Ahlan Wasahlan Wamarhaban

Syed Abdul Kadir Aljoofre,

Kuala Lumpur - Selangor - Singapura - Madinah Al-Munawwarah - Perlis - Kedah - Tanta - Kaherah.

Banyakkanlah berselawat ke atas kekasih kita Muhammad Sallallahu 'Alaihi Waalihi Wasallam..


Sila jaga tatatertib Syariah dalam tagboard di bawah. Ulasan bagi sesuatu topik dialu-alukan dikemukakan di bahagian ulasan topik tersebut, dan bukan di bahagian tagboard. Jazakumullah
   

<< July 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02
03 04 05 06 07 08 09
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
31

Sila klik di tarikh-tarikh di atas untuk melihat entry untuk hari tersebut.. Sila klik juga di bulan-bulan sebelum ini. Digalakkan juga mula membaca dari posting awal (1 Februari 2005) mengikut turutan. Di bawah ini pula sebahagian entry yang menjadi "hits" disusun mengikut tarikh


  • Catitan Pertama

  • Kasih Si Anak Kecil

  • Doa Akhir dan Awal Tahun - Haramkah Membacanya? (Bhgn. 1/2)

  • Meramal Hari Qiamat?

  • Tasua'

  • Cikgu Oh Cikgu!

  • Tuntutan Mencari Ilmu

  • Sabar (Bhgn. 1/2)

  • Sembelih Vs Zalim

  • Force Of Nature.. Konsert Amal

  • Kat sana, kat sini..

  • Siti Oh Siti!

  • Sambutan Maulid Nabi (Bhgn. 1/20)

  • Salam Dari Kota Singa

  • Saman Sambut Maulid

  • Qataluki Ya Iraq!

  • Maulid Melayu

  • Selawat, Bid'ah vs Pendidikan

  • Menghina Islam

  • As-Sayyid Muhammad Al-Maliki (Bhgn. 1/4)

  • Petir

  • Persoalan Membasuh atau Menyapu Kaki Ketika Wudhu' (1/2)

  • Nasihat Tak Wajib Dilaksanakan?

  • Tidak Ikhtilat Lebih Cemerlang

  • Sheikh Abdul Fattah Abu Ghuddah

  • Istiqamah

  • Korban Bom

  • Dakwah Umum Dan Khusus (Bhgn. 1/2)

  • Aminah Wadud dan Bid'ah Hasanah - Satu Manipulasi Kotor

  • Judi - Pak Lebai dan Datuk Datin

  • Astora Dan Pembaca

  • Ekstrimiskah Mereka?

  • AP Hadhari

  • Permulaan Hidayah

  • Da'ie dan Da'iah

  • Niat Menuntut Ilmu

  • Eulogy (1)

  • Eulogy (2)

  • Surat Imam Abdullah Alhaddad (1/2)

  • Nisfu Sya'ban Datang Lagi

  • Waktu-waktu Penting

  • Puasa dan Raya - Malaysia Vs Mesir

  • Maulid Condi Rice di Arab Saudi

  • Sucikah Kita?

  • Wahhabi Oh Wahhabi

  • Pengenalan Ringkas Mazhab Syafie (1/5)

  • Pening juga tak mau bermazhab ya?

  • Doa Akhir dan Awal Tahun

  • Solat Jumaat - Sedikit Koreksi

  • Cemburu

  • Tiga Golongan

  • Futur

  • Bulan Istighfar

  • Al-Habib Abdullah Assyatri

  • Pemberian Tidak Setara Antara Anak-anak


    Sesungguhnya Ulama' itu adalah waris para Nabi

    Pautan ke para da'ie dan ulamak:

  • Habib Omar Benhafidz

  • Habib Ali Aljufri

  • Dr Mohd Saied Ramadhan Albouti

  • Dr Wahbah Azzuhayli

  • As-Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah (Rahimahullah)


    Pro-Tajdid Segar


    Pengunjung Sejak 1 Februari 2005:

    Isi Buku Tamu 

     

    YM Aljoofre




    Klik di Iklan di bawah (Anda tidak dikenakan apa-apa bayaran)


