2 bacaan maulid nabi yang paling masyhur di seluruh dunia adalah Maulid Barzanji dan juga Maulid Daiba'ie. Kedua-duanya dibaca di seluruh pelusuk dunia. Di negara kita usaha-usaha menterjemahkan kedua-dua maulid ini telah pun dilaksanakan. Banyak kitab maulid sekarang diedarkan berserta terjemahan agar difahami maknanya oleh sidang pembaca.
Apa yang penting dalam sambutan maulid ini adalah penghayatan dan pemahaman apa yang dibaca. Tiada gunanya melagukan bacaan maulid tersebut dengan suara yang merdu tanpa dipraktikkan dan difahami apa yang dibaca. Justeru itu, ada juga sebahagian masyarakat kita yang menyusun bait-bait syair bagi menerangkan perihal dan sirah Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam dalam Bahasa Melayu. Antara yang ana perolehi daripada seorang sahabat seperti berikut:
Nazam Muqaddimah
Bismillahirrahmanirrahim
Wajib pula kita tahu bangsa Nabi
Saidina Abdullah nama bapa yang sufi
Saidina Abdullah itu anak Abdul Mutalib
Dia pula anak Hasyim bangsa Habib
Hasyim anak Saidina Abdul Manaf
Semua itu bangsa Quraish sudah tetap
Tahu pula nama bonda nya Aminah
Abdul wahab nama bapanya Aminah
Ibu susu nabi kita yang bernama
Halimatul Sa’diahtul yang utama
Saudara susu nabi kita yang bernama
Damraton dari kecil sama – sama diatas riba
Tempat zahir nabi kita yang mulia
Dalam mekah maulud nabi sebut dia
Pada dua belas Rabiul awal
Malam isnin waktu terbit fajar awal
Masa itu telah zahir nabi kita
Muhammad Rasulullah penghulu kita
Sollallah ala muhamad sollallah alaihi wassalam
Sollallah ala muhammad sollallah alaihi wassalam
Umur nabi enam puluh tiga tahun
Jadi rasul dua puluh tiga tahun
Jadi pesuruh dimadinah sepuluh tahun
Dalam mekah tiga belas pula tahun
Madinah itu tempat wafat nabi kita
kubur nabi dalam masjid tempat nyata
Wajib pula kita tahu anak nabi
Tiga orang yang tersebut laki-laki
Empat orang yang perempuan adanya
Wajib kamu tahu nama bilangannya
Mula –mula dapat anak Saidina Qasim
Pula mengiring Siti Zainab adik Qasim
Dapat pula akan Siti Roqiah
Bawah dia Fatimatul Zahriyah
Umi Kalsum pula satu anaknya
Adik Fatimah dengan nyata digelar Thoyyib
Seorang pula nama dia Saidina Abdullah
Dengan nyata kesemua ni anak Khadijah
Si Ibrahim anak Siti Mariah
Dan isteri nabi kita hari wafat
Sembilan orang wajib bilang sampai dapat
Aishah dan Hafsah dan Saudah
Sofiyatun Maimunatun dan Ramlah
Hindun wa Zainab Juwariah
Kesemuaitu ibu mu’min dan jumlah
Siti Zainab dan Khadijah itu pula
Itu kedua dahulu wafat kepada nabi kita.
Sebelum wafat tiada kahwin lainnya
Jumlah jadi sembilan orang adanya
Yang muafakat segala ulama’ padanya
Telah tamat nazam ini dengan berkat
Nabi kita yang di benar dengan mukjizat
Aku nama nazam ini muqadimmah
Ya rabbana kami harap akan rahmat
Dari dunia sampai pula ke akhirat
Ya rabbana kamu mati akan kami
Dengan iman jangan tidak jangan rugi
Ya rabbana kami harap sahabat kami
Mati pula dengan iman jangan rugi
Fikir itu la pelita bagi hati
Yang mendapat kita ingat akan mati
Ingat-ingat serta fikir sehari-hari
Kita hidup dalam kubur seorang diri
Jika hidup kita dapat harta jenuh
Itu akhir tinggal masuk dalam tanah
Ghalib ikutkan nafsu dengan hawa
Dari masa kita muda sampai tua
Dari petang nanti pula akan pagi
Lama-lama hingga sampai tanggal gigi
Rumah besar kampung luas adanya
Itu akhir tinggal juga akan dia
Hai segala anak aku sekalian
Sungguh-sungguh jangan tinggalkan sembahyang
Demikian lagi fitrah zakat dan puasa
Itu buat lah olehmu senantiasa
Dengar-dengar lah segala adik kakak
Dari masa tubuh muda belum bongkok
Maka barangsiapa baik fikirnya
Dunia ini tinggal juga akhirnya
Dengan susah yang sedikit kita dapat
Akan lama senang kita di akhirat