bahasa Arab dengan tepat. Pasti ada kekurangannya. Kerana bahasa Arab merupakan satu bahasa yang kaya dengan lenggok bahasa dan cara bacaannya. Selain itu terdapat huruf-hurufnya yang tiada dalam bahasa lain. Yang paling ketara adalah huruf dhad sehingga Bahasa Arab digelar sebagai
Lughatuddhod atau bahasa Dhod.
Oleh kerana itulah sesiapa yang nak membaca Al-Qur'an, tak boleh dengan cara transilterasi ni. Nak baca Al-Qur'an kenalah belajar dari asas2 sebutan huruf sampailah kepada hukum2 tajwidnya. Yang agak melucukan adalah, ada yang membaca bahasa Arab pun tak betul dan tak faham, tapi telah mengeluarkan fatwa-fatwa dan hukum-hukum serta menulis buku-buku yang mengelirukan dalam masyarakat.
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Khutbah hari ini agak berapi. Khatib yang "membaca" (mungkin lebih sesuai disebut qari' atau muqri' dari khatib ;-) ) sungguh bersemangat ketika membaca. Teringat pula khatib-khatib di Mesir yang berkhutbah dengan penuh semangat walaupun sudah berumur, berbeza dengan ramai khatib di sini. Apa yang menyebabkan khutbah ini lagi berapi ialah, telinga yang mendengar ini juga berasa sangat panas dan rasa terbakar.
Pertama kejahilan pengarang khutbah tersebut (bukan dari Jabatan Agama) dalam mengharamkan hari Valentine bukan kerana asal-usul perayaan tersebut atau cara perayaan yang bercanggah dengan Islam, tetapi dengan hujah yang begitu dangkal iaitu ia tiada nas, maka haram disambut mengambil dalil hadis seburuk-buruk perkara adalah yang baru direka.
Mungkin jemaah muda yang menyambutnya akan berasa pelik. Adakah semua perkara yang Nabi tak buat jadi haram? Mereka tentu boleh berfikir bahawa jaawapannya tidak. Jadi mereka tentu sekali mempersoalkan pula hukum haram valentine ini. Kalau dalilnya begitu, tentu valentine ini pun ada kelonggarannya seperti perkara2 lain yang tiada di zaman Nabi. Nah.. kan haru jadinya kalau ini pemahaman mereka..
2
Kedua, khutbah keduanya memarahi pula mereka yang nak menganjurkan memasak bubur asyura' beramai-ramai serta amalan-amalan lain seperti bersedekah dan menziarahi orang sakit. Walaupun beliau menegaskan dua kali bahawa amalan-amalan ini tidak salah, tetapi menurutnya menyempitkan skop melakukan amalan ini pada hari tersebut adalah salah.
Bagi ana, sesiapa pun mengetahui perkara tersebut. Memanglah hanya bersedekah serta amalan2 lain pada hari asyura' sedangkan kedekut pada hari lain adalah sesuatu yang mana-mana masyarakat Islam kita, walau tak sekolah pun, mengetahuinya. Jadi mengapa perlu ditegaskan berkali-kali perkara ini ya, sedangkan ia adalah ibarat sudah terang lagi bersuluh?
Kita katakan, jika masyarakat ingin bersedekah pada hari-hari tertentu, menziarahi pesakit, bercelak, menziarahi orang soleh dan perkara-perkara mulia lain, maka kita galakkanlah. Janganlah kita menentang perkara sebegini.
Kesan pada pendengar pula amat mebahayakan. Mereka akan merasakan bahawa melakukan perkara-perkara ini pada hari Asyura' adalah sesuatu yang haram atau ditegah oleh agama. Bukankah natijahnya dia sudah menegah masyarakat dari melakukan perkara-perkara yang baik dan mulia tersebut?
Betapa bahaya aliran pemikiran sebegini yang kini mula menerobos akhbar2 (lihat bicara agama Utusan Malaysia hari ini), laman-laman web (seperti ahkam.net dan forum2 lain) serta mimbar2 masjid yang tidak diselia oleh Jabatan Agama.
Bedoalah kepada Allah selalu semoga aliran bahaya ini tidak menjejaskan kita dan ummat Islam seluruhnya dan semoga Allah mengampunkan kesalahan kita dan menyelamatkan kita semua. Amiin..
Nota kaki:
1) Transliteration :
transcribe something into another alphabet: to represent a letter or word written in one alphabet using the corresponding letter or letters of another, so that the sound of the letter or word remains approximately the same.
Microsoft® Encarta® Reference Library 2004. © 1993-2003 Microsoft Corporation. All rights reserved.
2) Hukum merayakan hari valentine sudah ana komen sebelum ini.
Posted at 04:33 pm by aljoofre
 |  |  |
abgfareast February 19, 2005 01:14 PM PST
2 la..bila ilmu agama bukan lg fissudurrr...walakinna ...fissuturrrr......x mcm kat mesir sana....diaorng berkhutbah..bukannya baca khutbah...kalau masjid2 dan surau2 kita boleh cari org berkhutbah mcm kat mesir saner...kan bagus...tp bila dah ada..dahhhhh kena report pulak....kesian kita kan!!!! |
 |

 |  |  |
Adie May 10, 2007 08:40 AM PDT
Di Malaysia kita hidup ada displin dan peraturan.. Cuba bayangkan kalau lah mimbar jumaat dibiarkan diguna oleh sesiapa sahaja tanpa ada kawalan dari pihak berkuasa agama,tentu lah kelam kabut jadinya urusan agama di negara ini. Kalulah khatib tu orang syiah, qadiani,islam liberal,ajaran sesat mcm ayah pin,wahabi,rufaqa,dan macam2 lg ajaran yang tak kena mengena ngan Islam, siapa yang nak bertanggung jawab..?? Alhamdulillah, oleh kerana negara kita ni ada peraturan yang sedia ada maka dapatlah sedikit sebanyak membendung huru hara dan kecelaruan tersebut..Syabas kepada jabatan agama. Kalau saudara tak setuju dengan pendapat saya, saudara boleh beri alternatif lain atau cadangan lain berkenaan perkara ini.Maaf ya kalu saya terkasar bahasa. |
 |

 |  |  |
Name May 24, 2007 01:59 PM PDT
di mana pun kita berada,bersyukur lah. |
 |

 |  |  |
Aljoofre December 30, 2008 10:03 PM PST
Ana tak perasan pulak komen saudara adie.
Ana rasa saudara tak baca dengan betul tulisan saya di atas. Cuba baca betul-betul. Saya malah tidak bersetuju dengan khatib yang tidak menggunakan teks jabatan agama tersebut, lantas membid'ahkan amalan-amalan yang ulamak dah ajar. Saya juga menyebutkan ada ajaran salah yang menerobos mimbar yang tidak diselia oleh jabatan agama.
Cuba baca sekali lagi ya... |
 |