Tak perlu kita bicarakan hinaan terhadap Islam di negara kita yang semakin hari semakin lantang kedengaran. Mungkin ia akan disalah anggap sebagai isu politik dan sebagainya.
Selepas isu Aminah Wadud mengimamkan solat, di Indonesia pula seorang 'pendakwah' mengimamkan solat dengan membaca surah dalam bahasa Arab kemudian diterjemahkan kepada Bahasa Indonesia. Lihat
Imam Baca Surah Arab, Indonesia ditangkap. Mujur masih ada undang-undang di Indonesia, walaupun pelaksanaan dan hukumannya yang tidak ketat dan tegas, ia masih menunjukkan bahawa kerajaan negara tersebut membantah pencemaran biadab terhadap agama.
Di Pengkalan Tentera Amerika di Cuba pula, tentera Amerika cuba menghina dan mencetuskan kemarahan tahanan beragama Islam dengan meletakkan mushaf-mushaf Al-Quran di dalam tandas. Lihat
AS Hina Alquran. Tindakan biadap itu memang kita sudah jangkakan dari musuh-musuh Allah yang semakin hari semakin rakus meratah umat Islam. Apa yang menyedihkan mereka disokong pula oleh sebahagian ummat Islam yang cintakan dunia.
Apabila terbaca berita di Indonesia tersebut teringat sejarah hitan di Turki apabila pengkhianat Islam, Mustafa Kamal Attaturk mengharamkan bacaan dalam solat serta azan di dalam bahasa Arab. Dia hanya membenarkan laungan azan di dalam bahasa Turki. Mengaku Islam dan ingin memodenkan Turki, tetapi tindak tanduknya jelas hanya untuk kemaslahatan musuh Islam.
Ketika ummat Islam sendiri tidak sensitif dengan isu-isu yang berkaitan agama mereka sendiri, adakah kita mengharapkan orang kafir yang memerangi Islam akan sensitif dengan isu tersebut? Fikirkanlah...