Ahlan Wasahlan Wamarhaban

Syed Abdul Kadir Aljoofre,

Kuala Lumpur - Selangor - Singapura - Madinah Al-Munawwarah - Perlis - Kedah - Tanta - Kaherah.

Banyakkanlah berselawat ke atas kekasih kita Muhammad Sallallahu 'Alaihi Waalihi Wasallam..


Sila jaga tatatertib Syariah dalam tagboard di bawah. Ulasan bagi sesuatu topik dialu-alukan dikemukakan di bahagian ulasan topik tersebut, dan bukan di bahagian tagboard. Jazakumullah
   

<< July 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02
03 04 05 06 07 08 09
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
31

Sila klik di tarikh-tarikh di atas untuk melihat entry untuk hari tersebut.. Sila klik juga di bulan-bulan sebelum ini. Digalakkan juga mula membaca dari posting awal (1 Februari 2005) mengikut turutan. Di bawah ini pula sebahagian entry yang menjadi "hits" disusun mengikut tarikh


  • Catitan Pertama

  • Kasih Si Anak Kecil

  • Doa Akhir dan Awal Tahun - Haramkah Membacanya? (Bhgn. 1/2)

  • Meramal Hari Qiamat?

  • Tasua'

  • Cikgu Oh Cikgu!

  • Tuntutan Mencari Ilmu

  • Sabar (Bhgn. 1/2)

  • Sembelih Vs Zalim

  • Force Of Nature.. Konsert Amal

  • Kat sana, kat sini..

  • Siti Oh Siti!

  • Sambutan Maulid Nabi (Bhgn. 1/20)

  • Salam Dari Kota Singa

  • Saman Sambut Maulid

  • Qataluki Ya Iraq!

  • Maulid Melayu

  • Selawat, Bid'ah vs Pendidikan

  • Menghina Islam

  • As-Sayyid Muhammad Al-Maliki (Bhgn. 1/4)

  • Petir

  • Persoalan Membasuh atau Menyapu Kaki Ketika Wudhu' (1/2)

  • Nasihat Tak Wajib Dilaksanakan?

  • Tidak Ikhtilat Lebih Cemerlang

  • Sheikh Abdul Fattah Abu Ghuddah

  • Istiqamah

  • Korban Bom

  • Dakwah Umum Dan Khusus (Bhgn. 1/2)

  • Aminah Wadud dan Bid'ah Hasanah - Satu Manipulasi Kotor

  • Judi - Pak Lebai dan Datuk Datin

  • Astora Dan Pembaca

  • Ekstrimiskah Mereka?

  • AP Hadhari

  • Permulaan Hidayah

  • Da'ie dan Da'iah

  • Niat Menuntut Ilmu

  • Eulogy (1)

  • Eulogy (2)

  • Surat Imam Abdullah Alhaddad (1/2)

  • Nisfu Sya'ban Datang Lagi

  • Waktu-waktu Penting

  • Puasa dan Raya - Malaysia Vs Mesir

  • Maulid Condi Rice di Arab Saudi

  • Sucikah Kita?

  • Wahhabi Oh Wahhabi

  • Pengenalan Ringkas Mazhab Syafie (1/5)

  • Pening juga tak mau bermazhab ya?

  • Doa Akhir dan Awal Tahun

  • Solat Jumaat - Sedikit Koreksi

  • Cemburu

  • Tiga Golongan

  • Futur

  • Bulan Istighfar

  • Al-Habib Abdullah Assyatri

  • Pemberian Tidak Setara Antara Anak-anak


    Sesungguhnya Ulama' itu adalah waris para Nabi

    Pautan ke para da'ie dan ulamak:

  • Habib Omar Benhafidz

  • Habib Ali Aljufri

  • Dr Mohd Saied Ramadhan Albouti

  • Dr Wahbah Azzuhayli

  • As-Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah (Rahimahullah)


    Pro-Tajdid Segar


    Pengunjung Sejak 1 Februari 2005:

    Isi Buku Tamu 

     

    YM Aljoofre




    Klik di Iklan di bawah (Anda tidak dikenakan apa-apa bayaran)


