Ahlan Wasahlan Wamarhaban

Syed Abdul Kadir Aljoofre,

Kuala Lumpur - Selangor - Singapura - Madinah Al-Munawwarah - Perlis - Kedah - Tanta - Kaherah.

Banyakkanlah berselawat ke atas kekasih kita Muhammad Sallallahu 'Alaihi Waalihi Wasallam..


Sila jaga tatatertib Syariah dalam tagboard di bawah. Ulasan bagi sesuatu topik dialu-alukan dikemukakan di bahagian ulasan topik tersebut, dan bukan di bahagian tagboard. Jazakumullah
   

<< July 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02
03 04 05 06 07 08 09
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
31

Sila klik di tarikh-tarikh di atas untuk melihat entry untuk hari tersebut.. Sila klik juga di bulan-bulan sebelum ini. Digalakkan juga mula membaca dari posting awal (1 Februari 2005) mengikut turutan. Di bawah ini pula sebahagian entry yang menjadi "hits" disusun mengikut tarikh


  • Catitan Pertama

  • Kasih Si Anak Kecil

  • Doa Akhir dan Awal Tahun - Haramkah Membacanya? (Bhgn. 1/2)

  • Meramal Hari Qiamat?

  • Tasua'

  • Cikgu Oh Cikgu!

  • Tuntutan Mencari Ilmu

  • Sabar (Bhgn. 1/2)

  • Sembelih Vs Zalim

  • Force Of Nature.. Konsert Amal

  • Kat sana, kat sini..

  • Siti Oh Siti!

  • Sambutan Maulid Nabi (Bhgn. 1/20)

  • Salam Dari Kota Singa

  • Saman Sambut Maulid

  • Qataluki Ya Iraq!

  • Maulid Melayu

  • Selawat, Bid'ah vs Pendidikan

  • Menghina Islam

  • As-Sayyid Muhammad Al-Maliki (Bhgn. 1/4)

  • Petir

  • Persoalan Membasuh atau Menyapu Kaki Ketika Wudhu' (1/2)

  • Nasihat Tak Wajib Dilaksanakan?

  • Tidak Ikhtilat Lebih Cemerlang

  • Sheikh Abdul Fattah Abu Ghuddah

  • Istiqamah

  • Korban Bom

  • Dakwah Umum Dan Khusus (Bhgn. 1/2)

  • Aminah Wadud dan Bid'ah Hasanah - Satu Manipulasi Kotor

  • Judi - Pak Lebai dan Datuk Datin

  • Astora Dan Pembaca

  • Ekstrimiskah Mereka?

  • AP Hadhari

  • Permulaan Hidayah

  • Da'ie dan Da'iah

  • Niat Menuntut Ilmu

  • Eulogy (1)

  • Eulogy (2)

  • Surat Imam Abdullah Alhaddad (1/2)

  • Nisfu Sya'ban Datang Lagi

  • Waktu-waktu Penting

  • Puasa dan Raya - Malaysia Vs Mesir

  • Maulid Condi Rice di Arab Saudi

  • Sucikah Kita?

  • Wahhabi Oh Wahhabi

  • Pengenalan Ringkas Mazhab Syafie (1/5)

  • Pening juga tak mau bermazhab ya?

  • Doa Akhir dan Awal Tahun

  • Solat Jumaat - Sedikit Koreksi

  • Cemburu

  • Tiga Golongan

  • Futur

  • Bulan Istighfar

  • Al-Habib Abdullah Assyatri

  • Pemberian Tidak Setara Antara Anak-anak


    Sesungguhnya Ulama' itu adalah waris para Nabi

    Pautan ke para da'ie dan ulamak:

  • Habib Omar Benhafidz

  • Habib Ali Aljufri

  • Dr Mohd Saied Ramadhan Albouti

  • Dr Wahbah Azzuhayli

  • As-Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah (Rahimahullah)


    Pro-Tajdid Segar


    Pengunjung Sejak 1 Februari 2005:

    Isi Buku Tamu 

     

    YM Aljoofre




    Klik di Iklan di bawah (Anda tidak dikenakan apa-apa bayaran)


