Ahlan Wasahlan Wamarhaban

Syed Abdul Kadir Aljoofre,

Kuala Lumpur - Selangor - Singapura - Madinah Al-Munawwarah - Perlis - Kedah - Tanta - Kaherah.

Banyakkanlah berselawat ke atas kekasih kita Muhammad Sallallahu 'Alaihi Waalihi Wasallam..


Sila jaga tatatertib Syariah dalam tagboard di bawah. Ulasan bagi sesuatu topik dialu-alukan dikemukakan di bahagian ulasan topik tersebut, dan bukan di bahagian tagboard. Jazakumullah
   

<< February 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28

Sila klik di tarikh-tarikh di atas untuk melihat entry untuk hari tersebut.. Sila klik juga di bulan-bulan sebelum ini. Digalakkan juga mula membaca dari posting awal (1 Februari 2005) mengikut turutan. Di bawah ini pula sebahagian entry yang menjadi "hits" disusun mengikut tarikh


  • Catitan Pertama

  • Kasih Si Anak Kecil

  • Doa Akhir dan Awal Tahun - Haramkah Membacanya? (Bhgn. 1/2)

  • Meramal Hari Qiamat?

  • Tasua'

  • Cikgu Oh Cikgu!

  • Tuntutan Mencari Ilmu

  • Sabar (Bhgn. 1/2)

  • Sembelih Vs Zalim

  • Force Of Nature.. Konsert Amal

  • Kat sana, kat sini..

  • Siti Oh Siti!

  • Sambutan Maulid Nabi (Bhgn. 1/20)

  • Salam Dari Kota Singa

  • Saman Sambut Maulid

  • Qataluki Ya Iraq!

  • Maulid Melayu

  • Selawat, Bid'ah vs Pendidikan

  • Menghina Islam

  • As-Sayyid Muhammad Al-Maliki (Bhgn. 1/4)

  • Petir

  • Persoalan Membasuh atau Menyapu Kaki Ketika Wudhu' (1/2)

  • Nasihat Tak Wajib Dilaksanakan?

  • Tidak Ikhtilat Lebih Cemerlang

  • Sheikh Abdul Fattah Abu Ghuddah

  • Istiqamah

  • Korban Bom

  • Dakwah Umum Dan Khusus (Bhgn. 1/2)

  • Aminah Wadud dan Bid'ah Hasanah - Satu Manipulasi Kotor

  • Judi - Pak Lebai dan Datuk Datin

  • Astora Dan Pembaca

  • Ekstrimiskah Mereka?

  • AP Hadhari

  • Permulaan Hidayah

  • Da'ie dan Da'iah

  • Niat Menuntut Ilmu

  • Eulogy (1)

  • Eulogy (2)

  • Surat Imam Abdullah Alhaddad (1/2)

  • Nisfu Sya'ban Datang Lagi

  • Waktu-waktu Penting

  • Puasa dan Raya - Malaysia Vs Mesir

  • Maulid Condi Rice di Arab Saudi

  • Sucikah Kita?

  • Wahhabi Oh Wahhabi

  • Pengenalan Ringkas Mazhab Syafie (1/5)

  • Pening juga tak mau bermazhab ya?

  • Doa Akhir dan Awal Tahun

  • Solat Jumaat - Sedikit Koreksi

  • Cemburu

  • Tiga Golongan

  • Futur

  • Bulan Istighfar

  • Al-Habib Abdullah Assyatri

  • Pemberian Tidak Setara Antara Anak-anak


    Sesungguhnya Ulama' itu adalah waris para Nabi

    Pautan ke para da'ie dan ulamak:

  • Habib Omar Benhafidz

  • Habib Ali Aljufri

  • Dr Mohd Saied Ramadhan Albouti

  • Dr Wahbah Azzuhayli

  • As-Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah (Rahimahullah)


    Pro-Tajdid Segar


    Pengunjung Sejak 1 Februari 2005:

    Isi Buku Tamu 

     

    YM Aljoofre




    Klik di Iklan di bawah (Anda tidak dikenakan apa-apa bayaran)


    Klik butang "Contact Me" di bawah untuk menghantar email kepada ana

  • If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed




    Sunday, February 20, 2005
    Cikgu Oh Cikgu!

    Suatu ketika dulu-dulu di zaman Islam bukan Hadhari

    Bedah    : Cikgu, Tini tarik rambut saya!
    Tini       : Bukan, Bedah yang tarik tocang saya dulu, cikgu!
    Cikgu     : Kan cikgu da pisahkan kamu berdua duduk kelas lain.
    Tini       : Waktu perhimpunan tadi dia datang serang saya cikgu.
    Bedah    : Waktu perhimpunan tu Tini kutuk saya cikgu.
    Cikgu     : Hai.. Apa nak jadi murid zaman sekarang ni!


    Suatu pagi yang bening di zaman Islam Hadhari1

    Bedah            : Cikgu, Cikgu A2 tarik rambut Cikgu B3
    Tini               : Betul cikgu, dia tarik rambut, tarik baju dan tariklah apa boleh ditarik. Pastu Cikgu
                           B pun sama. Pastu mereka berdua bertumbuk pula cikgu.
    Cikgu Besar4   : Eh kan saya da pisahkan mereka berdua mengajar di blok yang berlainan.
    Bedah            : Waktu perhimpunan pagi tadi, Cikgu A serang Cikgu B.
    Tini               : Iyalah, tapi Cikgu B yang kutuk Cikgu A dulu. Kami dapat tengok pertunjukan
                            percumalah.
    Cikgu Besar    : Hai.. Apa dah jadi dengan cikgu zaman sekarang ni.


