Ahlan Wasahlan Wamarhaban

Syed Abdul Kadir Aljoofre,

Kuala Lumpur - Selangor - Singapura - Madinah Al-Munawwarah - Perlis - Kedah - Tanta - Kaherah.

Banyakkanlah berselawat ke atas kekasih kita Muhammad Sallallahu 'Alaihi Waalihi Wasallam..


Sila jaga tatatertib Syariah dalam tagboard di bawah. Ulasan bagi sesuatu topik dialu-alukan dikemukakan di bahagian ulasan topik tersebut, dan bukan di bahagian tagboard. Jazakumullah
   

<< February 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28

Sila klik di tarikh-tarikh di atas untuk melihat entry untuk hari tersebut.. Sila klik juga di bulan-bulan sebelum ini. Digalakkan juga mula membaca dari posting awal (1 Februari 2005) mengikut turutan. Di bawah ini pula sebahagian entry yang menjadi "hits" disusun mengikut tarikh


  • Catitan Pertama

  • Kasih Si Anak Kecil

  • Doa Akhir dan Awal Tahun - Haramkah Membacanya? (Bhgn. 1/2)

  • Meramal Hari Qiamat?

  • Tasua'

  • Cikgu Oh Cikgu!

  • Tuntutan Mencari Ilmu

  • Sabar (Bhgn. 1/2)

  • Sembelih Vs Zalim

  • Force Of Nature.. Konsert Amal

  • Kat sana, kat sini..

  • Siti Oh Siti!

  • Sambutan Maulid Nabi (Bhgn. 1/20)

  • Salam Dari Kota Singa

  • Saman Sambut Maulid

  • Qataluki Ya Iraq!

  • Maulid Melayu

  • Selawat, Bid'ah vs Pendidikan

  • Menghina Islam

  • As-Sayyid Muhammad Al-Maliki (Bhgn. 1/4)

  • Petir

  • Persoalan Membasuh atau Menyapu Kaki Ketika Wudhu' (1/2)

  • Nasihat Tak Wajib Dilaksanakan?

  • Tidak Ikhtilat Lebih Cemerlang

  • Sheikh Abdul Fattah Abu Ghuddah

  • Istiqamah

  • Korban Bom

  • Dakwah Umum Dan Khusus (Bhgn. 1/2)

  • Aminah Wadud dan Bid'ah Hasanah - Satu Manipulasi Kotor

  • Judi - Pak Lebai dan Datuk Datin

  • Astora Dan Pembaca

  • Ekstrimiskah Mereka?

  • AP Hadhari

  • Permulaan Hidayah

  • Da'ie dan Da'iah

  • Niat Menuntut Ilmu

  • Eulogy (1)

  • Eulogy (2)

  • Surat Imam Abdullah Alhaddad (1/2)

  • Nisfu Sya'ban Datang Lagi

  • Waktu-waktu Penting

  • Puasa dan Raya - Malaysia Vs Mesir

  • Maulid Condi Rice di Arab Saudi

  • Sucikah Kita?

  • Wahhabi Oh Wahhabi

  • Pengenalan Ringkas Mazhab Syafie (1/5)

  • Pening juga tak mau bermazhab ya?

  • Doa Akhir dan Awal Tahun

  • Solat Jumaat - Sedikit Koreksi

  • Cemburu

  • Tiga Golongan

  • Futur

  • Bulan Istighfar

  • Al-Habib Abdullah Assyatri

  • Pemberian Tidak Setara Antara Anak-anak


    Sesungguhnya Ulama' itu adalah waris para Nabi

    Pautan ke para da'ie dan ulamak:

  • Habib Omar Benhafidz

  • Habib Ali Aljufri

  • Dr Mohd Saied Ramadhan Albouti

  • Dr Wahbah Azzuhayli

  • As-Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah (Rahimahullah)


    Pro-Tajdid Segar


    Pengunjung Sejak 1 Februari 2005:

    Isi Buku Tamu 

     

    YM Aljoofre




    Klik di Iklan di bawah (Anda tidak dikenakan apa-apa bayaran)


    Klik butang "Contact Me" di bawah untuk menghantar email kepada ana

  • If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed




    Wednesday, February 23, 2005
    4 Jenis Sabar..

    Seketika dulu, ana pernah berjanji untuk menulis serba sedikit berkaitan sabar. (Rujuk Sedih Gembira Fitrah Hidup). InsyaAllah di kesempatan ini ana menulis secara ringkas jenis-jenis sabar yang ana rujuk dari Kitab Risalatul Mu'awanah oleh Al-Imam Abdullah Al-Haddad dan ana huraikan berdasarkan kitab-kitab lain dan apa yang ana pelajari, insyaAllah.

    Menurut beliau, kesabaran boleh dibahagikan kepada 4 bahagian utama. Bahagian-bahagian tersebut ialah :

    1) Kesabaran untuk membuat ketaatan
    2) Kesabaran dalam menahan diri dari kemaksiatan
    3) Kesabaran atas perkara-perkara yang dibenci
    4) Kesabaran atas nafsu dan syahawat

    Beliau juga, dalam salah satu majlis, telah menerangkan bahawa sesungguhnya mereka yang menerima ujian pada zaman ini terbahagi kepada tiga golongan :

    1) Golongan yang redha dan bertenang menghadapi ujian. Ganjaran untuk mereka adalah diangkat darjat mereka.

