Mengapa ya para jemaah kaum muslimin di negara kita, tidak ramai yang berselawat ketika nama Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam disebut oleh khatib atau penceramah? Malah apabila dibacakan firman Allah Ta'ala yang menyeru kita supaya berselawat (biasanya dibaca sebelum imam naik ke mimbar, dan dalam khutbah kedua), amat kaku sekali lidah-lidah kaum muslimin. Bakhil sekali kita ya.1
Di Singapura lain ceritanya. Ketika dibacakan ayat tersebut, sekalian jamaah di masjid akan membaca selawat beramai-ramai dengan kuat. Malah ketika disebutkan nama-nama para khulafa' Arrasyidin mereka akan mendoakan "radhiallahu 'anh".
Manakah antara kedua fenomena di atas yang lebih baik ya? Kalau ditanya kepada neo-salafi, tentu mereka mengatakan fenomena yang kedua adalah satu bid'ah yang sesat dan haram. Tapi cuba kita lihat dengan mata hati yang terbuka lagi berlandaskan cahaya Ilahi. Bukankah molek sekali jika berselawat beramai-ramai dengan mengajar sesiapa yang tidak tahu bila hendak berselawat agar berselawat juga di waktu tersebut, dari berdiam diri dan tidur ketika itu?
Mungkin kita boleh katakan para jemaah tidak memahami ayat tersebut. Tetapi biasanya ramai yang faham kerana ayat tersebut amat masyhur malah di sesetengah masjid disebutkan sekali terjemahannya. Sekurang-kurangnya apabila ramai yang faham tersebut berselawat dengan 'jahar', para jemaah minoriti yang lain akan mendengar dan akan berselawat bersama-sama. Adakah ini juga bid'ah?
Mereka katakan perkara ini tak pernah dibuat oleh generasi salaf. Kita katakan semua salafussoleh berselawat ketika disebutkan nama Nabi dan ketika ayat tersebut dibaca kerana mereka memahami. Tetapi adakah kita rasakan semua lapisan masyarakat kita sama keadaannya? Jauh sekali bukan? Jadi mengapa tidak kita ambil suatu inisiatif bagi memahamkan masyarakat dengan cara yang mudah tetapi berkesan? Apabila generasi salaf tidak lakukan bukan bermakna satu teknik tersebut adalah salah, tetapi kita melakukan pelbagai teknik dan cara dalam mengembangkan syariah berdasarkan keadaan, masa dan tempat.
Nah, sekarang kita fikirkan sendiri. Mana lebih baik ya? Nak berselawat beramai-ramai tau nak biarkan saudara kita jadi bakhil?
Nota Kaki:
1) hadis Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam: Orang yang bakhil ialah orang yang tidak berselawat kepadaku ketika namaku disebutkan padanya
Posted at 04:42 pm by aljoofre
 |  |  |
Name: luky September 15, 2005 04:56 AM PDT
Betul Ya Habib
Ditempat ane jakarta
Terutama di kantor yg mengadakan shalat jumat sedikt sekali yg bershalawat
apabila diucapkan kata Muhammmad.
tapi bila dimasjid perkampungan masih banyak yg mengerti.umumnya mereka yg tdk bershalawat berfahaman hal itu adalah Bi'dah |
 |

 |  |  |
Shafie November 28, 2005 09:32 PM PST
Assalamualaikum..
tak sangka ada blog al-jufri..bagus gak.. |
 |

 |  |  |
Luthfi January 5, 2006 01:57 PM PST
Ya Habib
Macam mana dengan Wahyu pertama yang diterima Rasulullah SWT ? |
 |

 |  |  |
Luthfi January 5, 2006 02:07 PM PST
Ya Habiballah
So manythings that I don't understand on this life,
If you have a time I want to study with you by an e-mail.
I just want to ask about the first wahyu.
Pls send me a Msg at assegaf_al_fakhir@yahoo.com |
 |

 |  |  |
Aljoofre October 1, 2006 06:55 AM PDT
Waalaikumussalam..
Toriqah ini berada di mana2. Dibawa dari zaman berzaman generasi demi generasi. Namun tentu sekali takkan terlihat seperti tanzim tariqah2 yg lain. Di Singapura juga ada.
Wallahu A'lam |
 |

 |  |  |
Abdurrohim October 19, 2007 01:36 AM PDT
Assalamu'alaikum Wr. Wb
Alhamdulillah dgn adanya weblog ini
ana ikut bergembira. karena Insya Allah webblog semacam ini biasanya bermanhaj salafushsholih yg menebar benih perdamaian dan rahmat |
 |

 |  |  |
Aaron yusof March 23, 2012 07:04 AM PDT
As Salam kak Chik..
Mengenai isu "Duli Yang Maha Mulia" ini, kita mesti mengkaji semula sejarah frasa ini digunakan. Pertama kita perlu ketahui bahawa terma "Duli" mengikut laras Bahasa Melayu kuno bermaksud habuk. Habuk ini bolehlah disamakan dengan sifat seorang hamba. Makanya, "Duli" membawa pengertian tentang sifat seorang hamba.
Manakala, ungkapan "Yang Maha Mulia" pula dimaksudkan oleh orang Melayu lama sebagai Allah. Ini kerana Allah itu adalah tuhan bagi orang-orang Islam dan hanya Allah yang memiliki segala-gala yang berada di alam semesta ini. Yang Maha Berkuasa lagi Yang Maha Mulia. Maknanya, penggunaan ungkapan "Duli Yang Maha Mulia" kepada sultan sememangnya tidak salah untuk digunakan kerana ianya adalah simbol ataupun lambang bahawa sultan-sultan adalah hamba ataupun khalifah kepada Allah di bumi untuk menjalankan hukum-hukum Allah.
Begituah berseninya ketamadunan Melayu dalam menyampaikan laras bahasa. Maka kita sebagai generasi baru hari ini janganlah cepat melatah tanpa melakukan sebarang pengkajian usul periksa. Wassalam |
 |