    Klik butang "Contact Me" di bawah untuk menghantar email kepada ana

  • If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed




    Saturday, July 09, 2005
    Dakwah Umum dan Khusus

    Di kalangan masyarakat, di mana-mana tempat, dewasa ini terdapat mereka yang begitu cintakan agama dan ingin menyampaikan ilmu agama seberapa boleh. Namun begitu ada di kalangan mereka yang begitu ghairah sehingga melampaui had. Apabila kita katakan sedemikian, mereka tersalah faham dan mempersoalkan, adakah agama ini hanya boleh diperkatakan oleh golongan agamawan sedangkan Islam itu syumul dan dakwah wajib ke atas setiap muslim?

    Beberapa tahun lepas, ana ada mendengar dari Prof. Dr. Ahmad Omar Hashim, yang ketika itu menjawat jawatan Rektor Universiti Al-Azhar, menjawap persoalan-persoalan yang diajukan kepadanya. Antara soalan yang diajukan adalah jika seorang yang bukan dari jurusan agama, tetapi kemudiannya belajar agama sedikit, adakah harus baginya berdakwah?

    Jawapan yang diberikan olehnya adalah dakwah dan ilmu agama boleh dibahagikan kepada dua, iaitu am dan khas. Dakwah am adalah menjadi kewajipan semua orang bergantung kepada ilmu yang diberikan oleh Allah kepadanya. Dakwah ini perlu disampaikan kepada semua masyarakat. Jika seseorang yang bukan dari jurusan agama dan ingin berdakwah, maka dia harus menyampaikan dakwah dalam bentuk ini. Contoh dakwah umum ini adalah mengajak masyarakat kepada segala perkara kebaikan dan menegah dari keburukan. Jika pun dia ingin berceramah atau menulis buku, maka perlulah dakwahnya ini dalam skop yang disebutkan.

    Bahagian kedua dalam dakwah dan ilmu agama adalah khas. Bahagian khas ini adalah khusus untuk mereka yang mempelajari ilmu agama secara tertib, tersusun, sepenuh masa, diambil dari guru-guru yang berkelayakan, dan dipelajari dari satu peringkat ke satu peringkat. Antara bidang dalam dakwah khas ini pula adalah segala hukum feqh yang terperinci, faraidh, usul feqh, tafsir dan sebagainya. Masyarakat yang ingin merujuk kepada perkara-perkara tersebut perlu merujuk kepada mereka yang ada kelayakan dalam dakwah khas tersebut.

    Beginilah yang diamalkan sejak zaman berzaman dari zaman sahabat hingga sekarang. Para sahabat Rasul sendiri bukan semuanya alim dan faqih. Hanya sebahagian mereka sahaja dijadikan rujukan dalam perkara-perakara feqh. Begitu juga zaman tabi'in dan ataba'uttabi'in. Tetapi apabila mula semua orang ingin memperkatakan tentang agama dengan terpeinci, maka bermulalah perkara bid'ah dan pecah belah di kalangan ummat Islam. Sejarah membuktikan perkara ini, dan perlulah kita mengambil iktibar darinya.

    Sebenarnya, semua orang boleh memperkatakan perihal agama tetapi dalam batasan yang ada. Kiasan mudah. Jika seorang itu demam, kita boleh katakan dia patut mengambil panadol. Tetapi jika sesorang itu menghidap sakit jantung, kita tak boleh membedah jantungnya berdasarkan kepada apa yang kita baca daripada buku-buku perubatan, walau banyak mana kelengkapan dan peralatan yang kita ada. Dia boleh katakan, rujuklah kepada pakar jantung yang ada.

    Begitu jugalah jika seorang jurutera, ditanya hukum solat dan cara solat, dia boleh menerangkannya. Tetapi jika ditanyakan dengan lebih terperinci, dia tidak boleh mengeluarkan hukum, walau banyak mana kitab feqh yang ada padanya. Dia boleh katakan, rujuklah kepada faqih yang ada.