    2) Golongan yang gelisah menghadapi ujian tetapi tidak membantahnya. Ganjaran untuk mereka pula adalah dihapuskan dosa.

    3) Golongan yang gelisah dan membantah pula ujian yang dihadapi. Mereka akan mendapat kemurkaan dan balasan yang buruk.


    Berbalik kepada bahagian-bahagian kesabaran tadi, cuba kita lihat satu persatu. Kesabaran dalam melakukan ketaatan boleh kita lihat dalam mendidik jiwa untuk rajin dan tabah mengerjakan amal ibadat. Solat yang fardhu dan sunnah, sedekah yang fardhu dan sunnah, begitu juga puasa, haji, wirid harian, dan lain-lain amalan ketaatan kepada Allah baik yang khas mahupun yang am, memerlukan kesabaran dalam diri untuk melakukannya.

    Namun begitu, bagi mereka yang telah sampai ke maqam Al-'Arif, segala ibadat tidak dirasakan melainkan perasaan yang lazat dan ketenangan. Al-Imam Al-Haddad ada menyebut: Sesiapa yang melazimi sifat sabar, akan sampai ke maqam Al-Qurb (hampir dgn Allah), dan di sana dia akan mendapati pada amal ibadatnya, kemanisan, kelazatan dan ketenangan yang tidak tergambar.

    Betapa indahnya jika kita dapat merasai kemanisan begitu. Namun syaratnya seperti yang telah disebutkan oleh Al-Imam Al-Haddad adalah melazimi kesabaran. Pertamanya, sabar dalam istiqamah melakukan perkara yang wajib. Kemudian istiqamah dalam meningkatkan pula kualiti amalan kita itu dari sudut khusyuk dan sempurnanya. Seiringan itu kesabaran dalam beristiqamah melakukan perkara-perkara yang sunnah.

    Bukankah di dalam hadis qudsi ada disebutkan bahawa tidak mendekatkan diri seorang hamba kepada Allah dengan mengerjakan amalan sunnah, melainkan Allah akan menjadi Penunjuk kepada setiap langkah, perbuatan, pendegaran, penglihatan dan percakapannya. Apabila telah dekat diri kita dengan Allah, maka tentu sekali segala amalan tersebut menjadi kemanisan buat kita.

    Cuba kita lihat. Apa jua yang ingin kita lakukan pada mulanya menuntut kesabaran. Si anak kecil, ketika mula-mula belajar makan, betapa sukar untuk memasukkan makanan ke dalam mulut. Selalu saja terbabas dari destinasi. Kadang terbabas ke dagu, kadang terbabas ke pipi, kadang ke hidung dan kadang sampai ke telinga. Namun berkat kesabaranlah kita semua mampu untuk makan dengan sempurna hari ini.

    Begitu jua dengan amalan kita. Ambil contoh bacaan wirid selepas solat, ma'tsurat atau ratib-ratib yang ada. Kita perlukan kesabaran untuk terus membacanya dengan istiqamah. Berkat kesabaran kita, insyaAllah satu hari tanpa kita membacanya kita akan rasa kekosongan dan tidak sempurna hidup. Seperti sesorang yang berpisah dengan kekasih lagaknya. Nah, itu merupakan satu tanda kita telah mula menikmati kelazatan ibadat tersebut.

    Ya Allah kurniakan kami kesabaran dalam mengerjakan amal ibadat mentaati-Mu! Amiin..

    (Bersambung..)

    Posted at 11:48 pm by aljoofre

    Penggali Kubur
    February 25, 2005   11:15 AM PST
     
    Apa yang nak diulas lagi Ustaz. tulisan ustaz ini fakta . Terima kasih
    Hamba
    July 31, 2009   01:58 PM PDT
     
    Sebab, memang itu sifat Allah...Allah itu "Maha Pemurah"...
    yasir
    November 3, 2009   11:10 AM PST
     
    saya kena belajar bersabar
    Name
    February 25, 2010   04:24 AM PST
     
    sy pon sama
    azza
    March 18, 2010   09:40 AM PDT
     
    sy pun sama macam antum
    hamba yang lemah
    March 24, 2010   10:58 AM PDT
     
    sabar itu separuh daripada iman
    nurul
    April 9, 2010   11:27 AM PDT
     
    PENYAYANG DAN PEMURAH...
    yatie nasim
    August 26, 2010   06:50 PM PDT
     
    skop sabar untuk membuat ketaatan juga boleh dilihat dari segi hubungan suami isteri..peranan isteri adalah taat pada suami.. lepas saya bergelar isteri baru lah saya faham erti sabar..peranan yang paling penting bagi seorang isteri dan suami adalah sabar..benar sabar itu sakit pada permulaan nyer namun sabar itu kemudiannya akan membawa kebahagiaan..
    dee
    October 22, 2010   08:40 AM PDT
     
    mmg benar tie, sabar itu kunci kebahagiaan
    hamba ..
    July 5, 2011   05:54 AM PDT
     
    antara lelaki dan perempuan siapakah yang lebih sabar
     

    Leave a Comment:

    Name


    Homepage (optional)


    Comments




    Previous Entry Home Next Entry

    Google
     
    Web Aljoofre Meredah Usia

    Aljoofre Meredah Usia..

    Tiada hak cipta terpelihara. Sebarang unsur peniruan, pengedaran dan penerbitan dari web ini adalah dibenarkan untuk mengembangkan dakwah Islamiah. Allah s.w.t. sahajalah yang akan memberi ganjaran dan melindunginya.