    Klik butang "Contact Me" di bawah untuk menghantar email kepada ana

  • If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed




    Friday, July 08, 2005
    Korban Bom

    Di London, 50 orang terbunuh kerana letupan bom yang dikatakan dilakukan oleh pengganas. Media barat terus menunding jari kepada Al-Qaedah dan pengebom muda berketurunan 'asia'. Dalam pada itu tiada seorang pun Yahudi yang terbunuh, malah kedutaan Israel telahpun diberi amaran tentang bom tersebut (tiada negara lain yang mendapat amaran yang sama, malah tiada tindakan diambil untuk mencegahnya). Beberapa pemimpin Islam pula telah mengeluarkan kenyataan bahawa kemungkinan letupan tersebut sengaja dilakukan oleh Barat sendiri untuk memburukkan lagi imej Islam dengan kalimah keramat mereka "pengganas dan keganasan".

    Seluruh dunia pula mengecam pengeboman tersebut. Media semuanya membesarkan isu tersebut seolah-olah segala urusan di dunia terhenti kerana peristiwa tersebut. Tahniah buat pengebom tersebut (sama ada muslim yang tak kenal agamanya atau kafir yang memburukkan Islam) kerana berjaya menarik perhatian seluruh dunia. ;-)

    Di dunia Islam, sejak berdekad lama, puluhan ribu ummat Islam tercedera dan terbunuh. Di akhbar ada juga disebutkan setiap hari peristiwa-peristiwa tersebut, tetapi dengan ringkas sahaja. Ini kerana seolah-olah ia tiada lagi mendapat tempat di hati pembaca atau bukan lagi dianggap sebagai bahan panas yang dapat melariskan akhbar. Manakan tidak, perkara sama berulang saban hari tanpa henti. Pembaca juga akan jemu jika diajukan berita sama setiap hari bukan?

    Saban hari ummat Islam menerima ancaman, tetapi tiada yang peduli. Mengapa ia terjadi? Tak guna kita menunding jari kepada orang lain. Tanyalah ummat Islam sendiri apa yang dilakukan oleh mereka. Di setiap tempat ummat Islam bertelagah kerana pelbagai isu. Di mana-mana kita boleh dapati Ummat Islam yang hanya Islam pada nama tetapi hanya bertuhankan nafsu, dunia dan harta. Kita juga saban hari melihat kejahilan ummat Islam yang amat dasyat sekali.

    Perlukah kita bertelagah lagi wahai ummat Islam sedangkan kepentingan kita banyak lagi? Di internet khasnya, di majalah-majalah dan buku-buku di pasaran, kini banyak dibicarakan perkara-perkara khilafiah dan tidak penting, yang tidak perlu diperbesarkan untuk memberi ruang kepada maslahah ummah yang lebih besar. Mengapa isu seperti bid'ahkah sesuatu amalan, ayat mutasyabihat, pegangan satu mazhab, pegangan lama yang tak bercanggah dengan syara' (kononnya pegangan turun temurun dengan taksub), kisah-kisah sejarah yang tidak dipersetujui oleh sebahagian, dan banyak lagi perkara, diperbesarkan seolah-olah ia adalah kepentingan kita yang paling utama?

    Sebenarnya tanpa kita sedari, isu-isu yang dibawakan ini juga adalah bom-bom yang ditaburkan oleh musuh Islam dengan tangan ummat Islam sendiri. Mangsa kepada pengeboman ini pula bukan sahaja ummat Islam yang jahil di sesuatu tempat, tetapi juga di seluruh dunia kerana mereka tidak lagi dihiraukan dan diambil kisah. Malangnya ramai ummat Islam masih tak menyedari dan menyangka merekalah hero ummat Islam hari ini, sedangkan di tangan mereka bom-bom yang mangsanya bukan sahaja mereka tetapi ummat Islam lain di seluruh dunia.

    Posted at 11:33 pm by aljoofre

     

    Leave a Comment:

    Name


    Homepage (optional)


    Comments




    Previous Entry Home Next Entry

    Google
     
    Web Aljoofre Meredah Usia

    Aljoofre Meredah Usia..

    Tiada hak cipta terpelihara. Sebarang unsur peniruan, pengedaran dan penerbitan dari web ini adalah dibenarkan untuk mengembangkan dakwah Islamiah. Allah s.w.t. sahajalah yang akan memberi ganjaran dan melindunginya.