    Seorang pakar Usul Feqh Mesir (yang juga pentahqiq kitab Tafsir Al-Qurtubi), Prof. Dr Ibrahim Hafnawi, pernah menyebutkan, antara sebab kemunduran ummat Islam hari ini adalah setiap orang Islam ingin memperkatakan tentang hukum hakam. Seorang mekanik jika tidak menyibukkan diri dalam hukum hakam, dan membiarkannya kepada ahlinya, lantas mempelajari dan meningkatkan keupayaannya dalam bidang mekanik tentu boleh memberi sumbangan kepada Islam. Seorang jurutera, jika dia memperdalamkan ilmu kejuruteraannya, tanpa perlu menyibukkan diri dalam hukum-hakam, tentu sekali boleh membantu kemajuan Islam. Malang sekali jika keupayaan kejuruteraan yang ada tidak digunakan sepenuhnya untuk kemajuan Islam dan ummatnya. Begitulah seterusnya bagi setiap komponen masyarakat.

    Seorang pengunjung memberitahu ana, terdapat seorang adik yang menulis blog lain, sangat terasa hati apabila ana sebutkan sebelum ini, tidak sepatutnya ilmu feqh dirujuk kepada seorang juruterbang atau seorang yang mempunyai BA dalam Bahasa Arab. Mungkin dia kurang memahami apa yang ana sebutkan, lalu mempersoalkan adakah hanya orang yang mempunyai ijazah agama sahaja boleh berkata tentang agama? Jawapannya secara ringkas, ana rasakan telah ana tulis di atas.

    Selain itu, ana tidak akan menghalang sesiapa jua untuk memperkatakan bab agama selagi mana dalam lingkungan skop yang dibenarkan dan juga tidak bercanggah dengan syariat dan keutamaannya. Tetapi, jika sesorang itu menulis perkara-perkara yang mengelirukan dan bercanggah dengan hakikat sebenar (contohnya bid'ah qunut, terawih 20 rakaat, maulid, solat sunnah sebelum solat jumaat dsb), maka ana terpaksa mengatakan bahawa apa yang ditulisnya adalah salah dan tidak boleh dibaca. Para pembaca atau pendengar amat dikhuatiri terpengaruh dengan pemikiran salah sebegini. Inilah bahayanya jika kita mengambil agama dari sebarangan orang tanpa mengkaji latar belakang dan fikrahnya.

    Sekarang ini terlalu banyak buku dan artikel yang ditulis tersebar di kalangan masyarakat. Ada yang benar-benar berkualiti, tetapi malangnya banyak yang mengelirukan masyarakat. Tambahan pula ditulis oleh yang bukan berkelayakan. Sedangkan mereka yang berkelayakan dalam bidang agama boleh dipersoalkan apa yang ditulis, inikan pula mereka yang tidak berkelayakan. Fikirkanlah.

    Kita juga sepakat bahawa kita tak boleh mengkritik ulamak. Tiada siapa akan mengatakan dia mengkritik ulamak. Tetapi tanpa kita sedari di dalam buku-buku sedemikian terlalu banyak mengkritik para ulamak, tanpa ilmu. Contohnya dikatakan bahawa Imam Syafie melakukan qias yang batil dan fasid, Imam Abu Hanifah membuat fatwa yang tidak logik dan sebagainya, di samping menulis kononnya para ulama' ada yang melakukan perbuatan yang bercanggah dengan sunnah. Ini hanyalah sedikit dari contoh kritikan terhadap ulamak tanpa ilmu yang cukup. Para pembaca kadang kala tidak menyedari perkara-perkara ini, mungkin kerana kejahilan sendiri, tidak perasan atau kerana ketaksuban.

    Sementara itu, banyak pembaca yang ghairah membaca dikaburi pula dengan hujah bahawa selagi mana apa yang dibawa berdasarkan Al-Quran dan Hadis maka kita boleh gunakan dan amalkan. Hujah yang mantap tetapi dimanipulasi oleh sebahagian pihak untuk menegakkan pendirian batil mereka. Tanyalah sesiapa jua, pasti mereka katakan mereka menggunakan Al-Quran dan Hadis. Tetapi pemahaman dan bentuk pengambilan dalil selalu berbeza, dan diambil secara salah dan tidak tepat oleh sebahagian pihak.

