Sewaktu sambutan tahun baru masihi 2005, dipaparkan bahawa Siti Nurhaliza mendapat sms ucapan selamat tahun baru yang terbanyak. Seorang pemenang sms terbaik pula mendapat peluang bergambar bersama artis tersebut. Antara komennya adalah lebih kurang berbunyi : "Ish tak sangka saya. Da laaaaama saya impikan saat ini. Inilah harapan saya selama ini."
Malam ni pula, kalau tak silap ana, Siti Nurhaliza akan mengadakan persembahan di kota London. Perkara ini sangat dibanggakan oleh rakyat Malaysia. Media tempatan begitu membesarkan perkara ini seolah-olah persembahannya di sana adalah suatu yang sangat istimewa dan boleh menaikkan nama Malaysia di kaca mata dunia.
Amat malang sekali apabila beginilah budaya yang diserapkan dan telah pun menyerap ke dalam jiwa rakyat Malaysia. Antara impian utama adalah bergambar dengan artis. Amat jarang kita temui ada di kalangan kita yang apabila ditanyakan impian nak berjumpa siapa, menyatakan ingin sekali bertemu para ulamak ulung yang masih hidup. Begitulah tanda akhir zaman kan?
Selain itu apabila kita merasakan kita boleh berbangga dengan nyanyian dan persembahan, silakanlah. Tapi jangan dilupa jika mentaliti kita begitu sampai bila pun kita takkan maju.
Risau juga kita memikirkan hadis bahawa kita akan dihimpunkan pada hari akhirat nanti bersama orang yang kita sanjungi dan cintai. Kalau cintai artis, pujai mereka, lekatkan gambar mereka di mana-mana (hatta di bilik air pun ada), hanya teringin nak jumpa mereka, di akhirat nanti berkumpullah dengan mereka ya, Naudzubillah.
Tapi ada juga di kalangan kita yang Alhamdulillah sangat berbeza. Impian mereka hanya bersama kekasih Allah. Seorang sahabat ana tahun lalu berasa amat sebak dan terkilan apabila rakan-rakannya tidak memaklumkannya kedatangan Al-Allamah As-Sayyid Muhammad bin Alwi Al-Maliki rahimahullah ke Kedah. Kalau dia dimaklumi tentu sekali sepantas kilat dia akan menerpa. Lebih menyedihkannya apabila mendengar berita As-Sayyid Muhammad telah pergi menyahut seruan Allah. Tak tergambar perasaan terkilannya ketika itu. Sabarlah sahabatku. Semoga enta dapat bersamanya di padang mahsyar nanti.
InsyaAllah sebentar lagi ana akan bertolak ke Singapura. InsyaAllah berada di sana sehingga Ahad ni. Doakan perjalanan ana. Nantikan sambungan ulasan maulid Nabi tu ya..