Semalam pergi ke Masjid Baitul Aman, Jalan Damai, Ampang, untuk menghadiri kelas pengajian Kitab Adda'watuttammah susunan Al-Imam Abdullah Al-Haddad, yang disampaikan oleh Al-Ustaz Syed Ahmad Semait, penterjemah terkenal kitab-kitab berbahasa Arab ke Bahasa Melayu.
Apa niat sebenar pergi ke sana ya? Banyak niat sebenarnya. Tentulah menuntut ilmu satu niat. Dan jugak keinginan bersama lagi berehat di taman-taman syurga, yang sangat dirindui. Dulu di Mesir setiap kelas yang ana hadiri, samaada ana belajar atau mengajar, ana selalu ingatkan diri, bahawa aku kini berada dalam taman syurga. Indahnya Allah sajalah yang tau.
Selain itu ana teringat pesanan guru ana Al-Habib Omar bin Abdullah Assyatri yang acap kali berpesan bahawa kehadiran ke majlis ilmu merupakan satu yang wajib bagi setiap individu tak kira kemampuan ilmunya bagaimana. Ini kerana, kalaulah dia jahil maka tentulah dia wajib menuntut ilmu kan. Kalau dia alim pula, maka dia perlu menyegarkan selalu memorinya, menambah apa yang patut selain menegur dan bermunaqasyah jika ada yang tidak kena.
Kesal juga dengan sesetengah kita yang tamat menuntut di Al-Azhar dsb, apabila pulang ke Malaysia tidak mahu memajukan diri dengan meneruskan pencarian ilmu. Dirasakan cukup segulung ijazah itu baginya. Amatlah tidak patut pula, bagi golongan lain memandang sinis mereka yang masih belajar walaupun sudah memiliki ijazah. Ana sendiri apabila memasuki kelas-kelas pengajian dipandang sinis oleh sebahagian lainnya kerana seolah-olah menjatuhkan martabat sendiri, sedangkan di Mesir ada mempunyai anak-anak murid sendiri.
Apalah ada pada ilmu kita yang tak seberapa ini berbanding para Nabi dan Rasul yang juga sentiasa belajar dan belajar. Kisah Nabi Musa dgn Nabi Khidir perlulah kita ambil pengajaran sentiasa. Selain itu bertawadhuklah dengan ilmu yang kita ada. Biarlah kita ikut resmi padi, semakin berisi semakin tunduk ke bumi.
Ana juga pergi ke sana bagi mendapatkan manfaat bagaimana teknik mengajar kitab2 lama dilakukan di KL ni. Selain itu bagi mengenali lebih dekat Al-Ustaz Ahmad serta bertukar-tukar fikiran dengannya seusai majlis berkaitan penterjemahan kitab. Alhamdulillah banyak manfaat ana dapati dari orang berpengalaman sepertinya.
Sebentar lagi pergi lagi ke Masjid Baitul Aman. Bukan untuk majlis ilmu, tetapi untuk menghadiri majlis bacaan Yasin dan tahlil untuk roh Al-Habib Alwi Alhabsyi yang meninggal dunia di Hadhramaut semalam. Al-Fatihah buatnya.
Posted at 06:27 pm by aljoofre
 |  |  |
nailofar February 22, 2005 02:21 PM PST
ustaz.
ada muslimat yg pergi tak.. |
 |

 |  |  |
Aljoofre February 22, 2005 10:55 PM PST
ada.. tp kelasnya bukan setiap minggu. Sebulan 2 hari aje. Bulan Mac ni pada 19 dan 20. 19 pada waktu maghrib. 20 pulak kuliah subuh, tengahari dan jugak malam. Maklumlah ustaznya datang dari Singapore. |
 |

 |  |  |
nailofar February 23, 2005 12:57 PM PST
MasyAllah..
singapura..penting tuh..:) |
 |

 |  |  |
Jufitri Joha Ar-Rembawi March 23, 2005 10:00 AM PST
Kuliah dalam bulan April bila pula? |
 |

 |  |  |
aljoofre April 6, 2005 07:12 PM PDT
Huraian dari buku-buku beliau akan dihujahkan dalam Bahasa Malaysia oleh Habib Ahmad bin Semait yang juga penterjemah kebanyakan buku-buku Al-Habib Abdullah bin Alawi Al-Haddad dari Bahasa Arab kepada bahasa kegunaan negara kita.
Kesemua Majlis Ilmu seperti jadual dibawah ini akan diadakan di Masjid Baitul Aman 102 Jalan Damai di Jalan Ampang, Kuala Lumpur:
Majlis Bacaan Ratib Al-Haddad serta Syarahan dan Huraiannya setiap Selasa malam Rabu selepas Solat Maghrib
Hari Sabtu 23 April 2005 mulai Solat Maghrib sehingga jam 9:30 malam huraian buku berjudul ‘Nasihat Agama dan Wasiat Iman’
Hari Ahad 24 April 2005 mulai jam 11.15 pagi sehingga Zohor huraian buku berjudul ‘Petunjuk Thariqat ke Jalan Akhirat’
Hari Ahad 24 April 2005 mulai Solat Maghrib sehingga jam 9:30 malam huraian buku berjudul ‘Dakwah yang Sempurna dan Peringatan yang Utama’
Jadual ini akan diulangi pada minggu ketiga atau keempat setiap bulan dan akan dimaklumkan pada majlis semasa.
Semua Muslimin dan Muslimat dijemput hadir.
http://alhawi.net/majlis_ta’lim.htm |
 |

 |  |  |
azmi al aziz November 7, 2009 05:17 PM PST
Tahukah tuan saya memiliki satu kitab yg amat lama,, yg sungguh indah bahasanya melangkaui kitab2 yg ada. Di dalam banyak menceritakan dan teknik2 kehebatan. Amat rugilah kalau tuan2 tidak melihat dan mempelajarinya |
 |

 |  |  |
azmi al aziz November 7, 2009 05:27 PM PST
Tahukah tuan saya memiliki satu kitab yg amat lama,, yg sungguh indah bahasanya melangkaui kitab2 yg ada. Di dalam banyak menceritakan dan teknik2 kehebatan. Amat rugilah kalau tuan2 tidak melihat dan mempelajarinya 012-9053131 |
 |

 |  |  |
azmi al aziz November 7, 2009 05:28 PM PST
Tahukah tuan saya memiliki satu kitab yg amat lama,, yg sungguh indah bahasanya melangkaui kitab2 yg ada. Di dalam banyak menceritakan dan teknik2 kehebatan. Amat rugilah kalau tuan2 tidak melihat dan mempelajarinya 012-9053131 |
 |