    Nota Kaki :  1) Rujuk : Dua Guru Wanita Bertumbuk - Berita Harian
                     2) Nama terpaksa dirahsiakan
                     3) Nama terpaksa dirahsiakan
                     4) Cikgu Besar : Pengetua : Guru Besar, tak semestinya berbadan besar ya.

    ------------------------------------------------------------------------------------------------------

    Bagaimanakah disebut dalam kata-kata ulamak, betapa hampirnya guru itu menjadi seperti Rasul (kedudukannya), sedangkan apa yang kita lihat hari ini berbeza sekali. Amat menyedihkan individu yang kita harapkan menjadi contoh teladan buat anak-anak kita, menjadi contoh yang buruk pula.

    Tapi jangan salah ertikan kata-kata ana ya. Terdapat puluh ribuan lagi guru-guru yang baik dan berdedikasi di luar sana, namun seperti biasa perlu kita ingat angkara nila setitik, rosak susu sebelanga. Pelajar sekarang lebih mudah menyontohi perkara buruk dari yang baik. Ada guru berkata-kata keji dan mencarut di dalam kelas, maka tak hairanlah ada murid sekolah rendah yang mencarut di luar (walaupun belum memahami pun apa yang dicarutkannya tu). Ada guru bertumbuk di depan perhimpunan, maka tak peliklah bila anak-anak murid bergaduh di luar.

    Apa dah jadi? (Ikut lagu SM Salim)

    Posted at 07:19 pm by aljoofre

    Aljoofre
    February 23, 2005   11:58 PM PST
     
    Akhi Azrie bertanya apa kaitan peristiwa cikgu bergaduh dgn Islam Hadhari. Good question bro. Azrie..

    Secara ringkasnya, sebenarnya di sana ada kaitannya yang jelas.

    Apa yang tersurat adalah, pada ketika kita sibuk memukul gendang Islam Hadhari yang boleh dicontohi oleh Negara Umat Islam lain, kita melihat guru-guru kita sendiri bercakaran dan bertumbuk. Suatu perkara yang tidak pernah kita dengar di sebelumnya.

    Hadharikah kita jika guru menunjukkan perlakuan sedemikian? Hadharikah kita jika murid menyontohi perbuatan itu? Mungkinkah terlaksana gagasan Islam Hadhari ini jika guru-guru menunjukkan perilaku sedemikian? Tentu semuanya tidak bukan?

    Perlu kita lihat Islam bukan pada istilah, bukan jua teori2 baru yg dicipta, bukan dengan berkata manis, jua bukan dengan menumpukan satu aspek dan meninggalkan aspek yang lain.

    Apabila kita menumpukan hanya kepada pembangunan zahir tanpa pembangunan insani yang sebenar, seperti yang disebutkan dalam Islam Hadhari, maka inilah jadinya.

    Semoga Allah memelihara kita dari keburukan akhir zaman ini.
    Aljoofre
    February 24, 2005   12:04 AM PST
     
    Akhi Penggali Kubur pula berasa patut dilihat rekod mereka, jika mereka pernah meminta ditukar.

    Benar, kalau mereka pernah meminta untuk ditukar pejabat pendidikan dan guru besar turut terlibat dalam isu ini. Tetapi walaupun mereka tidak meminta pun, tetap guru besar ada sahamnya dalam menjatuhkan aib sekolah tersebut.

    Beliau seolah-olah menyimpan dua gunung berapi yang menunggu masa untuk melontarkan lava atau dua bom jangka yang bersedia untuk meletup.

    Bukankah sengketa antara kedua mereka sudah berlanjutan selama bertahun-tahun lamanya? Guru Besar enggan memindahkan kerana kedua mereka adalah guru cemerlang. Adakah ini satu tindakan yang bijak?

    Apapun beban kesalahan terbesar tidak akan lari dari kedua-dua guru tersebut. Profesionalime perguruan mereka campakkan jauh-jauh setelah emosi merajai diri, nafsu mengalahkan akal, perasaan mengatasi kebijaksanaan.
    Penggali kubur
    February 25, 2005   11:26 AM PST
     
    Benar ustaz - sebagai pemimpin/orang atasan kedua guru tersebut - guru besar sepatutnya sudah boleh menjangka/meramal kejadian buruk tersebut.Siapa pun pada suatu2 masa boleh gelap mata dan emosi kebencian boleh menjadi meluap-luap. Sebagai muslim kita dianjurkan berzikir sebanyak mungkin untuk meredakan kemarahan , menjernihkan wajah dan sentiasa istiqomah untuk mencapai keredaanNya dalam setiap apa yang kita laku. Wallahualam.
    Adie
    May 10, 2007   08:53 AM PDT
     
    Islam Hadhari adalah satu pendekatan untuk melaksanakan islam di negara kita. ianya patut dilihat secara positif. Alhamdulillah, pemerintah masih ada minat terhadap Islam. Kita lah yang akan mencorak islam di negara ini. kita patut memberi sumbangan kepada islam mengikut kemampuan dan kapasiti kita. Jangan terlalu ideal hingga tak dapat dicapai oleh realiti dan tidak pula terlalu longgar hingga islam itu dilihat hambar. Perlu lah diketahui bahawa dalam negara islam tidak lah mustahil untuk kita temui perbuatan2 yang menyalahi syarak berlaku.. kalu tidak masakan Nabi sendiri pernah merejam sahabat yang berzina. Betulkan saya kalu silap.
     

    Leave a Comment:

    Name


    Homepage (optional)


    Comments




    Previous Entry Home Next Entry

    Google
     
    Web Aljoofre Meredah Usia

    Aljoofre Meredah Usia..

    Tiada hak cipta terpelihara. Sebarang unsur peniruan, pengedaran dan penerbitan dari web ini adalah dibenarkan untuk mengembangkan dakwah Islamiah. Allah s.w.t. sahajalah yang akan memberi ganjaran dan melindunginya.