Ahlan Wasahlan Wamarhaban

Syed Abdul Kadir Aljoofre,

Kuala Lumpur - Selangor - Singapura - Madinah Al-Munawwarah - Perlis - Kedah - Tanta - Kaherah.

Banyakkanlah berselawat ke atas kekasih kita Muhammad Sallallahu 'Alaihi Waalihi Wasallam..


Sila jaga tatatertib Syariah dalam tagboard di bawah. Ulasan bagi sesuatu topik dialu-alukan dikemukakan di bahagian ulasan topik tersebut, dan bukan di bahagian tagboard. Jazakumullah
   

<< July 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02
03 04 05 06 07 08 09
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
31

Sila klik di tarikh-tarikh di atas untuk melihat entry untuk hari tersebut.. Sila klik juga di bulan-bulan sebelum ini. Digalakkan juga mula membaca dari posting awal (1 Februari 2005) mengikut turutan. Di bawah ini pula sebahagian entry yang menjadi "hits" disusun mengikut tarikh


  • Catitan Pertama

  • Kasih Si Anak Kecil

  • Doa Akhir dan Awal Tahun - Haramkah Membacanya? (Bhgn. 1/2)

  • Meramal Hari Qiamat?

  • Tasua'

  • Cikgu Oh Cikgu!

  • Tuntutan Mencari Ilmu

  • Sabar (Bhgn. 1/2)

  • Sembelih Vs Zalim

  • Force Of Nature.. Konsert Amal

  • Kat sana, kat sini..

  • Siti Oh Siti!

  • Sambutan Maulid Nabi (Bhgn. 1/20)

  • Salam Dari Kota Singa

  • Saman Sambut Maulid

  • Qataluki Ya Iraq!

  • Maulid Melayu

  • Selawat, Bid'ah vs Pendidikan

  • Menghina Islam

  • As-Sayyid Muhammad Al-Maliki (Bhgn. 1/4)

  • Petir

  • Persoalan Membasuh atau Menyapu Kaki Ketika Wudhu' (1/2)

  • Nasihat Tak Wajib Dilaksanakan?

  • Tidak Ikhtilat Lebih Cemerlang

  • Sheikh Abdul Fattah Abu Ghuddah

  • Istiqamah

  • Korban Bom

  • Dakwah Umum Dan Khusus (Bhgn. 1/2)

  • Aminah Wadud dan Bid'ah Hasanah - Satu Manipulasi Kotor

  • Judi - Pak Lebai dan Datuk Datin

  • Astora Dan Pembaca

  • Ekstrimiskah Mereka?

  • AP Hadhari

  • Permulaan Hidayah

  • Da'ie dan Da'iah

  • Niat Menuntut Ilmu

  • Eulogy (1)

  • Eulogy (2)

  • Surat Imam Abdullah Alhaddad (1/2)

  • Nisfu Sya'ban Datang Lagi

  • Waktu-waktu Penting

  • Puasa dan Raya - Malaysia Vs Mesir

  • Maulid Condi Rice di Arab Saudi

  • Sucikah Kita?

  • Wahhabi Oh Wahhabi

  • Pengenalan Ringkas Mazhab Syafie (1/5)

  • Pening juga tak mau bermazhab ya?

  • Doa Akhir dan Awal Tahun

  • Solat Jumaat - Sedikit Koreksi

  • Cemburu

  • Tiga Golongan

  • Futur

  • Bulan Istighfar

  • Al-Habib Abdullah Assyatri

  • Pemberian Tidak Setara Antara Anak-anak


    Sesungguhnya Ulama' itu adalah waris para Nabi

    Pautan ke para da'ie dan ulamak:

  • Habib Omar Benhafidz

  • Habib Ali Aljufri

  • Dr Mohd Saied Ramadhan Albouti

  • Dr Wahbah Azzuhayli

  • As-Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah (Rahimahullah)


    Pro-Tajdid Segar


    Pengunjung Sejak 1 Februari 2005:

    Isi Buku Tamu 

     

    YM Aljoofre




    Klik di Iklan di bawah (Anda tidak dikenakan apa-apa bayaran)


    Klik butang "Contact Me" di bawah untuk menghantar email kepada ana

  • If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed




    Tuesday, July 19, 2005
    Astora dan Pembaca

    Saban hari sidang pembaca dan sahabat-sahabat meminta ana mengulas pelbagai isu yang timbul hari ini. Beberapa isu ana rasakan semua pihak sudah mengetahui dan bukanlah menjadi keutamaan bagi ana untuk mengulas. Namun begitu, kadang kala ada sesetengah pihak memang teramat suka menimbulkan kontroversi dalam masyarakat, seolah-olah mengundang kritikan pihak lain, sekaligus menjadikannya popular. Di dalam pepatah arab pun ada berbunyi, berlainanlah dari orang lain, nescaya engkau akan dikenali.

    Terima kasih kepada para pembaca sekalian, yang begitu perihatin kepada isu-isu yang melibatkan kesucian agama kita dan kemurnian pegangan kita zaman berzaman, mencurahkan idea demi idea untuk diulas. Walaupun begitu, tentu sekali tidak semua isu yang ana mampu atau mahu ulas, bergantung kepada kemampuan dan penelitian ana terhadap isu tersebut. Apapun jua, terima kasih.
     
    Antara isu yang diminta oleh ramai sekali para pembaca pada ana baru-baru ini ialah, isu Astora Jabat yang menimbulkan isu kemaksuman Nabi dan kesempurnaan penyampaian risalah oleh Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam. Astora seperti biasa, akan menimbulkan isu-isu sebegini ke dalam masyarakat dan mengundang dirinya dikritik oleh semua pihak. Ana tidak suka menambahkan lagi bilangan mereka yang bertelagah dengannya, kerana memikirkan nasihat Imam Ghazali dalam menangani golongan yang degil dan tidak mahu dinasihati.

