Watak : A: Seorang lelaki 'lembut'
B: Seorang lelaki berbadan sasa
Situasi: A yang tau hukum agama melihat B tidak melaksanakan satu kewajipan.
A: Encik B, laksanakanlah kewajipan tu. Allah da suruh dah. Ni aku buat satu garis panduan untuk
engkau buat benda wajib tu.
B: Agghh.. Sukahati akulah. Nanti ajalah aku buat.
Apa reaksi A ya?
-----------------------------------------
Selepas kita digemparkan bahawa garis panduan hiburan yang dicadangkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia tidak perlu dilaksanakan sekarang ini lantas ditolak mentah-mentah (dengan cara "ditangguh"), kita diberitahu pula satu perkara lain yang kita rasakan menyebabkan wajar garis panduan tersebut tidak diambil berat pun oleh Menteri yang berkenaan.
Menteri berkenaan (yang mempunyai masalah menafisrkan Islam Hadhari hingga membenarkan perkara-perkara haram), memberi alasan bahawa sebuah jawatankuasa lain telah ditubuhkan sejak beberapa tahun lalu, dan masih mengkaji garispanduan yang perlu (ambil masa lama ya, nak siapkan satu garis panduan yang dah jelas dalam Islam?). Oleh itu, 'nasihat' JAKIM tersebut mungkin akan bercanggah, dan dirasakan tidak sesuai, kerana beliau rasakan tidak sesuai jika suatu pihak sahaja yang membuat satu garis panduan (satu perkara yang biasa jika kita dah tak percaya pada kemampuan ulamak).
Seterusnya beliau tegaskan bahawa penangguhan itu bukan bermakna kerajaan akan membenarkan persembahan yang mengghairahkan dan mengandungi unsur kurang sopan. Penangguhan ini juga tiada unsur politik katanya. Alhamdulillah jika memang benar kerajaan tidak mahu membenarkan perkara-perkara tersebut, yang kebelakangan ini kita lihat seolah-olah sudah sinonim dengan hiburan kita. Tapi, yang memeningkan kita, cara beliau bercakap seolah-olah, kerajaan memang tidak pernah membenarkan perkara sedemikian, sedangkan realiti yang kita lihat sebalilknya.
Apa yang tambah menyedihkan adalah reaksi Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab dalam urusan JAKIM. Beliau mengatakan bahawa garis panduan JAKIM tersebut adalah sekadar satu nasihat dan tidak wajib dilaksanakan, kerana ia bukan fatwa. Terkejut.. memang terkejut.. Jika seorang yang memiliki kelayakan agama yang begitu tinggi berkata sedemikian.
Adakah nasihat yang makruf, pada suatu perkara yang jelas dalam syarak, tidak wajib dilaksanakan oleh si pendengar? Tentu sekali jawapannya, wajib bagi yang mendengar nasihat, melaksanakan apa yang dinasihati. Memang ia tidak memerlukan kepada fatwa, kerana hukum telah jelas menggariskan. Perkara ini bukan suatu yang baru hingga memerlukan kepada mufti mengeluarkan fatwanya.
Bila difikirkan semula, memang patutlah nasihat tersebut tidak diendahkan oleh pihak yang berkenaan, kerana yang memberi nasihat pun tidak serius memberi nasihat.
---------------------------------------------
(sambungan dialog di atas)
A: "eh, tak mengapa, ini nasihat saja. Terpulanglah anda nak kerjakan atau tak, tak wajib pun." ;-)
P/S: Ini bukan cerita politik semata. Ana hanya menyentuh sensitiviti hukum Islam yang mudah dipermainkan hari ini.
Posted at 12:24 pm by aljoofre