    Klik butang "Contact Me" di bawah untuk menghantar email kepada ana

  • If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed




    Monday, July 11, 2005
    Aminah Wadud dan Bid'ah Hasanah - Satu Manipulasi Kotor

    Di sebalik keghairahan mengkritik orang lain dan menegakkan pendirian sendiri, kadang kala seorang yang bertaraf PhD pun boleh membuat kesilapan mudah dengan hujah yang terlalu dangkal, yang diketawakan sahaja oleh pihak satu lagi. Namun begitu, malang sekali ada juga pihak tertentu yang turut termakan dengan hujah dangkal lagi tak berasas sedemikian. Media yang ada digunakan sepenuhnya untuk menyebarkan fahaman mereka walaupun lari dari hakikat sebenar.

    Apa yang ana maksudkan di sini adalah apabila ada pihak tertentu yang menyamakan perbuatan Aminah Wadud (yang diketahui semua) dengan Bid'ah Hasanah. Suatu manipulasi kotor yang dilakukan jelas untuk menegakkan pendirian sendiri dan mengkritik sesiapa jua (termasuk ribuan ulamak) yang menamakan sebahagian perkara sebagai bid'ah hasanah. Menangguk di air yang keruh. Itulah kenyataan yang tepat bagi menggambarkan pihak-pihak yang menulis artikel bagi menyamakan kedua perkara tersebut.

    Amatlah buruk perbuatan seseorang yang mengetahui hakikat sesuatu perkara, tetapi demi menjayakan aspirasinya, menggunakan apa jua cara, walaupun salah. Amatlah tidak ilmiah apabila menyembunyikan hakikat sebenar dalam memanipulasi dan memutarbelit keadaan untuk menegakkan pendapat sendiri. Sedangkan perkara itu ana yakin pihak-pihak berkenaan juga mengetahui.

    Isu Aminah Wadud yang mengimamkan solat bercampur aduk antara lelaki dan perempuan, merupakan satu isu yang rata-rata ummat Islam di Malaysia tidak bersetuju. Hatta anak angkat Aminah Wadud, Sisters in Islam, menikus apabila menerima berita tersebut. Majoriti ummat Islam Malaysia menolak sekeras-kerasnya apa yang dilakukan oleh Aminah Wadud tersebut. Dalam keadaan ini rupanya ada pihak yang dengan tidak ilmiah, cuba mengambil kesempatan lantas menyamakan apa yang tidak dipersetujuinya dengan apa yang dilakukan oleh Aminah Wadud. Niat amat jelas. Untuk menarik pandangan masyarakat bahawa apa yang tidak dipersetujuinya tersebut adalah sama dengan perbuatan Aminah Wadud yang tidak dipersetujui semua, lantas menarik sokongan umum.

    Tetapi dalam keghairahan mereka, rupanya terjelas betapa dangkalnya hujah mereka. Betapa mereka tiada hujah sehingga terpaksa menggunakan isu seperti Aminah Wadud untuk menarik perhatian umum. Baiklah sekarang kita lihat apa yang sebenarnya berlaku dan hakikat keadaan yang diputarbelitkan, berdasarkan 3 situasi berikut:

    Situasi A: Aminah Wadud dalam beriktikad kebenaran pendapatnya mengatakan bahawa dia berpegang dengan hadis Nabi yang ada membenarkan seorang sahabiah mengimami solat di rumahnya. Kesalahannya yang nyata adalah mengumumkan perkara tersebut kepada imam di masjid, dan bercampur aduk lelaki dan perempuan. Walaupun ia bercanggah dengan apa yang dikatakan oleh ulamak tentang pengharaman percampuran lelaki dan perempuan, dan berkenaan imam Solat Jumaat mestilah seorang lelaki.

    Situasi B: Bid'ah hasanah adalah suatu urusan agama yang baru, yang tidak bercanggah dengan Al-Quran, Sunnah, Ijmak atau atsar (seperti yang disebutkan oleh Imam Syafie). Bukan seperti yang ditohmah, kononnya bid'ah hasanah adalah sesuatu perkara baru, tak kira bagaimana keadaannya asalkan yang berniat baik. Perhatikan manipulasi kotor ini. Tidak ada kita jumpa kalam ulamak yang mentakrifkan bid'ah hasanah sedemikian rupa. Yang ada hanyalah putar belit mereka yang ingin menyelewengkan fakta.

