Ahlan Wasahlan Wamarhaban

Syed Abdul Kadir Aljoofre,

Kuala Lumpur - Selangor - Singapura - Madinah Al-Munawwarah - Perlis - Kedah - Tanta - Kaherah.

Banyakkanlah berselawat ke atas kekasih kita Muhammad Sallallahu 'Alaihi Waalihi Wasallam..


Sila jaga tatatertib Syariah dalam tagboard di bawah. Ulasan bagi sesuatu topik dialu-alukan dikemukakan di bahagian ulasan topik tersebut, dan bukan di bahagian tagboard. Jazakumullah
   

<< April 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02
03 04 05 06 07 08 09
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30

Sila klik di tarikh-tarikh di atas untuk melihat entry untuk hari tersebut.. Sila klik juga di bulan-bulan sebelum ini. Digalakkan juga mula membaca dari posting awal (1 Februari 2005) mengikut turutan. Di bawah ini pula sebahagian entry yang menjadi "hits" disusun mengikut tarikh


  • Catitan Pertama

  • Kasih Si Anak Kecil

  • Doa Akhir dan Awal Tahun - Haramkah Membacanya? (Bhgn. 1/2)

  • Meramal Hari Qiamat?

  • Tasua'

  • Cikgu Oh Cikgu!

  • Tuntutan Mencari Ilmu

  • Sabar (Bhgn. 1/2)

  • Sembelih Vs Zalim

  • Force Of Nature.. Konsert Amal

  • Kat sana, kat sini..

  • Siti Oh Siti!

  • Sambutan Maulid Nabi (Bhgn. 1/20)

  • Salam Dari Kota Singa

  • Saman Sambut Maulid

  • Qataluki Ya Iraq!

  • Maulid Melayu

  • Selawat, Bid'ah vs Pendidikan

  • Menghina Islam

  • As-Sayyid Muhammad Al-Maliki (Bhgn. 1/4)

  • Petir

  • Persoalan Membasuh atau Menyapu Kaki Ketika Wudhu' (1/2)

  • Nasihat Tak Wajib Dilaksanakan?

  • Tidak Ikhtilat Lebih Cemerlang

  • Sheikh Abdul Fattah Abu Ghuddah

  • Istiqamah

  • Korban Bom

  • Dakwah Umum Dan Khusus (Bhgn. 1/2)

  • Aminah Wadud dan Bid'ah Hasanah - Satu Manipulasi Kotor

  • Judi - Pak Lebai dan Datuk Datin

  • Astora Dan Pembaca

  • Ekstrimiskah Mereka?

  • AP Hadhari

  • Permulaan Hidayah

  • Da'ie dan Da'iah

  • Niat Menuntut Ilmu

  • Eulogy (1)

  • Eulogy (2)

  • Surat Imam Abdullah Alhaddad (1/2)

  • Nisfu Sya'ban Datang Lagi

  • Waktu-waktu Penting

  • Puasa dan Raya - Malaysia Vs Mesir

  • Maulid Condi Rice di Arab Saudi

  • Sucikah Kita?

  • Wahhabi Oh Wahhabi

  • Pengenalan Ringkas Mazhab Syafie (1/5)

  • Pening juga tak mau bermazhab ya?

  • Doa Akhir dan Awal Tahun

  • Solat Jumaat - Sedikit Koreksi

  • Cemburu

  • Tiga Golongan

  • Futur

  • Bulan Istighfar

  • Al-Habib Abdullah Assyatri

  • Pemberian Tidak Setara Antara Anak-anak


    Sesungguhnya Ulama' itu adalah waris para Nabi

    Pautan ke para da'ie dan ulamak:

  • Habib Omar Benhafidz

  • Habib Ali Aljufri

  • Dr Mohd Saied Ramadhan Albouti

  • Dr Wahbah Azzuhayli

  • As-Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah (Rahimahullah)


    Pro-Tajdid Segar


    Pengunjung Sejak 1 Februari 2005:

    Isi Buku Tamu 

     

    YM Aljoofre




    Klik di Iklan di bawah (Anda tidak dikenakan apa-apa bayaran)


    Klik butang "Contact Me" di bawah untuk menghantar email kepada ana

  • If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed




    Wednesday, April 27, 2005
    Saman Sambut Maulid

    Al-Kisah diceritakan pada ana satu cerita yang melucukan juga memeningkan khalayak yang mendengar. Seorang ustaz (yang kurang glamournya) yang tak puas hati dengan orang yang mengadakan sambutan maulid nabi secara besar-besaran telah menulis sebuah kitab, kononnya dipenuhi hujjah bahawa sambutan ini adalah haram di sisi Islam. Dia pun degan penuh 'confident' dengan apa yang diyakini, berdasarkan ajaran guru-gurunya, menulislah. Di dalamnya habis disentuh semua yang menyambut maulid ini.