    Jika kita hanya mengatakan bahawa seorang penulis itu mempunyai pendapat yang benar, kerana beliau menggunakan Al-Quran dan Hadis yang sahih dalam penulisannya, kita sebenarnya masih keliru. Ini kerana pemahaman terhadap Al-Quran dan hadis bukan sekadar seperti mana yang kita nampak secara zahirnya, tetapi memerlukan terlalu banyak lagi ilmu sampingan lain. Para pembaca memang mudah dikaburi jika kita bawakan beberapa potong ayat, hadis dan kata-kata ulamak untuk menguatkan hujah kita, sedangkan hakikat sebenar jauh sekali. Malang sekali jika disesatkan walaupun menginginkan kebenaran.

    Bersambung, insyaAllah... Sila klik "Next Entry" di bawah untuk ke bahagian seterusnya.

    (Perlu ke rumah beberapa sahabat yang ingin pulang bercuti ke Malaysia, mengirim barang lantas wida' insyaAllah)

    Posted at 05:44 pm by aljoofre

    anNaQshY
    July 10, 2005   09:05 AM PDT
     
    Syed, adik tu mungkin terkena virus taksub, tak boleh ditegur sifunya, hanya sifunya yang diboleh pakai kalamnya, ulama-ulama mujtahid yang lain tak setaraf sifunya. Tak heran jika sifunya pernah menolak ijtihad ulama-ulama, dan adik tu angguk-angguk kepala sebab ketaksuban yang tinggi.

    Tak pa la, adik tu mungkin baru nak belajar masuk IPT, moga-moga satu hari nanti dia jumpa jalan hidayah. Kita hanya jalankan kerja.

    Mari kita fikir, siapa yang taksub sebenarnya? Siapa yang taklid buta sebenarnya?

    Jika ditegur sifunya melenting, sedih dan tak leh terima, bukan sekadar taksub, buta jalan hidayah.

    Jika sifunya kata qunut itu bid'ah, dia pun angguk-angguk, tu lebih teruk dari mereka yang taklid pada mazhab yang empat.

    Kawan-kawan, kalau orang yang mengaku rasul pun ada pengikut, yang telah nyata akan kesesatan, inikan pula orang yang mendabik dada lebih hebat dari ijtihad para ulama. Orang yang mendabik dada dikatakan sifunya lebih faham al Quran dan as Sunnah.

    Ummat akhir zaman, yang sedikitnya masuk syurga Allah, lebih faham al Quran dan as Sunnah, dari ulama-ulama mujtahid yang dekat dengan kurun Nabi SAW.

    Adik-adik, kembalilah pada Allah.

    waAllhua'lam.

    HaaJim
    March 30, 2006   12:55 PM PST
     
    Assalamualaikum,

    "....Agama tak boleh di buat main main. Agama satu tujuan,dari jalan yang gelap menuju jalan yang terang,dari dunia menuju akhirat..."

    Sekian.Wassalam.
    acol
    February 16, 2007   03:51 PM PST
     
    x salah utk menyampaikan dakwah cuma haruslah berhati-hati dgn perkara yg kurang difahami.Hendaklah rujuk kpd org yg berilmu ataupun ulama.Namun haruslah bersangka baik kpd org yg berdakwah,janganlah cepat melemparkan tuduhan bahawa seseorang itu sesat lagipun perselisihan antara orang yg berjihad di jalan Allah hanya akan membuka ruang kpd pihak yg berniat menjatuhkan agama islam...wasalam
    muqarrabin
    February 27, 2009   02:37 AM PST
     
    salam.

    Minta maaf, saya ada banyak persoalan di sini, mohon bantuan agar segalanya jelas.