    Situasi C: Pihak yang mengatakan bahawa jika seorang menemui sebuah hadis yang sohih (di sisi mereka) maka wajib diamalkan tanpa ragu, walaupun ia bercanggah dengan apa yang diperkatakan oleh ulamak. Mereka katakan buanglah kata-kata ulamak dan ambilllah hadis sohih tersebut. Pemahaman terhadap hadis tersebut pula mestilah kepada ulamak yang mereka setujui sahaja.

    Jika kita perhatikan dengan akal yang waras, sebenarnya situasi A adalah lebih hampir kepada situasi C daripada situasi B. Aminah Wadud beranggapan hadis yang dipegangnya adalah hadis yang sohih (di sisinya).  Ia memang bercanggah dengan kata-kata ulamak zaman berzaman, tetapi bukankah kita harus mencampak kata-kata ulamak jika hadis sohih kita temui?

    Situasi B pula meminta kita melihat dengan ilmu feqh yang jitu, adakah sesuatu perkara boleh dikategorikan sebagai bid'ah hasanah atau tidak. Situasi Aminah Wadud jelas tidak boleh dikira sebagai bid'ah hasanah, kerana ia bercanggah bukan sahaja dengan atsar dari para ulamak, tetapi dengan ijmak mereka. Ijmak ulamak jelas pada hukum percampuran lelaki dan perempuan tanpa had batasan. Bukankah kita melihat Aminah Wadud mencampur adukkan jamaahnya antara lelaki dan perempuan? Jadi mana mungkin kita katakan ia bid'ah hasanah (mengikut mana2 takrifan ulamak), hanya bersandarkan niat baik. Hanya orang yang sengaja menutup mata dari kebenaran sahaja yang akan cuba mengatakan sedemikian. Mereka yang memahami hanya akan mengatakannya sebagai bid'ah sayyi'ah atau muharramah.

    Maka jelaslah di sini bahawa situasi Aminah Wadud sedikit pun tidak boleh dikiaskan kepada bid'ah hasanah. Kedua-duanya adalah jelas bercanggah dan berlawanan. Sebenarnya ia lebih patut dikaitkan dengan mereka yang ingin berpandukan hanya kepada hadis dalam mengeluarkan hukum dan mentarjih sendiri pendapat para fuqaha'. Ia juga menjelaskan kepada kita perancangan mereka yang ingin memasukkan isu sebegini ke dalam masyarakat dan mengkritik sesiapa yang bercanggah pendapat dengan mereka, walau dengan apa jua cara, walaupun salah dan tidak ilmiah.

    Insaflah wahai semua yang inginkan kebenaran, dari mereka yang memutarbelitkan fakta untuk meraih pengaruh. Insaflah wahai para 'pakar' yang ingin menegakkan benang basah dan pendirian sendiri serta menyalahkan orang lain, hingga memutarbelit fakta dan suasana. Insaflah kita semua dari berkata atau menulis sesuatu yang kita tidak ketahui, atau kita ketahui bercanggah dengan kebenaran. Semoga Allah menyelamatkan kita semua dari bara perpecahan dan api pertelingkahan tanpa henti, yang dinyalakan oleh tangan-tangan muslimin sendiri. Semoga Allah memberi hidayah dan taufiq-Nya kepada kita semua.


    Posted at 05:42 pm by aljoofre

    Martyr
    July 15, 2005   05:01 PM PDT
     
    erm... ada jugak terbaca isu ini di yahoogroups. Pakar hadith katanya...
    aljoofre
    July 15, 2005   09:22 PM PDT
     
    nailofar: Apabila feqh awlawiyat tidak difahami, maka bercakaranlah sesama sendiri. Inilah yang ana sebutkan dalam entry ana sebelum ini, bom buatan musuh yg dilemparkan menggunakan tangan muslimin sendiri.