    Dipendekkan cerita, seorang ustaz lagi (yang glamournya, sehingga sambutan maulid yang diadakannya dihadiri lebih 14,000 orang), terasa dengan buku tersebut. Lalu beliau pun menulis pula sebuah kitab yang menjawab segala hujjah yang diberikan oleh ustaz pertama tadi. Biasalah kan, hujjah keharusan sambutan maulid memang terlalu banyak, hingga orang yang bodoh sombong saja yang tak dapat menerimanya. Di dalam buku tersebut, ditulis bahawa dia menjawab segala tohmahan yang dilemparkan oleh Ustaz yang pertama.

    Apa yang melucukan, apabila buku tersebut dikeluarkan, ustaz yang pertama lantas melenting. Dia terus meyaman ustaz yang kedua, dengan hujah bahawa bukunya yang pertama tersebut tidak pun menyentuh nama ustaz yang kedua tu (walaupun kita lihat memang dia menyentuh walau secara tak langsung kerana telah mengumumkan ayat-ayatnya. Kita pun kira tersentuh kan?).

    Kita tak boleh memberi komen sangat dalam isu ini, kerana takut dikatakan mencampuri urusan mahkamah. Namun kita boleh membuat beberapa andaian di sini:

    1) Ustaz tu benar-benar sudah kehabisan idea bagaimana nak menyelesaikan isu ini di luar mahkamah, seperti muzakarah, menulis buku lain dan sebagainya.

    2) Ustaz tu benar-benar sudah kehabisan hujah, lalu tidak berani bersemuka atau memang kalau ditulis buku pun, tiada apa yang dapat ditulis lagi melainkan permainan kata.

    3) Mahkamah sivil, yang hakimnya belum tentu orang Islam, dirasakan tempat terbaik baginya mengadu, dan menegakkan benang basahnya.

    4) Ustaz tu nak cari populariti, memandangkan kuliah yang diberikan memang tak dapat sambutan seperti ustaz yang kedua tu. ;-)

    5) Ada pihak ketiga yang gembira melihat ummat Islam bertengkaran, tuduh menuduh, saman-menyaman sesama sendiri, terutamanya di kalangan personaliti dakwah.

    Apapun sebab sebenarnya, Allah saja yang mengetahui. Apa yang pasti ini merupakan sebahagian tanda akhir zaman. Lebih jelas lagi, terlalu ramai yang tak berilmu menulis serta menyebarkan fahaman yang sesat lagi menyesatkan di kalangan masyarakat, di tv, masjid, universiti dan laman-laman web, tanpa ummat islam sedari. Kita pula hanya boleh mendoakan semoga Allah memberi hidayah dan taufik-Nya kepada semua. Amiiin....

    Posted at 01:00 pm by aljoofre

    fitrah_iman
    May 1, 2005   02:58 AM PDT
     
    assalamualaikum..

    terkejut bila baca entry ni..knp mesti besar2kn perkara ni..cuma nk bg skit pndapt..

    1. sbg org islam, tak elokla klu kita nk lebih2 menghukum sesama sedara kite...jgn pandang rendah pd org yg ada lakukan kesalahan krn di sana ada iktibar utk kita ambil..utk kita lebih mencari kebenaran dr apa yg berlaku..tak semestinya perkara yg byk diikuti manusia itu adalah perkara yg benar & bole utk kite terus berpegang dengannya. Firman Allah dalam surah al An'aam(6:116)

    "Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang2 yang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan ALlah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti sangkaan sahaja dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah)

    2. tak semestinya yg glamor itu adalah yg betul & yg terkebelakang itu apa yang dibawanya dikatakan salah...as a mukmin..kembalikan segalanya kpd DIA yg lbh mengetahui spt firmanNya

    " Jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Qur’an) dan (Sunnah) Rasul-Nya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya."
    (al-Nisa’ 4:59)

    & juga hadith Nabi
    "Termasuk hal yang dapat menyempurnakan keIslamanseseorang ialah kerelaannya utk meniggalkan apa yang tak berguna"
    (Riwayat Bukhari)

    salah seorang ulamak yg glamour(ibnu taimiyah) tlh berkata
    "kebenaran itu tidaklah dikenalpasti dgn individu2 tetapi kebenaran itu dikenalpasti dengan AL KITAB & AL SUNNAH

    oleh itu marilah sama2 kita renungi semula apa yg telah Allah berikan kpd kita sbg panduan dan sebaiknya sama2lah kita memperbaiki sikap kita:

