Ahlan Wasahlan Wamarhaban

Syed Abdul Kadir Aljoofre,

Kuala Lumpur - Selangor - Singapura - Madinah Al-Munawwarah - Perlis - Kedah - Tanta - Kaherah.

Banyakkanlah berselawat ke atas kekasih kita Muhammad Sallallahu 'Alaihi Waalihi Wasallam..


Sila jaga tatatertib Syariah dalam tagboard di bawah. Ulasan bagi sesuatu topik dialu-alukan dikemukakan di bahagian ulasan topik tersebut, dan bukan di bahagian tagboard. Jazakumullah
   

<< August 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05 06
07 08 09 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31

Sila klik di tarikh-tarikh di atas untuk melihat entry untuk hari tersebut.. Sila klik juga di bulan-bulan sebelum ini. Digalakkan juga mula membaca dari posting awal (1 Februari 2005) mengikut turutan. Di bawah ini pula sebahagian entry yang menjadi "hits" disusun mengikut tarikh


  • Catitan Pertama

  • Kasih Si Anak Kecil

  • Doa Akhir dan Awal Tahun - Haramkah Membacanya? (Bhgn. 1/2)

  • Meramal Hari Qiamat?

  • Tasua'

  • Cikgu Oh Cikgu!

  • Tuntutan Mencari Ilmu

  • Sabar (Bhgn. 1/2)

  • Sembelih Vs Zalim

  • Force Of Nature.. Konsert Amal

  • Kat sana, kat sini..

  • Siti Oh Siti!

  • Sambutan Maulid Nabi (Bhgn. 1/20)

  • Salam Dari Kota Singa

  • Saman Sambut Maulid

  • Qataluki Ya Iraq!

  • Maulid Melayu

  • Selawat, Bid'ah vs Pendidikan

  • Menghina Islam

  • As-Sayyid Muhammad Al-Maliki (Bhgn. 1/4)

  • Petir

  • Persoalan Membasuh atau Menyapu Kaki Ketika Wudhu' (1/2)

  • Nasihat Tak Wajib Dilaksanakan?

  • Tidak Ikhtilat Lebih Cemerlang

  • Sheikh Abdul Fattah Abu Ghuddah

  • Istiqamah

  • Korban Bom

  • Dakwah Umum Dan Khusus (Bhgn. 1/2)

  • Aminah Wadud dan Bid'ah Hasanah - Satu Manipulasi Kotor

  • Judi - Pak Lebai dan Datuk Datin

  • Astora Dan Pembaca

  • Ekstrimiskah Mereka?

  • AP Hadhari

  • Permulaan Hidayah

  • Da'ie dan Da'iah

  • Niat Menuntut Ilmu

  • Eulogy (1)

  • Eulogy (2)

  • Surat Imam Abdullah Alhaddad (1/2)

  • Nisfu Sya'ban Datang Lagi

  • Waktu-waktu Penting

  • Puasa dan Raya - Malaysia Vs Mesir

  • Maulid Condi Rice di Arab Saudi

  • Sucikah Kita?

  • Wahhabi Oh Wahhabi

  • Pengenalan Ringkas Mazhab Syafie (1/5)

  • Pening juga tak mau bermazhab ya?

  • Doa Akhir dan Awal Tahun

  • Solat Jumaat - Sedikit Koreksi

  • Cemburu

  • Tiga Golongan

  • Futur

  • Bulan Istighfar

  • Al-Habib Abdullah Assyatri

  • Pemberian Tidak Setara Antara Anak-anak


    Sesungguhnya Ulama' itu adalah waris para Nabi

    Pautan ke para da'ie dan ulamak:

  • Habib Omar Benhafidz

  • Habib Ali Aljufri

  • Dr Mohd Saied Ramadhan Albouti

  • Dr Wahbah Azzuhayli

  • As-Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah (Rahimahullah)


    Pro-Tajdid Segar


    Pengunjung Sejak 1 Februari 2005:

    Isi Buku Tamu 

     

    YM Aljoofre




    Klik di Iklan di bawah (Anda tidak dikenakan apa-apa bayaran)


    Klik butang "Contact Me" di bawah untuk menghantar email kepada ana

  • If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed




    Tuesday, August 09, 2005
    Da'ie dan Da'iah

    Semalam kita menerima satu lagi berita sedih di alam dakwah. Sheikh Ahmed Hoosen Deedat pula kini kembali ke rahmatullah, dalam usia 87 tahun, setelah mewaqafkan dirinya untuk amal dakwah kepada Islam (Baca berita penuh dari laman rasminya IPCI atau di laman Islam Online). Khamis lalu Zainab Al-Ghazali lebih awal pulang ke rahmatullah setelah menghabiskan usianya dalam gerakan dakwah muslimat.