    Selain itu, ana rasakan rata-rata ummat Islam di Malaysia tidak bersetuju dan sukar menerima pandangan-pandangannya yang kontroversi. Oleh yang demikian, keutamaan ana bukanlah pada menjawab isu-isu tersebut, kerana anjing yang menyalak bukit takkan berupaya sedikit pun meruntuhkan bukit tersebut.

    Namun begitu, hak bagi yang bertanya sesuatu soalan adalah diberikan jawapan. Maka bagi menunaikan hak mereka, pertamanya ana katakan, jangan sekali-kali menjadikan orang seperti Astora dan mereka yang tak belajar ilmu-ilmu agama secara tertib dan ilmiah, sebagai rujukan ilmu agama kita. Jadikan penulisan mereka tidak bernilai dan seolah-olah mereka hanyalah "syok sendiri". Mereka akan berhenti menulis jika tiada lagi orang yang menghiraukan tulisan mereka, yang hanya dibakulsampahkan.

    Metod penulisan Astora atau metod penulis lain yang mempersoalkan perkara-perkara yang dikatakan bid'ah dalam masyarakat dan lain-lain, adalah lebih kurang sama. Mengapa ana katakan demikian? Kerana mereka menimbulkan isu-isu kontroversi dengan membawa nas Al-Quran dan Sunnah yang sahih serta pendapat ulamak, tetapi meninggalkan pendapat ulamak lain dengan harapan, masyarakat mengenali lantas mengikuti pendapat dan pendirian mereka. Persamaan ini jelas zaman berzaman, dan bukan hanya timbul di zaman kita ini sahaja. Semoga Allah menjauhkan kita dari golongan sedemikian.

    Seterusnya ana katakan, kemaksuman Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam merupakan satu perkara yang menjadi kata sepakat seluruh Ahli Sunnah Waljamaah. Tiada seorang mukmin yang beriman boleh mengatakan bahawa Rasulullah tidak maksum. Sejauh mana kemaksuman tersebut tentu sekali diperselisihkan. Dan kita memilih bahawa Rasulullah tidak akan tersilap dalam perkara aqidah dan wahyu. Namun baginda tidak lari dari melakukan kesilapan pada perkara-perkara kecil, yang akan diperbetulkan oleh Allah secara langsung dan segera. Inilah kemaksuman baginda. Selain itu, baginda juga adalah insan kamil, yang tidak mungkin lidah mampu mengungkapkan kesemua keistimewaan dan kemuliaan baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

    Kesempurnaan risalah Islam oleh Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam juga telah menjadi kesepakatan ulamak. Al-Quran secara jelas telah menyatakan perkara ini. Selain itu kaedah juga ada mengatakan mustahil Allah Ta'ala mempertanggungjawabkan sesuatu ke atas kita, tanpa kita mampu atau mempunyai cara untuk mengetahui tanggungjawab tersebut. Maha Suci Allah dari perkara tersebut.

    Namun begitu, tentu sekali bukan semua perkara telah dilakukan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Al-Quran dan Sunnah memberikan kita petunjuk atau 'guideline' secara umum dan sebahagiannya secara terperinci. Apa yang ditunjukkan secara umum pula, telah diperincikan atau diberikan kaedah-kaedah oleh ulamak terdahulu. Kita di zaman ini pula memahami dan mempraktikkan Al-Quran dan Sunnah berdasarkan huraian dan penerangan yang diberikan oleh para ulamak ini.

    Apa yang menyebabkan percakaran dan pertelingkahan kita hari ini umumnya adalah apabila kita enggan mengikuti lagi manhaj Islam ini, dan ingin terus menafsirkan nas-nas yang ada, mengikut pemahaman dan penafsiran kita sendiri, berdasarkan penilitian kita yang lemah ini, terhadap pendapat-pendapat para ulamak terdahulu. Pentarjihan yang dilakukan oleh Astora atau Asri atau siapa jua namanya sekalipun, tidak akan mampu menandingi kehebatan pentarjihan yang dilakukan oleh Imam Nawawi, Ibn Hajar dan lain-lain.

    Sekali lagi blog ini menasihatkan para pembaca agar berhati-hati dalam urusan sumber ilmu agama kita. Jangan sekali-kali mudah terperangkap dan terpedaya dengan penulisan-penulisan yang tersebar luas hari ini di internet, akhbar dan majalah, yang telah lari dari manhaj yang disebutkan di atas. Urusan agama merupakan suatu perkara yang serius yang tidak boleh kita ambil dari sebarangan pihak. Semoga Allah memberi kemudahan kepada mereka yang benar-benar ikhlas mencari ilmu-Nya hanya semata-mata mengharapkan keredhaan-Nya, dan menggolongkan kita agar termasuk di dalamnya. Amiin...

    Posted at 11:31 pm by aljoofre

    astora_jabat
    September 13, 2005   04:45 PM PDT
     
    astora jabat adalah seorang yang suka memutarbelitkan ttg islam
     

    Leave a Comment:

    Name


    Homepage (optional)


    Comments




    Previous Entry Home Next Entry

    Google
     
    Web Aljoofre Meredah Usia

    Aljoofre Meredah Usia..

    Tiada hak cipta terpelihara. Sebarang unsur peniruan, pengedaran dan penerbitan dari web ini adalah dibenarkan untuk mengembangkan dakwah Islamiah. Allah s.w.t. sahajalah yang akan memberi ganjaran dan melindunginya.