    1 sentiasa berbaik sangka..jgnla kita suka membuat andaian dr mata kasar atau dr akal kita yg limited pengetahuannya berbanding Yang Maha Esa

    "Wahai orang-orang yang beriman JAUHILAH KEBANYAKAN DARIPADA SANGKAAN sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa."
    (al-Hujurat 49:12)

    2 elakkan dr memndang rendah pd orang lain yg blum mengetahui apa yg kita ketahui krn kita jg dulu berada dlm kesamaran & apa yg kita dpt hari ini adalah dr pemberian drNya jua.

    "begitu jugalah keadaan kamu dahulu, lalu Allah menganugerahkan nikmatNya ke atas kamu, maka PERIKSALAH DENGAN TELITI, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan."
    (Al Nisa4:94)

    3 jgnla memburukkn/mperbesarkan lg keadaan....umat Islam harus bersatu...suka kah kita menjadi org yg memecahbelahkn lg dr persengketaan yg telah wujud..adalah baik utk mendamaikan kedua pihak yg bergaduh...bukannya dengan menambah2 kan lagi api dr mana2 belah pihak..krn kita manusia..masing2 ada kelemahan, jadi jgnlah kita berat sebelah..berlaku adillah dengan melihat dr mata hati yg Allah kurniakan & bukannya dr emosi

    firman Allah dalam surah al nahl 16:125;

    "Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik"

    bersama2lah kita mohon ampun drNya buat diri kita & juga saudara2 kita atas segala kekurangan kita

    "Ya Tuhan kami, ampunkanlah kami & saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu dari kami dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman, Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha Penyantun Lagi Maha Penyayang"
    (Al-Hasyr 59:10)

    ameeeeen....
    wallahu'alam
    nahwanz
    May 1, 2005   04:14 PM PDT
     
    komen fitrah_iman disokong sepenuhnya..:)
    aljoofre
    May 2, 2005   11:26 AM PDT
     
    Thanks 4 the comment. Ana suka mendapat komen begini, bermakna pembaca mempunyai sikap yang kritis.

    Namun begitu, cubalah baca dengan hati yang terbuka apa yang ditulis.

    Ana tidak sama sekali cuba membesarkan atau melagakan dua pihak, dan tidak berminat pun nak masuk campur.

    Malahan secara tak langsung, ana telah selitkan cara yang terbaik untuk ustaz yang pertama tu selesaikan berpandukan Al-Quran dan Sunnah, bukan berpandukan undang2 sivil yang direka manusia, dan dihakimi pula oleh bukan Islam.

    Ana juga tidak ada mengatakan siapa benar dan salah (tak kira apa pertimbangannya samaada glamour atau tidak), cuma ana mengatakan tindakannya membawa ke mahkamah bukanlah jalan yang terbaik yang harus dilalui oleh seorang daie yang ikhlas menegakkan kebenaran.

    Ana juga tidak memandang rendah pada sesiapa. Ana hormati pendirian masing2. Kita sama-sama berdakwah mengikut manhaj Al-Quran dan Assunnah serta para salafussoleh kita. Kita bukan menghukum sesiapa. Kita jua berbaik sangka selagi perkara tersebut bukan perkara asas dalam agama.

    Cubalah renungi hikmah kenapa ana menyiarkan cerita ini. Cuba fikirkan dengan hati yang bersih apakah pengajaran yang kita dapat ambil darinya, bukan hanya dengan pandangan mata zahir sahaja ;-)

    Cubalah kita juga tidak menghukum bahawa orang lain begini dan begitu (berburuk sangka, melagakan sesama muslim, membesarkan perkara yang kecil, memandang rendah orang lain dsb).

    Tidaklah ana menulis posting tersebut melainkan dengan tujuan mendapatkan keredhaan Allah.

    Thanks anyway..
    fitrah_iman
    May 2, 2005   05:55 PM PDT
     
    assalamualaikum

    sebagai org mukmin...tiada jawapan bg muhasabah yg diberi..harus berlapang dada utk merenung kembali muhasabah yg diberikan samada benar atau tidak, hanya diri & Allah yg lebih Mengetahui...wallahu'alam

    wassalam
    aljoofre
    May 2, 2005   07:41 PM PDT
     
    Waalaikumussalam

    Sebagai orang mukmin perlulah kita merenung apa yang dikatakan dan dimuahasabah agar bertambah kebaikan.