    Dua ikon daie dan daiah Islam yang boleh dicontohi dan amat besar jasa kepada Islam. Alhamdulillah, Dr. Zakir Naik (juga berasal dari India) telah dapat mengambil faedah dari Syeikh Ahmed Deedat, dan kini seolah-olah menggantikan beliau dalam dunia dakwah. Kita harapkan ramai daie dan daiah di Malaysia dapat mengikuti jejak langkah beliau. Perkara ini tambah perlu memikirkan betapa agama-agama lain, terutamanya Kristian dan Hindu, cukup kuat menyebarkan dakyah agama mereka dan segala usaha dalam memurtadkan ummat Islam Malaysia.

    Tak Faham atau Malas Faham?

    Ada pengunjung yang masih kurang memahami apa yang ana maksudkan dalam tulisan ana bertajuk Dakwah Umum dan Khusus (atau malas membacanya?). Selain itu kerana tidak memahami, ada juga yang mungkin mempersoalkan tulisan ana, dan membandingkannya dengan kejayaan Syeikh Ahmed Deedat (serta Dr. Zakir Naik) yang tidak mempunyai pelajaran agama secara formal.

    Sebenarnya kejayaan Syeikh Ahmed Deedat dan tulisan ana tersebut, tidak sama sekali berkontradik satu sama lain. Lihat dengan teliti apakah bidang dakwah yang dilakukan oleh Syeikh Ahmed Deedat. Adakah beliau suka membahaskan ilmu feqh dan khilafiah atau beliau membahaskan bible? Malah sesetengah pendapat mengatakan beliau lebih merupakan seorang alim yang mahir berkenaan bible dari alim ilmu-ilmu Islam sendiri. Dan beliau memberi dakwah dalam ruang lingkup dan skop ilmu beliau. Inilah titik perbezaan antara beliau dengan mereka yang ingin berdakwah, tanpa ilmu agama yang cukup, kemudiannya membahaskan ilmu feqh secara mendalam dan isu-isu khilafiah.

    Sekali lagi ana katakan, kita sama sekali tidak memandang rendah kepada niat baik dan usaha murni yang cuba dijalankan oleh mana-mana pihak dalam memperjuangkan Islam. Malah kita menyokong dan mendoakan kejayaan Islam tak kira siapa yang mendokongnya. Namun kebenaran dan kesalahan tetap kita perlu jelaskan. Bahaya dan ancaman pada pemikiran Islam sebenar mesti kita sebarkan dan khabarkan bahayanya. Malah dalam Islam, seseorang yang kita khuatiri bahayanya kepada masyarakat, dan kita perlu memberitahu perkara tersebut, maka kita dibolehkan menceritakan keburukannya (tanpa dikira sebagai mengumpat yang haram).

    Ana nasihatkan kepada semua sekali lagi, berhati-hatilah dalam mengambil sumber ilmu agama kita, terutamanya dalam isu aqidah dan feqh. Tersalah mengambilnya, maka tersasar jauh kita dari kebenaran. Kita mungkin mudah dikelabui oleh mereka yang kononnya membawa ayat Al-Quran, hadis dan petikan ulamak, tapi sebenarnya dengan pemahaman yang terpesong dari haq. Adakah rela kita terus dibuai dengan mimpi-mimpi indah kononnya kitalah Ahlussunnah Waljamaah sebenar dan mengikuti generasi salaf, semantara orang lain telah tersasar (termasuk ribuan ulamak), sedangkan pada hakikatnya kitalah yang telah terpesong dan disesatkan? Semoga Allah menyelamatkan kita dari kesesatan dan meyesatkan orang lain. Amiin.

