Adapun diceriterakan oleh pihak tertentu, seorang kaki judi dan laga ayam serta lembu, menetap di suatu tempat di timur Darul Hadhari. Kita namakan sahaja dia AP. Dia menuntut ilmu kebatinan dari seorang yang digelar pula Hasan AR. Setelah itu, AP mula mengumpul pula pengaruh (sambil mengumpul isteri dan wang, tetapi tidak mengumpul AP dari MITI walaupun namanya digelar AP). Tambahan pula dia mendapat pewarisan pengaruh (dan wang tentunya) dari Hasan AR.
Selepas mendapat pengaruh dan wang, dengan kepandaian berkata-kata dan memikat orang ramai, maka ditubuhkannyalah sebuah kerajaan. Kerajaan ini bukan calang-calang kerajaan. Kerajaan yang tak pernah pula ditubuhkan di mana-mana ceruk dunia sekali pun. Kerajaannya dinamakan kerajaan langit, untuk menyelesaikan segala masalah di dunia ini, katanya.
Maka berduyun-duyunlah orang yang terpengaruh dengan "kecerdikannya" untuk menyelamatkan bumi. Dia juga cerdik, kerana dia mengetahui, walaupun ajarannya sesat seribu kali sesat, namun takkan ada apa-apa tindakan ke atasnya, selagi tidak dianggap mengancam 'keselamatan negara'. Maklum sahajalah, dia tinggal di Darul Hadhari, yang mana mengancam agama tidak dianggap satu kesalahan besar seperti mengancam negara. Paling banyak pun, dipenjara beberapa tahun, cukuplah. Yang penting jangan mengancam kerajaan Hadhari ini.
Dirasakan dirinya hero segala agama, sedangkan tanpa disedarinya, semua agama tidak menerimanya. Malahan akhirnya, setelah puas mengumpul harta dan pengikut, rupanya dia tersalah langkah. Kerana mempercayai kerajaan takkan mengambil tindakan padanya, dia terlupa, bahawa apa yang diharapkan hanyalah bantuan manusia biasa, yang bisa berbolak-bolak hatinya. Tambahan pula, pihak kerajaan terpaksa pula menutup isu-isu tertentu (khabarnya rakyat ingin bangun, kerana masjid diruntuhkan di Darul Hadhari tersebut, serta kerana menteri Islam berjudi jutaan ringgit).
Sudahnya, dia diburu sehingga terpaksa bersembunyi di ceruk hutan. Anak-anak kecil terbiar tanpa jagaan. Pengikutnya semua ditangkap dan diburu merata Itu baru balasan di dunia. Di akhirat, agak-agak apa balasan bagi orang yang mengaku sekutu Allah dan menyeru pula manusia kepadanya?
Apa yang kita sedihkan sangat adalah, walaupun tempat tersebut digelar Hadhari (bunyi Arab eh), namun rupanya ummat Islam di sana, banyak yang masih jahil, tanpa pedoman, dan mudah ditipu dan dimainkan oleh seorang pelaga ayam. Dalam masa yang sama, pemimpinnya sibuk dengan agenda masing-masing. Pakar-pakar dalam bidang lain pula berhempas pulas nak berkata-kata hukum feqh mengikut pemahaman sendiri dan manhaj masing-masing. Remaja (dan kadang kala bapak remaja pun sama) digilakan dengan AF (tak sama dengan AP tapi bahayanya begitu dasyat). Para ulamak hingga hilang suara berceramah dan mengajar, namun ditinggal sepi oleh masyarakat. Kononnya tidak relevan atau tidak menepati manhaj yang sebenar. Sudahnya AP dan yang seangkatan dengannya tersebar melata di Tanah Melayu Darul Hadhari.
Posted at 04:45 pm by aljoofre
 |  |  |
saya July 30, 2005 07:06 PM PDT
ingatkan AP tu ayah pin hehehe |
 |

 |  |  |
Aljoofre July 31, 2005 06:32 PM PDT
AP = Approved Permit
AP = Ayah Pin
Persamaan
1) Dua-dua mengaut keuntungan dengan jalan salah.
2) Baru diambil tindakan oleh kerajaan, sedangkan telah lama bersalah |
 |

 |  |  |
Yusoff August 1, 2005 04:00 AM PDT
AP (approved permit) tu tidak salah, melonggokkan kepada hanya individu yg tidak layak itu yg salah...wallahualam. |
 |

 |  |  |
Aljoofre August 1, 2005 07:54 AM PDT
Yusuf: Itulah maksud ana.. :-) AP tujuannya baik, tapi bila disalahguna, maka rosak tujuannya. |
 |

 |  |  |
lisa August 4, 2005 04:12 AM PDT
la ni lebih banyak haram dari halal, patut la darul hadhari tak aman tenteram, contoh tauladan dari kepimpinan yang pincang ibarat ketam mengajar anak berjalan...where got road? sisters in islam menjadi dalang, menyanggah segala hukum hakam, Ayah Pin dapat pembelaan....dunia semakin zalim, umat semakin keliru...ulamak dikecam, pencanang maksiat pula yang dimartabatkan. Depa ni tak takut Tuhan gamaknya, masih hanyut dibuai mimpi indah dunia fantasia!!! |
 |