    Sebagai daie kita perlu memperbetulkan persepsi yang silap terhadap dakwah kita, walau dengan apa cara sekalipun. Jika hanya berdiam diri tanpa jawapan, nescaya mudahlah dakwah kita dipermain dan diperlecehkan.

    Sebagai daie mukmin juga perlulah diambil pengajaran dari persepsi orang lain agar dapat dipertingkatkan kualiti dan metod dakwah.

    Jazakumullah
    fitrah_iman
    May 4, 2005   12:22 PM PDT
     
    Assalamualaikum..

    :) cukuplah Rasulullah saw sebagai ikutan dlm method berdakwah & dlm berhadapan dengan masyarakat sekeliling & especially musuh2..ada ketika Rasul jg berdiam diri bila dicela tp usaha dakwah masih tetap diteruskan..akhirnya akhlak yg mulia dpt memikat hati musuh utk masuk ISLAM.

    pendek kata semuanya sudah lengkap apa yg dibawa & diajar oleh kekasih Allah ini...kata2 manusia boleh diketepikan tp tdk pada kata2 Rasul

    & kadangkala diam itu adalah lebih baik dari berkata2...

    hanya sekdr utk memperingtkan shbt yg lain terutama diri sndiri yg byk kekurangan...semoga kita semua dalam redha Ilahi..ameen

    aljoofre
    May 4, 2005   05:19 PM PDT
     
    Cukuplah Rasulullah sebagai contoh ikutan terbaik dalam berdakwah dan memperbetulkan kesilapan.

    Rasulullah telah menunjukkan asas-asas yang sempurna tentang metodologi dakwah. Kita tinggal mempraktikkannya berdasarkan zaman dan keadaan.

    Tidak pernah Rasululullah berdiam jika kaum muslimin sendiri yang berkata silap atau mempunyai persepsi silap atas dakwah yang baginda sampaikan. Ini kerana diamnya baginda pada sahabat baginda, juga menjadi taqrir yang harus diikuti.

    Diam perlu apabila kena pada masa dan keadaannya. Diam juga kadangkala lebih baik pada sebahagian keadaan. Diam juga perlu dari berkata yang tidak baik, seperti mengkritik tanpa asas, fitnah, tohmahan dan perlian.

    Namun ada kalanya (dan memang seringkali) diperlukan mengeluarkan kata-kata samaada dalam bentuk lisan atau tulisan. Metodologi dakwah yang sempurna ini telah kita pelajari dari Sunnah Rasulullah serta kejayaan para daie Islam lain dari zaman dulu hingga sekarang.

    Semoga kita dalam golongan daie yang mendapat keredhaan Allah. Amiin.
    Aljoofre
    September 8, 2005   03:39 AM PDT
     
    Alhamdulillah, seorang pengunjung blog ini telah memaklumkan bahawa kes ini telah dapat diselesaikan di luar mahkamah. Begitulah cara yang terbaik yang harus dilalui oleh seorang Muslim yang mengikuti jalan para salafussoleh. Bahkan itulah yang sebaiknya dilakukan dari awal lagi.

    Namun ana ingin menjelaskan sekali lagi bahawa tujuan entry ini tidak lain adalah untuk menyedarkan semua akan bahaya berpecah belah dan berbalahan pada isu yang sepatutnya telah lama selesai, namun diperbesarkan oleh sesetengah pihak.

    Tidaklah ana bersangka buruk pada sesiapa dan tidaklah ana ingin melagakan sesiapa atau memburukkan imejnya. Andaian-andaian di atas adalah andaian yang ana katakan boleh terjadi dalam benak fikiran sesiapa jua yang melihatnya. Namun ana selitkan solusi yang terbaik, bagi mereka yang boleh berfikir dengan cerah dan matang, dan tidak menghukum hanya dengan zahir yang dilihat dan didengar.

    Alhamdulillah, seruan ana berulang kali supaya ia diselesaikan di luar mahkamah akhirnya terlaksana (walaupun mereka tidak mendegar, tetapi Allah mendengar doa hambanya).

    Wallahu A'lam
     

    Leave a Comment:

    Name


    Homepage (optional)


    Comments




    Previous Entry Home Next Entry

    Google
     
    Web Aljoofre Meredah Usia

    Aljoofre Meredah Usia..

    Tiada hak cipta terpelihara. Sebarang unsur peniruan, pengedaran dan penerbitan dari web ini adalah dibenarkan untuk mengembangkan dakwah Islamiah. Allah s.w.t. sahajalah yang akan memberi ganjaran dan melindunginya.