    Syeikh Ahmed Deedat telah menunjukkan contoh yang baik dalam dunia dakwah dan keutamaannya. Malang sekali rupanya ramai sekali yang masih gagal memahami keutamaan-keutamaan dakwah. Lebih malang, ada pihak yang memutarbelitkan keutamaan dakwah untuk keuntungan pemikiran sendiri. Semoga Allah membalas jasa Syeikh Ahmed Hoosen Deedat dengan sebaik-baik ganjaran dan mencucuri roh beliau dengan rahmat dan maghfirah-Nya. Semoga usaha beliau dapat menjadi contoh buat kita dalam memperjuangkan Islam bagi memperoleh redha Allah Ta'ala. Amiin.

    Posted at 03:36 am by aljoofre

    cik lin
    August 9, 2005   04:05 PM PDT
     
    inna lillahi wa inna ilahi raaji'un.. umat Islam kehilangan sebutir lagi permata..
    Alqodahi
    August 10, 2005   05:51 AM PDT
     
    Assalamualaikum

    Telah mendapat berita dari seorang teman sebentar tadi, Al-Allamah KH Zaini Abdul Ghani Martapura, seorang ulama sufi yg terkenal dengan nama Guru Sekumpul di Kalimantan telah kembali ke rahmatullah subuh tadi (10/8/2005).

    Majlis pengajiannya diberitakan dihadiri oleh puluhan ribu penuntut illmu dari beberapa daerah sekitar Martapura, Kalimatan Selatan.

    Mudah2an Allah mencucuri rahmat dan dikumpulkan bersama para aulia' dan solehin. Amin
    Aljoofre
    August 10, 2005   12:12 PM PDT
     
    Innalillahi wainna ilaihi raji'un.. Lepas seorang seorang meninggalkan kita. Diangkat ilmu oleh Allah di akhir zaman dengan mematikan para ulamaknya.

    Mudah-mudahakan kita digolongkan bersama mereka di akhirat nanti. Amiin...
    helmi
    February 25, 2006   03:59 PM PST
     
    al alimul allamah al arif billah as syekh zaini bin abdul ghani atau guru sekumpul adalah panutan ulun kebanggaan urang banjar
    Anugerah Dwi W
    July 29, 2006   04:26 AM PDT
     
    Alhamdulillah...
    saya banyak mendapat manfaat dari Dr. Zakir naik. Semoga Allah meninggikan derajatnya. Amin
    Syaipullah
    June 15, 2007   04:26 PM PDT
     
    Buat urang banjar dimana aja berada (khususnya Indonesia n Malaysia), Guru Sekumpul adalah kebanggaan urang Banjar, alhamdulillah, melalui Beliau sebagai pemimpin wali pada masanya, orang Banjar menjadi ikut mulia berkat Beliau dan Syekh Arsyad. Semoga kita selalu dalam lindungan Allah berkat Beliau.
    ipoel
    October 10, 2007   07:33 AM PDT
     
    Biar aja org gak suka mawlid, yang penting kita laksanakan apa yg jadi keyakinan kita, yakni ajaran ahlussunnah wal jamaah, pengikut Ajaran rasul, para sahabat dan mengikuti orang2 yang mengikuti mereka yakni para ulama dan wali-wali.
    guru sekumpul adalah tonggak ulama sunni yang wali qutub, dengan pangkat wali qutbil akwan, yakni wali qutub yang hanya ada setiap 200 tahun sekali. wassalam
    lily_mawar
    November 11, 2007   04:52 PM PST
     
    Saya ingin tanya bila Almarhum Sheikh Abdul Karim Banjar meninggal dunia?
    Sigit ponorogo
    March 14, 2010   03:54 PM PDT
     
    Dengan doa dan barokah beliau kami berharap untuk keselamatan dunia akhirat
     

    Leave a Comment:

    Name


    Homepage (optional)


    Comments




    Previous Entry Home Next Entry

    Google
     
    Web Aljoofre Meredah Usia

    Aljoofre Meredah Usia..

    Tiada hak cipta terpelihara. Sebarang unsur peniruan, pengedaran dan penerbitan dari web ini adalah dibenarkan untuk mengembangkan dakwah Islamiah. Allah s.w.t. sahajalah yang akan memberi ganjaran dan melindunginya.