    Jadinye, orang2 awam mcm saya ni tak perlu la risau2 pasal tanggungjawab dakwah ni? Maksud saya, buat dakwah am sajalah mcm mengajak kepada kebaikan dan mencegah mungkar? Kalau macam tu...saya nak tanya, berdosa x kita kalau x ajak org buat baik dan x tegur orang buat salah, sebabnya kita rasa diri kita belum cukup bagus utk buat mcm tu..tapi kita tunjuk contoh yang baik untuk diteladani? Adakah ni juga dikatakan dakwah? Kalau ya, dah terlepas ke tanggungjawab dakwah tu ke atas orang yg mcm ni? Lagi satu, kalau org bertanya hal2 agama kepada org mcm saya yg awam ni, boleh x saya diam je? Adakah termasuk dalam kategori orang yang menyembunyikan ilmu? Bukan nak sembunyi ilmu sebenarnya tanpa ilmu yang ada banyak melalui pembacaan je. Saya taknak memberi ilmu2 yg salah tambah2 hal2 agama ni. Mcamana tu? Last question, sia-sia je ke pembacaan saya selama ni, perlu dihentikan ke or kena wat mcamana? Sebab saya memang berada di kategori org yg sgt suka baca buku agama (tp yg basic2 saja, yg nipis2, murah dan bahasa yg mudah difahami oleh org awam)

    Mtk maaf skali lagi kalau ada perkataan yg salah. Mohon diperjelaskan. Semoga Allah memberkati usaha anda.
    aljoofre
    May 10, 2009   06:24 AM PDT
     
    Saudara Muqarrabin

    Setiap kita perlu bderdakwah. Tapi atas kapasiti diri. Jika kita mampu lakukan sejenis dakwah tapi kita tinggalkan maka berdosalah. Tapi umumkan skop dakwah itu ya. Bukan hanya sekadar bercakap. Hatta, mengundi dalam pilihanraya pun jadi dakwah juga.

    Persoalan agama yang tak dijawab kerana kurang yakin dgn ilmu yg ada, adalah suatu yang terpuji. Malah para ulamak dahulu lebih suka mengatakan Wallahu A'lam daripada menjawab persoalan. Lebih baik tidak menjawab daripada menjawab salah kan? Cumanya tunjukkan si penyoal kepada guru yang bertauliah.

    Membaca buku amat perlu. Cuma perlu dinilai buku yang dibaca. Sila rujuk blog baru ana di http://aljoofre.iluvislam.com Di sana ana ada satu entry berkenaan membaca buku, adakah dikira belajar dgn syaitan.

    Wallahu A'lam
    kembara
    March 22, 2010   06:36 PM PDT
     
    salam..

    penerangn yg amat bermanfaat..syukran..
    Alhamdulillah, masa kini ramai yg berminat mendalami agama, namun ada batasnya..
    Mungkin ini juga satu cabaran buat golongan agama, cuba sentiasa kreatif dlm penyampaian dn permasalahn umat. Letakkn diri di hdpn agar yg bukn ahli tdk mengambil alih peranan..sama2 kita
    bersatu dlm menegakkn kalamNya..slg melengkapi ntara satu sama lain..
    **ana pelajar baru belajar, harap dpt ditunjuk ajar**
    *menumpang pandangan yg pincang dr yg lebih arif*
    syukrn skali lg di atas artikel..
    wan
    June 22, 2011   03:42 AM PDT
     
    salam ustaz, apakah hukum berdakwah ustaz,fardu ain atau fardu kifayah?? apakah pandangan ustaz tentang jemaah tabligh ?? adakah cara berdakwah hanya seperti mereka sahaja?? ada seorang saudara saya mengatakan MESTI kluar (khuruj) dan ikut jemaah tabligh..dia kata hanya jalan mereka sahaja yang betul dan ikut sunnah…betulkah pernyataan dia?? harap ustaz dapat jelaskan sebab saya dalam kekeliruan..

    2.berdakwah atau menuntut ilmu lebih afdal??
     

    Leave a Comment:

    Name


    Homepage (optional)


    Comments




    Previous Entry Home Next Entry

    Google
     
    Web Aljoofre Meredah Usia

    Aljoofre Meredah Usia..

    Tiada hak cipta terpelihara. Sebarang unsur peniruan, pengedaran dan penerbitan dari web ini adalah dibenarkan untuk mengembangkan dakwah Islamiah. Allah s.w.t. sahajalah yang akan memberi ganjaran dan melindunginya.