    Martyr: Bagaimana mungkin menjadi pakar hadis jika hanya mengkaji sendiri, dan tidak mempunyai sanad langsung dalam hadis. BA pula dalam Bahasa Arab. Setakat membuat satu kajian utk mendapatkan title PhD tidak patut terus digelar pakar hadis. Gelaran tersebut amat mulia untuk dicemarkan dengan mudah.
    BinAgeel
    April 15, 2006   11:25 AM PDT
     
    al-Joofre: bagaimana mungkin kita mempertikaikan kebolehan seseorang di dalam ilmu hadith berdasarkan kelulusan BAnya bukan di dalam bidang hadith?

    bukan bermaksud untuk mendukung dan memihak ahli agama yang dimaksudkan ini, tetapi penyandaran hujjah untuk mengkritik perlulah dengan pendekatan yang lebih sesuai dan bukan melalui perkara yang remeh sehinggakan boleh ditertawakan oleh orang lain.

    saudara lepasan al-Azhar, Mesir dan al-Azhar cukup sinonim dengan al-Imam al-Sayyid al-Sheikh al-Sya'rawi rhm, beliau amat terkenal di dalam kepakarannya di dalam bidang tafsir al-Quran, sedangkan beliau berkelulusan BA di dalam bahasa Arab dari al-Azhar.
    Aljoofre
    April 18, 2006   05:35 PM PDT
     
    ahlan ya benaqeel.

    Pertamanya, mungkin saudara memberi komen untuk posting ana yg lain tetapi tersilap tempat di sini.

    Ana tidak mempertikaikan hanya kerana lulusannya. Tetapi lulusan itu sekadar satu guideline untuk kita mengetahui kepakaran seseorang lebih terjurus kepada bidang apa. Bukan menafikan kemungkinan lain akan kemahiran individu.

    Syaikh Muhammad As-Sya'rawi berguru dengan guru2 tafsir yg begitu banyak di dalam hayatnya. Selain itu beliau juga mempunyai kepakaran dalam Bahasa Arab yang mengindahkan lagi tafsiran Al-Qurannya. Jika kita perhatikan tafsirannya banyak sekali disebutkan keindahan bahasa Al-Quran itu sendiri. Jadi ini tak sama sekali bercanggah dengan pengkhususannya.

    Ana juga tidak mengkritik individu hanya kerana lulusannya. Akan tetapi ana mengkritik apa yg ditulis dan apa yg dikatakannya (contoh paling jelas dalam isu Aminah Wadud ini). Kemudiannya perlu dikaitkan sekali sebab utama mengapa kesilapan itu terjadi, agar dijauhkan oleh kita semua, sebagai nasihat untuk diri ana dan semua pembaca.

    kalau ada mana2 posting ana yg saudara rasakan tidak tepat, sila jelaskan di posting tersebut, insyaAllah ana jelaskan, dan jika memang benar ana salah, ana akan menarikbalik, insyaAllah. Tiada yg Maha Sempurna selain Allah Ta'ala.
    Aman Al-Haddad
    September 5, 2006   07:05 PM PDT
     
    Assalammualaikum Abdul Kadir, boleh tak ente bagi hadis/fatwa/laman web yang menggalakkan nisfu syaban.... Tolong Ana Habib... Syukran...AMAN KL.
    sar_upm@yahoo.com
    Adie
    May 10, 2007   09:37 AM PDT
     
    Tak patut langsung untuk sesiapa pun terfikir bahawa perbuatan aminah itu bid'ah hasanah... jelas sekali ianya bid'ah dalalah. Tak perlu rujuk kepada ulama besar untuk dapat pandangan..Orang awam pun tahu ianya ajaran sesat.
     

    Leave a Comment:

    Name


    Homepage (optional)


    Comments




    Previous Entry Home Next Entry

    Google
     
    Web Aljoofre Meredah Usia

    Aljoofre Meredah Usia..

    Tiada hak cipta terpelihara. Sebarang unsur peniruan, pengedaran dan penerbitan dari web ini adalah dibenarkan untuk mengembangkan dakwah Islamiah. Allah s.w.t. sahajalah yang akan memberi ganjaran dan melindunginya.